Thursday 31 July 2014

BANJIR KILAT MELANDA DIBEBERAPA KAWASAN PERUMAHAN MENJEJASKAN IMEJ DAERAH TAWAU.....JEFFRY

Written by Admin

OLEH FARIDAH AHMAD


TAWAU:-  Bebarapa kawasan perkampungan dan kawasan Taman Perumahan meresa kesal terhadap pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yang tidak begitu bertanggungjawab dalam menangani pelbagai masalah terumata sekali dipersekitaran kawasan yang dimaksudkan mengenai alam sekitar.

Datuk Mohd Jeffry Rosman seorang aktivis masyarakat Tawau bagi pihak penduduk-penduduk yang menjadi mangsa keadaan banjir kilat akibat hujan lebat malam tadi menyatakan ini semuanya adalah angkara  pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sambil lewa sahaja tidak begitu serius menangani segala permasalahan penduduk terutama sekali tidak melaknasakan kerja-kerja penyenggelaraan system  saliran perparitan dan longkang-longkang yang banyak tersumbat oleh hakisan dan sampah sarap tidak pernah dibersihkan inilah punca sebenar kenapa kalau hujan tidak sampai satu jam air cepat naik mendadak dan mengendelami kawasan rendah.







HATI-HATI DATUK....Datuk Jeffry menunjukkan kawasan rumahnya dinaiki air sedalam 2 kaki akibat banjir kilat




















“Saya bagi pihak penduduk-peduduk yang terlibat dilanda banjir kilat meminta jasa baik kepada Ahli Parlimen dan Wakil-Wakil Rakyat yang berkenaan khususnya daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar turun padang untuk meninjau untuk melijat  keadaan sebenar selanjutnya mendesak kepada pihak MPT agar dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan keatas saliran parit longkang dan pembersihan kawasan sungai ini untuk mengelakan daripada  banjir kilat” ujarnya.

Kata Jeffry ini kegagalan pihak MPT menangani isu banjir kilat yang tidak dapat diselesaikan sejak dari dulu lagi sehingga sekarang betul-betul mencemarkan dan menjatuhkan imej daerah  Tawau di mata pelancong luar dan dalam



Jeffry berkata dimusim banjir kilat ini bermacam-macam perkara boleh berlaku kepada penduduk antara nya semua binatang berbisa seperti ular hitam ular tedung ular senduk dan lipan juga kala jengking berkeluaran termasuk semut api.





SESB CEROBOH TANAH MILIK MOHAMED PROJEK SOLAR HIBRID KG TUNDUN BOHANGIN

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:-  Projek Pembinaan  Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid  Kampung Tundun Bohangin Kinabatangan oleh pihak Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) diatas  sebidang tanah bergeran NT No:477 seluas hampir satu setengah ekar  kepunyaan Mohammad bin Ejul @ Mahmud bin Ejul nombor mykad 420204-12-5149 tanpa meminta kebenaran bertulis daripada pemilik tanah tersebut  ini merupakan satu percerobohan hak asasi kemanusian.

“Sepatutnya pihak SESB sebelum memulakan projek tersebut pada tahun  2012 pihak SESB harus berjumpa dengan saya terlebih dahulu sebagai pemilik tanah ini bukan membelakangi tuan punya tanah walaupun telah diberikan kelulusan oleh Ketua Kampung  Kampung Tundun Bohangin Puluk Asmat siapa dia (Puluk) apa kuasa  dia dengan sesuka hati membenarkan pihak SESB membuat projek tersebut tanpa bersemuka terlebih dahulu dengan saya sebagai pemilik tanah yang sahnya” jelas Mohammad.


Tanah saya mempunyai keluasan 8.94 ekar nombor pelan 9628 mempunyai geran bukan tanah haram kenapa  pihak SESB dengan sesukahati mendirikan projek tersebut tanpa pengetahuan saya kenapa harus ikut  telunjuk  Ketua Kampung Puluk Asmat apa hak dia memandai-mandai memberikan kebenaran dia ingat ini tanah  bapa dan nenek moyang mereka” tegas Mohammad.

