Monday, 21 July 2014

PERANAN NORAINI SEBAGAI PEMIMPIN YANG DINAMIK BOLEH DICONTOHI OLEH MANA-MANA PIHAK

Written by Admin

CORETAN SEMPENA DIBULAN RAMADAN AL-MUBARAQ
SAIMON S JUMADI EDITOR SFT NEWS
KHAS UNTUK NORAINI SULONG



ELOPURA:-  Saya ingin menyelongkar sedikit sebanyak mengenai jasa bakti dan peranaan yang dipraktikan oleh  Noraini Sulong disepanjang bulan Ramadan Al-Mubaraq dari 1hb Ramadan hingga ke hari ini kepada masyarakat setempat begitu menyerlah 

Saya tidak menafikan sebagai  Ketua Wanita Pergerakan UMNO Bahagian Sandakan  Noraini Sulong jelas memperlihatkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin  yang dinamik di arena politik tanah air  dan selain itu Noraini juga berjaya dalam menerajui kepimpinannya  dalam  beberapa badan  pertubuhan  antaranya  Majlis Pembangunan Wanita dan keluarga (MPWK)  P186 Sandakan,Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan dan Koperasi Pembangunan Wanita Daerah Sandakan


Dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai orang pemimpin nombor satu dalam badan pertubuhan yang diceburinya sama ada di Wanita UMNO Sandakan, MPWK ,Biro PEMADAM dan Koperasi Pembangunan Wanita Noraini tidak merasa jemu dan bosan  mengadakan/menganjurkan pelbagai aktiviti kemesyarakatan  dan amal kebajikan.


Noraini Sulong juga disifatkan sebagai  seorang pemimpin wanita yang oleh dicontohi oleh mana-mana pemimpin  wanita lainnya yang ada di Sabah ini atas kecekalan dan kesungguhannya dalam melaksanakan tanggungjawabnya  sebagai seorang pemimin yang dinamik.

Disepanjang bulan Ramadan Al-mubaraq ini Noraini yang dibantu oleh para Ahli Jawankuasanya tidak putus-putus sejak mulai dari 1hb Ramadan sehingga sekarang ini terus menjalankan berbagai-bagai aktivitinya selain memberikan bubur lambuk, Majlis Berpuka Puasa di beberapa masjid, memberikan sumbangan bantuan dan wang raya kepada balu-balu (janda) dan anak-anak yatim untuk keperluan menyambut hari lebaran.


Kelmarin dan hari ini Noraini telah memberikan bantuan kepada anak-anak Yatim bagi zon Elopura seramai 40 orang dimana mereka rata-rata menerima hamper dan wang raya.

Pada petang tadi Noraini juga memberikan sumbangan kepada Masjid Al-Muraqabah BDC entah esok siapa lagi akan diberikan bantuan kemungkinan warga emas atau  golongan miskin tegar.

Semasa diwawancara oleh Free Sandakan Today.Net  Noraini menjelaskan berbanyak bersedekah dan berzakat disepanjang bulan Ramadan yang penuh berkat ini banyak pahala dan ganjaran yang kita dapat daripada Allah SWT sebab ini merupakan satu amal jariah dan merupakan juga satu amal  ibadah yang dituntut oleh agama Islam

Jadi bagi mereka yang berkemampuan hulurlah sedikit bantuan dan sumbangan sedaya yang mampu kepada golongan warga emas, anak-anak yatim, balu-balu (janda) dan OKU jangan sia-siakan bulan Ramadan Almubaraq bulan keampunan buat amal yang ikhlas agarnya ianya  diterima oleh yang  Maha Kuasa.


Sambil itu Noraini menasihatkan kepada ahli-ahli Wanita UMNO sama ada diperingkat Bahagian, Cawangan, akar umbi teramasuk golongan ibu-ibu tunggal yang bakal menyambut hari lebaran yang hanya tinggal seminggu lagi dan  kalau beberbelanja  supaya berhemah memandangkan barang-barang keperluan hari raya agak melambung tinggi harganya dan belilah barang-barang yang perlu sahaja.

No comments:

Post a Comment