Wednesday 25 February 2015

AKIBAT GUNA GULA PUTIH 2.6 JUTA ORANG PENDUDUK MALAYSIA KENA DIABETES...GANTI GULASIHAT (STEVIA)

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI






PENGAMBILAN gula
pasir yang berlebihan ia  boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia ia boleh mendatang penyakit kencing manis /diabetes  yang boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang.


Menurut  Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada tahun ini.
Lapor Bernama, kata Dr Hilmi masyarakat negara ini perlu memandang serius masalah ini supaya dapat mencegahnya lebih awal kerana kos untuk merawat penyakit tersebut amatlah tinggi.
Menurut Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti tahun lalu mendapati jumlah penghidap kencing manis membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.
Malaysia kemungkinan besar memiliki penghidap diabetes paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyatnya menghidap penyakit kronik itu.
Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.

Katanya tabiat orang ramai suka mengambil gula pasir berlebihan  biasnya kalau membuat kopi  semestinya membubuh gula tiga sudu atau empat sudu baru rtasa manis.

Tapi apa akibatnya ramai yang mengidap penyakit kencing manis sehingga kaki jadi kudung selepas itu tiga sampai tiga bulan setelah kaki dipotong orang itu akan meninggal dunia.


Ini sebenarnya boleh dielakan jangan lagi mengambil guna pasir  untuk minuman anda, anda boleh mengubahnya sendiri kalau ada mahu sihat tidak  mahu mendapat penyakit kencing manis.

Dalam kontek ini saya ingin memperkenalkan satu produk yang dikenali Stavia (Gula Sihat) keluaran  syarikat RCC (M)) Sdn Bhd produk ini boleh menggantikan gula pasir untuk digunakan bahan pemanisan dalam bentuk minuman dan lain-lain lagi keperluan.

Stevia kini telah diakui seluruh dunia oleh pakar doctor tentang  kemujarapannya tidak membahayakan kesihatan sebanyak mana digunakan untuk bahan pemanisan didalam minuman tidak membawa kesan negative.

Jadi dengan menggantikan gula pasir sebagai bahan pemanisan  yang boleh membawa padah kepada manusia lebih baik anda menggantikan atau m,enukarkan penggunaan stevia sebagai bahan pemanisan.

Selain anda menggunakan stevia sebagai kegunaan sendiri anda boleh menjadi wakil pengedar atau stockist untuk menjual produk ini kepada orang ramai.

Menurut seorang pengedar dan stockist Stevia iaitu saudara Jumadil Andi Sekandar (Gambar) anda yang berminat untuk sebagai seorang pengedar produk tersebut boleh menjadi hali terlebih dahulu  untuk boleh mendaftar sebagai ahli RCC (M) Sdn Bhd dengan bayaran yuran kemasukan sebanyak RM125.00 disamping itu anda mendapat percuma Stevia 3 botol.

Setelah anda menjadi wakil pengedar Stevia untuk membeli pusingan kedua anda cuma membayar kos RM55.00 untuk 2 botol  sedangkan harga sebotol jika dibeli hareganya RM50,00 ini bermanaknya untung RM50.00


Ramai orang yang menjadi agen jualan produk ini menjadi juwatan segera seperti Jumadil Andi Sekandar dari Sandakan jualan produk telah laris menembusi pasaran untuk kasar sebulan RM50,000.00 .

Sambil anda menggunakan produk gula sihat ini sambil anda mandapat keuntungan yang lumayan hasil daripada jualan produk ini, anda yang ingin mendapatkan produk atau  menjadi ahli boleh berhubung terus menerusi H.P 017-8135010





MPS ENGGAN MEMBAIKI KEBOCORAN PAIP DI BLOK 39 TAMAN MESRA HAMPIR SETAHUN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
SANDAKAN:-  Memang jelas sekali pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sengaja tidak mahu mendengar  sebarang aduan yang disampaikan oleh penduduk berkenaan jika mereka menghadapi sesuatu masalah  yang boleh membahayakan manusia.

Contoh paling dekat dimana Penghuni Blok 39 PPR Taman Mesra telah membuat aduan beberapa kali dengan pihak MPS mengenai kerosakan (kebocoran) Main Pipe di blok berkenaan  hampir  setahun namun  tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak MPS untuk diperbaiki.

Dalam sehari air yang keluar daripada kebocoran paip itu telah dianggarkan mahu juga 3,000 hingga 5,000 galen  bukan kah ini satu pembarisan namanya.

Yang amat membimbangkan kepada para penghuni blok tersebut percikan air paip itu sangat kuat seandainya percik air itu tadi terkena semua  meter elektrik sudah pastinya berlakunya kebakaran besar yang boleh mengorbankan nyawa seluruh penduduk blok 39 itu hagus/renting.

Wartawan  Free Sandakan Today.Net   sempat merakamkan gambar mengenai kebocoran paip sebaik saja menerima panggilan dari beberapa orang penduduk blok tersebut.

Menurut seorang penduduk Puan Sopiah (Gambar) menunjukkan kearah paip bocor itu antara lain menjelaskan kebocoran itu memang sudah lama tetapi tiada tindakan langsung diambil oleh pihak MPS walaupun kerosakan/kebocoran paip itu telah dilaporkan namun sehingga kehari tiada apa-apa tindakan dibuat untuk membaik pulih kerosakan yang dimaksudkan.