“Dalam hal ini saya sudah membuat aduan kepada Pegawai Daerah dan juga pegawai Jabatan Tanah dan Ukur termasuk Balai Polis Bahagian Sandakan nombor rujukan Polis Repot ialah  Kota Kinabatangan/002574/12 bertarikh 26 November 2012. namun sehingga kini tiada sebarang tindakan daimbil” katanya.

“Saya pernah pergi kepejabat Tanah dan Ukur untuk meminta nasihat mengenai pihak SESB menceroboh membuat projek diats tanah saya tanpa memberikan ganjaran atau pampasan  menurut pegawai Jabatan Tanah dan Ukur tanah tersebut tidak boleh disewakan tetapi pemilik tanah boleh menuntut  pampasan  kepada pihak SESB untuk meminta ganti rugi keatas sebidang  tanah seluas satu setengah ekar yang telah diceroboh oleh SESB untuk tapak projek tersebut.


“Saya amat setuju atas nasihat pihak Jabatan Tanah dan Ukur agar pihak SESB mengadakan rundingan untuk membayar pampasan sejak dari tahun 2012 hingga ke 2014 kadar sewaan sebulan RM1,500X24 RM36,000.00 yang harus dibayar dahuu kemudian baru kira semula perjanjian baru “ ujarnya.

Kata Mohammad sekiranya pihak SESB gagal atau enggan melunaskan pembayaran pampasan seperti yang dituntut itu mereka akan melantik peguam untuk mengemukakan saman kepada pihak SESB ini saja satu jalan terbaik dan disamping akan membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa kepada Ketua Kampung Puluk Asmat kerana bersekongkol dengan pihak SESB kerana berani membenarkan pihak SESB membuat projek tersebut diatas tanahnya sebagai  milik persendirian.






JALAN BATU 2 JALAN APAS DILANDA BANJIR KILAT SEDALAM 3 KAKI

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: JENNY JOHN


TAWAU:- Kurangnya bertanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menyenggelarakan kerja-kerja pembersihan system perparitan dan longkang-longkang dipersekitaran kawasan  perumahan dan di tepi-tepi jalan raya adalah punca utama berlakunya banjir kilat.

Malam tadi akibat hujan lebat turun mencurah-curah di beberapa kawasan termasuk Jalan Batu 2  Jalan Apas tidak sampai 2 jam beberapa kawasan rendah telah ditenggelami air sedalam 2 hingga 3 kaki.


BUKTI BANJIR KILAT...Inilah insiden yang menimpa Batu 2 Jalan Apas yang dilanda banjir kilat.



Beberapa orang penduduk yang ditemui menyatakan ini semuanya akibat daripada kegagalan pihak MPT yang tidak begitu mengambil perhatian serius mengenai suasana persekitaran keliling kawasan perumahan inilah jadinya  bila hujan saja tidak sampai dua jam beberapa kawasan rendah begitu mudah dilandah banjir kilat kerana system saliran perparitan kebanyakan yang tersumbat namun tidak pernah disenggelarakan.


Wednesday 30 July 2014

AHLI PARLIMEN SANDAKAN HADIR MAJLIS RUMAH TERBUKA RAYA KETUA CABANG PKR SANDAKAN

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Majlis rumah terubuka tak kira Hari Raya Aidilfitri, Tahun baru Cina, Hari Natal (Krismas) Deepavali dan Pesta Kaamatan yang disambut saban tahun oleh masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama  sudah menjadi satu amalan adat  resam dan budaya  rakyat di negara ini.


Tujuan majlis rumah terbuka yang dimaksudkan itu ia menjurus kepada mewujudkan perpaduan setia kawan dan menjalinkan siratulrahim kepada masyarakat setempat jauh mahupun dekat untuk bersua muka beramah mesra  khususnya bagi menghadri majlis-majlis tersebut.

Samalah apa yang telah dilakukan oleh Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat (PKR) Sandakan Thamrin Hj Jaini  dimana beliau mengadakan majlis  rumah terbuka Hari Raya kedua dikedimannya untuk mayarakat setempat.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Sandakah Stephen Wong Tien Fatt dan rombongannya  daripada parti DAP turut sama menghadiri majlis tersebut.



Menurut Wong inilah kebaikan di negara Malaysia walaupun rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan kepercayaan agama dan perbezaan budaya masih boleh bersatu antara satu sama lain dan beliau  percaya di negara-negara lain tidak terdapat apa yang telah diamalkan di negara ini.

Sunday 27 July 2014

PENGGUNA ASTRO DI MALAYSIA AKAN BOIKOT SEBAB ASTRO BERSEKONGKOL DENGAN ISRAEL

Written by Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN

SHAH ALAM:-  Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta pihak Astro beri penjelasan kerana telah berhubung dengan Amdocs sebuah syarikat milik Israel.
Katanya di dalam status Facebooknya, Amdocs adalah syarikat milik Israel yang baru dianugerahkan kontrak ‘Subscriber Management System’ oleh Astro.
“Astro harus beri penjelasan atau diboikot kerana berurusan dengan syarikat Israel.
“Jika tidak, rakyat Malaysia hendaklah beramai-ramai memboikot Astro sebagai bantahan terhadap pembunuhan rakyat Palestin,” jelasnya di laman web ismaweb.net.
Lapor web Haaretz, Amdocs merupakan salah satu syarikat Israel yang paling berjaya dan konsisten yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu sebagai pemaju perisian untuk direktori telefon.
Amdocs dikatakan terus kekal mempertahankan ciri-ciri Israel dalam organisasi tersebut.
Bagaimanapun, Rabu lalu Amdocs telah mengumumkan bahawa mereka dipilih oleh Astro All Asia Network plc Measat Broadcast Network Systems (Astro) bagi membolehkan Astro menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada lebih daripada 1.5 juta pelanggan disamping mengurangkan kos.

Kontrak tersebut dianggarkan bernilai jutaan dolar bagi penyediaan perisian dan perkhidmatan yang ditawarkan.

PERINTAH MAHKAHMAH DIABAIKAN UNTUK TANGKAP RIDZUAN KETUA POLIS DI MINTA KE MAHKAMAH BERI KETERANGAN

Writteh by Admin
OLEH: KAMARUL ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menerangkan kenapa beliau gagal menjalankan perintah mahkamah pada 30 Mei untuk menangkap mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah dan mencari anak bongsunya.

Hakim Lee Swee Seng, membenarkan permohonan mandamus bekas isteri Ridzuan, M Indira Ghandi ke atas Khalid kerana menghina mahkamah apabila gagal mematuhi arahan mahkamah, berkata dia ada bukti yang Khalid ada kes untuk dijawab.
Hakim menetapkan perbicaraan pada 12 September.
Peguam Indira, M Kula Segaran berkata, satu perintah mahkamah akan dikeluarkan untuk Khalid hadir di mahkamah pada tarikh itu.
"Jabatan Peguam Negara akan mewakili KPN memandangkan Indira mengambl tindakan atas Khalid sebagai pegawai polis tertinggi negara," kata Kula Segaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat.
Dia berkata anak guamnya terpaksa datang semula ke mahkamah kerana Khalid enggan menjalankan perintah dikeluarkan Lee pada 30 Mei.
"Indira terpaksa memfailkan permohonan mandamus mendakwa Khalid menghina mahkamah kerana enggan mematuhi perintah mahkamah," katanya.
Kula Segaran berkata ini keputusan yang menjadi mercutanda (landmark ruling) kerana hakim berani bertindak mengeluarkan arahan atas KPN.
Indira memfailkan perintah mandamus sebelah pihak (ex-parte) bulan lepas selepas Khalid enggan mencari Ridzuan dan menyerahkan anak mereka, Prasana Diksa, 6, kepadanya.
Perintah mandamus diambil untuk memaksa seorang anggota kerajaan melakukan atau menghentikan sesuatu tindakan.
Ridzuan enggan menyerahkan anak bongsu mereka itu kepada ibunya walaupun Mahkamah Tinggi pada 2010 memerintahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak diserahkan kepada Indira.
Ridzuan telah menjaga anak itu sejak April 2009.
Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan kepada Ridzuan pada 2009 selepas dia menukar agama mereka kepada Islam.
Bagaimanapun, pada Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan penukaran agama kanak-kanak itu dan memutuskan sijil penukaran agama mereka tidak menurut perlembagaan.
Pada 30 Mei, mahkamah itu yang mendapati Ridzuan menghina mahkamah kerana gagal memulangkan Prasana kepada Indira, juga memberi dia perintah mendapatkan balik dan waran tangkap ke atas bekas suaminya.
Khalid enggan mematuhi perintah mahkamah kerana terdapat dua arahan hak penjagaan dari kedua-dua mahkamah sivil dan syariah, katanya polis tersepit antara dua sistem mahkamah.

-

Thursday 24 July 2014

LARIAN HAPUSKAN RASUAH ANJURAN GERAKAN SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN

Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN



SANDAKAN:- Program larian “Hapuskan Rasuah (Jangan beri Jangan Terima) anjuran Parti Gerakan mendapat sokongan yang menggalakan daripada masyarakat setempat disamping mendapat sokongan moral dan pujian daripada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk James Wong  sebagai 

“Rakan Sokongan” (Partner) terhadap usaha dan peranan yang dilaksanakan bagi menjayakan program tersebut yang penuh bermakna ini.

Wong berpandapat program larian tersebut yang julung-julung kali diadakan yang bakal dilancarkan di Padang Bandaran Sandakan pada 10 Ogos ini  ia bukan sekadar untuk mengwujudkan keharmonian bahkan menjurus penyedaran kepada masyarakat tentang bahayanya amalan gejala Rasuah di kalangan masyarakat.

Wong  menerima kunjungan Lily Aw selaku Ketua Wanita Gerakan Negeri Sabah, Pengerusi Penganjur Lee Yee Ling dan para AJK di pejabatnya baru-baru ini  lantas MPS akan menghantar stafnya menyertai larian.

Dalam konteks ini Lee Yee Ling menyeru semua lapisan masyarakat datang beramai-ramai untuk menunjukkan komitmen menghapuskan rasuah yang merupakan antara musuh utama negara. Untuk makluman, para peserta yang berjaya menamatkan larian sejauh 3 KM tersebut akan menerima sijil penyertaan yang ditandatangani sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. 

Selain itu, pelekat kereta Larian, minuman dan roti sumbangan Rakan Sokongan akan juga diberikan. Peserta diminta memakai kemeja-t putih pada hari tersebut. Larian tersebut akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Lee Yee Ling (H/P 012-8168704) dan Lo Mei Yong (H/P. 016-8264089).


HASSAN MALIK YANG DIDAKWA BERSEKONGKOL DENGAN YSLM HARUS BUAT KENYATAAN TERBUKA?....GESA JEFFRY

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI


TAWAU:- Presiden Kelab Penyokong  BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSK) Datuk Mohd Jeffry Rosman (Gambar)  mendesak kepada Menteri  Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi Datuk Hassan Malik agar  memberikan kenyataan  secara rasmi  terbuka mengenai dakwaan pihak YSLM kononnya beliau (Hassan) malik telah memberikan kebenaran kepada Zhang Jiang milik syarikat YSLM untuk meneruskan aktiviti-aktiviti perniagan yang berbentuk jualan langsung.

Kata Jeffry sebulan yang lalu dimana pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) telah membuat serbuan di beberapa premis milik YSLM atas laporan orang ramai bahawa syarikat YSLM milik Zhang Jiang telah melakukan penipuan lebih 300,000 orang di seluruh negara jadi mangsa keadaan.

Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak YSLM tambah Jeffry mereka menyatakan bahawa pihak KPDNKK akan membatalkan  untuk mendakwa pihak YSLM atas alasan kononnya pihak kementerian berkenaan semasa membuat serbuan atas kesilapan  teknikal.


“Kita bimbang tindak tanduk pihak YSLM yang mengaitkan nama Menteri Perdangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi  sebagai pelindung kepada syarikat YSLM  adakah perkara ini benar atau disengajakan diputarbelitkan oleh pihak YSLM untuk mengelirukan orang ramai supaya mempercayai bahawa YSLM kini boleh beroperasi semula untuk menjalankan perniagaan hala penipuan itu” tanya Jeffry.

“Saya bagi pihak Kelab NGO (KPBNSK) memandang serius dalam perkara ini dan minta supaya pihak kerajaan bertegas dan menjalankan sisiatan terperinci mengenai lakukanan licik  dan dakwaan pihak YSLM yang mencemarkan nama baik pihak KPDNKK kononnya menghalalkan perniagaan yang kini menjadi kontroversi di kalangan rakyat atas perbuatannya penipu orangr amai” ujarnya.

Sepekara lagi kata Jeffry pihak polis atau pihak KPDNKK harus menjejaki seorang  yang dikenali  Midili Jakir yang merupakan orang kanan Zhang Jiang kerana bersubahat dengan YSLM melakukan penipuan kepada orang ramai.
 
“Midlili Jakir amat berbahaya kerana kegiatan penipuannya kepada orang ramai ia boleh menjahanamkan dirinya sendiri elok tangkap orang ini siasat betulkah dia terlibat dan bersekongkol melakukan kerja-kerja penipuan kepada orang ramai bersama YSLM” tegasnya.




SESIAPA YANG KENAL ORANG INI...sila laporkan kepada polis atau tangkap ikat tangannya serahkan ke balai-balai polis yang berhampiran orang ini bersekongkol dengan  pihak YSLM  melakukan kerja-kerja penipuan kepada orang ramai


100 KANAK-KANAK YATIM TERIMA WANG RAYA DARPADA DATUK AFENDY HAMDAN

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO  SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Seramai  100 anak-anak yatim  daripada tiga buah Pusat Pantai  Asuhan Rumah Anak-Anak Yatim daerah Sandakan telah diraihkan majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Hj Mohd Afendy Datuk Hj Hamdan yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna  Masjid Daerah Sandakan petang  kelmarin.

Program yang dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Sandakan yang diketuai oleh Ketua Penerangannya Datuk Hj Mohd Efendy Datuk Hj Hamdan telah dihadiri Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong, Ketua Bahagian USIA Sandakan Datuk Hj Alipudin Hj KK Puyon, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Utung Hj Abdul Hamid dan para pemimpin masyarakat setempat.

Sebagai pengisian program tersebut ialah Tazkirah bertajuk Nikmatnya Berpuasa Di Bulan Ramadan Almubaraq  yang di sampaikan oleh pendakwah dari USIA Sandakan Haji Omar Awang Japar.

Sejurus selepas berbuka puasa Afendy telah menghulurkan sumbangan bantuan wang raya kepada anak-anak yatim tersebut untuk keperluan menyambut hari lebaran yang hanya  6 hari  lagi dari sekarang.

Terdahulu dalam ucapan Efendy antara lain menyeru kepada masyarakat Islam supaya memberikan zakat kepada golongan anak-anak yatim, orang-orang tua, balu-balu dan juga golongan miskin tegar supaya mereka dapat sama-sama menyambut hari lebaran  dengan penuh hati yang cukup gembira.
  
“Rakyat di negara ini disaat-saat kita hendak menyabut hari lebaran  saudara-saudara kita yang lain telah diselubungi dengan rasa kesedihan apabila mereka  telah kehilangan orang-orang  yang tersayang  kerana  terlibat dalam nahas tragedy pesawat MH17 yang terhempas di Ukrain baru-baru ini.” Katanya dengan rasa sedih dan simpati.

“Pada hari ini satu sejarah yang sukar dilupakan dimana barisan kabinet kerajaan Persekutuan dengan sepakat sehati sejiwa dengan barisan pihak pembangkang  bersatu menyokong sepenuhnya usul- usul YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Hj Mohd Najib Tun Abd Razak di sidang  mesyurat khas dewan parlimen yang dilangsungkan pagi kelmarin bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang” Ujar Efebdy lagi.

“Dalam sidang tergempar itu pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Najib bersama pihak pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersatu hati mengutuk sekeras-kerasnya kepada pihak yang menembak kapal terbang MH17 sehingga mengorbankan banyak nyawa manusia yang tidak berdosa itu, ini merupakan perbuatan yang tidak punya peri kemanusian dan tidak bertemadun  dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah semoga roh-roh mereka ditempatkan orang-orang yang beriman"ujarnya








Wednesday 23 July 2014

POLIS BURU LELAKI CINA BELASAH REMAJA HAMPIR MAUT TERSEBAR LUAS DI VIDEO

 Written by Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Seorang bangsa cina yang menunjukkan kebaraniannya di depan  orang ramai kerana membelasah teruk seorang remaja yang  ditangkap kerana mencuri berdasarkan ramakam video yang tersebar luas menerusi laman sosial sejak beberapa hari lalu kini boleh sedang memburu suspek  lelaki  berkenaan untuk didakwa.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, insiden yang berlaku pada September 2013 itu adalah sama sekali tidak wajar dan kertas siasatan kini dibuka. 
“Tangkapan awam boleh dilakukan di bawah prosedur kanun acara jenayah, namun pesalah tidak boleh diperlakukan sebegitu, kena serah kepada polis,” katanya


JACKY CHAN MALAYSIA....diburu polis kerana membelasah remaja separuh mati dan nazak



Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan agar polis dapat menjejakinya.
Rakaman video selama satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang remaja di bahagian muka kerana tidak berpuas hati terhadap remaja berkenaan.
Ini menimbulkan reaksi negatif dari orang ramai apabila video itu tersebar di laman-laman sosial.
Katanya polis akan mengedarkan gambar suspek orang cina yang terbabit membelasah remaja itu  untuk pengetahuan umum agar dapat membantu polis  menjejaki suspek di mana keberadaannya sekarang.


MADILI JAKIR ORANG KANAN ZHANG JIANG MILIK YSLM POLIS DAN PKDNKK HARUS BURU ORANG INI UNTUK BANTU SIASATAN KES PENIPUAN

Written by Admin

OLEH CHARLES  P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Menurut laporan terkini bahawa orang yang bernama Midili Jakir adalah orang yang terlibat sama sebagai orang kanan Zhang Jiang dalam menjalankan aktiviti perniagaan haram YSLM di Sabah.

Minta pihak polis atau pihak Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Kepnggunaan dan Koperasi (KPDNKK) menjejaki orang ini dan buat tangkap untuk membantu siasatan lanjut bahawa YSLM dalam sebuah syarikat yang menjalankan urusan perniagaan secara langsung tidak berlesen malahan membuat penipuan.

Ramai di kalangan masyarakat cina dan melayu jadi mangsa penipuan  oleh taktik kotor YSLM yang di dalangangi oleh Madili Jakir dan Zhang Jiang.


Kelmarin pihak YSLM telah mengeluarkan satu kenyataan kononnya pihak kerajaan KPDNKK menghalalkan dan membenarkan perniagaan YSLM walaupun ia bentuk penipuan kepada orang ramai kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan dan akan menarik balik tindakan kerajaan (KPDNKK) yang akan mendakwa YSLM ini merupakan satu kesilapan teknikal pihak KPDNKK yang membuat serbuan bulan lalu di beberapa premis di negara ini.

KENYATAAN PALSU....Taktik kotor YSLM mengelirukan pengguna












































Menurut sumber itu lagi pihak YSLM yang diketuai sendiri oleh  Madili Jakir kini sedang beroperasi di Penampang, Kota Kinabalu, dan Menggatal ramai sekarang baik masyarakat cina dan bumiputera sedang membuat pelaburan.


Menurut Madili lagi sesiapa yang membuat pelaburan antara RM500.00 mereka akan mendapat pulangan deviden RM3,000.00 RM10,000 akan dapat gaanjaran RM60.000 mereka yang berminat boleh menghubung Madili Jakir orang Kanan Zhang Jiang raja penipu.



PRESIDEN MPS BERI SOKONGAN MORAL LARIAN HAPUSKAN RASUAH ANJURAN GERAKAN PADA 10 OGOS INI

Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Program larian “Hapuskan Rasuah (Jangan beri Jangan Terima) anjuran Parti Gerakan mendapat sokongan yang menggalakan daripada masyarakat setempat disamping mendapat sokongan moral dan pujian daripada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk James Wong  sebagai “Rakan Sokongan” (Partner) terhadap usaha dan peranan yang dilaksanakan bagi menjayakan program tersebut yang penuh bermakna ini.

Wong berpandapat program larian tersebut yang julung-julung kali diadakan yang bakal dilancarkan di Padang Bandaran Sandakan pada 10 Ogos ini  ia bukan sekadar untuk mengwujudkan keharmonian bahkan menjurus penyedaran kepada masyarakat tentang bahayanya amalan gejala Rasuah di kalangan masyarakat.

Wong  menerima kunjungan Lily Aw selaku Ketua Wanita Gerakan Negeri Sabah, Pengerusi Penganjur Lee Yee Ling dan para AJK di pejabatnya baru-baru ini  lantas MPS akan menghantar stafnya menyertai larian.

Dalam kontek ini Lee Yee Ling menyeru semua lapisan masyarakat datang beramai-ramai untuk menunjukkan komitmen menghapuskan rasuah yang merupakan antara musuh utama negara. Untuk makluman, para peserta yang berjaya menamatkan larian sejauh 3 KM tersebut akan menerima sijil penyertaan yang ditandatangani sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. 

Selain itu, pelekat kereta Larian, minuman dan roti sumbangan Rakan Sokongan akan juga diberikan. Peserta diminta memakai kemeja-t putih pada hari tersebut. Larian tersebut akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Lee Yee Ling (H/P 012-8168704) dan Lo Mei Yong (H/P. 016-8264089).


YSLM JUAL NAMA KPDNKK UNTUK MENGABUI MATA PENGGUNA CARI KEUNTNGAN CARA MENIPU ORANG RAMAI....CAPS

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-   Masyarakat  pengguna di seluruh negara rasa terkejut apabila mendapat berita kononnya pihak Kementerian Dalam Negeri Kepenguuna dan Koperasi (KPDNKK) telah menari balik dakwaannya kepada YSLM atas tuduhan melakukan penipuan kepada ramai pelanggannya melalui jualan langsung.

Masyarakat pengguna hendak kepastian dan bukti yang kukuh adakah memang benar kerajaan khususnya pihak KPDNKK) telah membatalkan niatnya tidak mendakwa kepada pihak YSLM dengan alasan atas kesilapan tekinikal semasa membuat serbuan di beberapa premis YSLM sebulan yang lalu.

Ataupun ini sengaja diputarbelitkan oleh pihak YSLM untuk mengelirukan orang ramai khususnya para pengguna  bahawa pihak kerajaan  telah membenarkan  kegiatan jualan langsungnya.

 ika benar pihak KPDNKK telah menarik dan membatalkan untuk tidak mengambil  sebarang tindakan keatas pihak YSLM maka kerajaan khususnya pihak KPDNKK menyatakan secara rasmi kepada rakyat di negara sebagai satu keputusan yang sahih pihak YSLM telah terlepas daripada hukuman denda.
  
Seandanya ini memang satu porganda pihak YSLM untuk mengabui dan  satu pembohongan dengan tujuan untuk memberikan keyakinan kepada pengguna adalah wajar YSLM dikenakan tindakan keras  kerana menjual nama baik pihak KPDNKK  maklum saja kini dibulan Ramadan dan bakal menjelangnya hari raya yang semakin hampir pelbagai propaganda diprakitkan oleh pihak YSLM  untuk melariskan perniagaannya.
WAWANCARA...Hj Ali nasihatkan pengguna jangan mudah terpedaya oleh lakunan licik pihak YSLM menipu orang ramai menerusi jualan langsungnya yang tidak jelas itu

Free Sandakan Today. Net  yang sempat  menghubungi Pengerusi Hal Ehwal Kepenggunaan Sabah (CAPS)  Daerah Sandakan Hj Ali Ahmad beliau menasihatkan  kepada para pengguna setempat jangan terpedaya dengan propaganda  pihak YSLM  dengan tujuan untuk menipu atas khidmat jualan langsungmya yang tidak jelas itu  yang ramai sudah menjadi mangsa keadaan

Tuesday 22 July 2014

TERLIBAT MEMALSUKAN DOKUMEN PEKERJA ASING POLIS SEDANG BURU PEGAWAI IMIGRESEN

By Admin


KUALA LUMPUR:- Gara-gara mahu cepat jadi jutawan akhirnya seorang pegawai Imigresen antara yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan dan pemalsuan dokumen permit kerja warga asing membabitkan kerugian RM3 juta.

Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata dalam Ops Levi di sekitar Lembah Klang semalam, suspek berusia 34 tahun, yang beralamat di Seri Kembangan telah menghilangkan diri.

Turut diburu, seorang individu awam berusia 39 tahun
"Dalam operasi semalam, kami berjaya menahan lapan lelaki warga tempatan, dua wanita warga Thailand, seorang warga Indonesia bertaraf pemastautin tetap, berusia lingkungan 28 hingga 56 tahun.

"Antara barang yang dirampas ialah lapan unit telefon bimbit, dua unit komputer riba, 223 buku pasport dan wang tunai," kata Abdul Jalil kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Abdul Jalil berkata sindiket menggunakan modus operandi dengan menawarkan perkhidmatan bagi menguruskan permit pekerja asing kepada syarikat-syarikat di sekitar Lembah Klang, Perak, Johor dan Pahang.

Katanya, sindiket yang beroperasi sejak setahun lalu bertindak sebagai 'runner' itu telah memperdaya syarikat-syarikat berkenaan setelah menerima bayaran sebelum mengeluarkan

Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat-syarikat terbabit hanya menyedari dokumen yang dikemukakan palsu setelah pembayaran levi dibuat bagi tujuan memperbaharui permit pekerja mereka di Jabatan Imigresen.

Sejak hujung tahun lepas hingga semalam, sebanyak lapan laporan polis telah dibuat oleh individu dan syarikat yang menjadi mangsa penipuan ini dengan nilai kerugian dianggarkan RM3 juta. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis menasihati syarikat yang ingin menguruskan permit pekerja asing mereka, menggunakan perkhidmatan sah di Jabatan Imigresen bagi mengelakkan penipuan.-BERNAMA


POLIS BURU PEGAWAI IMIGRESEN TERLIBAT PEMALSUAN DOKUMEN PEKERJA ASING

Written by Admin
OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE

PETALING JAYA:- Seorang pegawai Imigresen antara yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan dan pemalsuan dokumen permit kerja warga asing membabitkan kerugian RM3 juta. 

BUKTI TERLIBAT....Kelihatan Abdul Jalil Hassan (tengah) menunjukkan uniform dan lencana pegawai Imigresen yang digunakan oleh sindiket penipuan dan pemalsuan dokumen permit kerja warga asing.









Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam Ops Levi di sekitar Lembah Klang pada Ahad, suspek berusia 34 tahun, yang beralamat di Seri Kembangan telah menghilangkan diri. 

urut diburu, seorang individu awam berusia 39 tahun dipercayai tinggal di Seksyen 15, Shah Alam. 
"Dalam operasi semalam, kami berjaya menahan lapan lelaki warga tempatan, dua wanita warga Thailand, seorang warga Indonesia bertaraf pemastautin tetap, berusia lingkungan 28 hingga 56 tahun. 
"Antara barang yang dirampas ialah lapan unit telefon bimbit, dua unit komputer riba, 223 buku pasport dan wang tunai," kata Abdul Jalil kepada pemberita di sini, Isnin.
Abdul Jalil, berkata sindiket menggunakan modus operandi dengan menawarkan perkhidmatan bagi menguruskan permit pekerja asing kepada syarikat-syarikat di sekitar Lembah Klang, Perak, Johor dan Pahang. 
Katanya, sindiket yang beroperasi sejak setahun lalu bertindak sebagai 'runner' itu telah memperdaya syarikat-syarikat berkenaan setelah menerima bayaran sebelum mengeluarkan dokumen kelulusan palsu. 
Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat-syarikat terbabit hanya menyedari dokumen yang dikemukakan palsu setelah pembayaran levi dibuat bagi tujuan memperbaharui permit pekerja mereka di Jabatan Imigresen. 
Sejak hujung tahun lepas hingga semalam, sebanyak lapan laporan polis telah dibuat oleh individu dan syarikat yang menjadi mangsa penipuan ini dengan nilai kerugian dianggarkan RM3 juta. 
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.  
Sehubungan itu, polis menasihati syarikat yang ingin menguruskan permit pekerja asing mereka, menggunakan perkhidmatan sah di Jabatan Imigresen bagi mengelakkan penipuan.