“Saya selaku mewakili penduduk Blok 39 Taman Mesra memohon dan merayu jasa baik pihak MPS agar dapatlah memperbaiki kebocoran paip itu demi mengelakan sesuatu perkara buruk yang tidak diingini berlaku menimpa penduduk ini” katanya.

Friday 20 February 2015

DIANCAM BUNUH SHAIMON OLEH PEMILIK HP NO 01116006768

OLEH: AZMI AZMAN



PEMILIK HP NO 01116006768 AKAN BUNUH SAIMON DAN KELURAGANYA DALAM TEMPOH 3 HARI LAGI





SANDAKAN:- Pengarang Kanan Portal Online Sabah Insider.Net  Shaimon S Jumadi (gambar) malam tadi telah menerima mesej dan panggilan handphone dari seseorang yang tidak dikenali dengan menggunakan nombor  01116006768.

Mesej yang dikirim berbentuk ugutan bunuh ancam bunuh dan cacian dan melalui  panggilan pula orang yang  akan metelak bom ikan dirumah Taman Mesra Blok 17.

Shaimon yang  ditemui dikediamannya menunjukkan mesej yang diterima daripada pengirim memang sah beliau akan dibunuh termasuk seluruh anggota keluarga satupun tiada tinggal.

Namun keluarga sebelah Saimon dan sebelah isterinya kini sedang bersiap sedia  berdepan dengan orang yang mengacam mungkin akan  berlakunya perkara buruk yang menimpa orang yang membuat ancaman itu.

Nombor handhone 01116006768 sudahpun dihantar kepihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)  untuk mendapat pengesahn siapa pemiliknya untuk memudah pihak polis menjejaki orang yang menggunakan nombor itu.

“Orang yang mengancam saya menggunakan hensed  memang  bodoh sebab boleh  ia dapat dikesan oleh pihak SKMM dan polis pada masa terdekat ini” katanya.



Wednesday 18 February 2015

HJ HAMZAH PAS DAN WONG DAP UCAP KONG HEE FATT CHOI KEPADA PENGUNDI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sebagai menghargai  dan tidak melupai jasa-jasa  kepada  pengundi kaum Tiong Hwa (Cina) kawasan Batu Sapi  Pesuruhjaya PAS Batu Sapi Haji Hamzah Hj Abdullah  sempena menyambut Tahun Baru Cina beliau bagi pihak PAS telah mengagih-agihkan Ang Pou  dan buah Limau Manderin kepada penduduk Taman Sibuga, Tanah Merah  Dan Taman Mawar pagi tadi.
 
Setibahnya beliau dan rombongan ke pasar Taman Sibuga, Pasar Tanah Merah dan Pasar Taman Merah mereka telah disambut mesra oleh kaum masyarakat Cina di ketiga-tiga tempat itu.

Walaupun PAS merupakan  parti Islam tetapi semasa pilihanraya umum PRU 13 lalu Hj Hamzah memperolih  9,500 undi dan  70 peratus undi datangnya daripada masyarakat Cina di kawasan Batu Sapi.

Dengan itu sempena Tahun Baru Cina Beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS Batu Sapi ingin mengucapkan Kong Hee Fatt Choi (Gong Xi Fa Cai) kepada sahabat  handai terutama sekali kaum cina yang bakal menyambut tahu baru pada esok.


Sementara DAP Sandakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong dan rombongan telah mengagih-agihkan kad ucapan dan kad  jemputan rumah terbuka Kong Hee Fatt Choi DAP pada 28hb Februari ini di Kenalanmu Restoran bermula pada jam 10.00 pagi hingga tengahari.
 
Wong sebagai Ahli Parlimen Sandakan tidak lupa mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada para pengundi kawasan Sandakan dan menjemput seluruh rakyat jelata tanpa mengira idologi fahaman politik yang berbeza adalah dijemput hadir ke majlis rumah terbuka itu nanti.




Tuesday 17 February 2015

MP SANDAKAN LAWAT PUSAT DIDIKAN KANAK-KANAK CACAT BEATRICE

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN;- Kata -kata  seperti ini buat kita sayu dan terharu. Tidak ku minta lahir ke dunia Tidak ku duga cacat begini Bukan ku minta kasih dan manja Bukan ku rayu bantu simpati Maafkan wahai temanKu menumpang di sudut dunia Mencari ketenangan Sampai masa ku pergi jua.
  
Itulah hakikat dan nasib sebenarnya yang telah menimpa kepada saudara-saudara kita khususnya  Orang Kurang Upaya (OKU)  hanya menagih simpati dan belas ihsan daripada orang-orang yang normal mendapatkan kasih sayang. 

Rasa sebak didada bila kita melihat orang-orang kurang upaya   seperti patung tidak bernyawa  terlentang diatas katil hanya mulut saja bisa bergerak namun semua anggota badan tidak mampu tidak bermaya untuk bergerak.

Dimusim-musim menyambut Tahun Baru Cina ini ramai orang yang simpati terhadap golongan OKU sama ada ditempatkan di Taman Didikan  Cacat Beatrice Jalan Pantai dan juga ditempatkan di Rumah Amal Cheshire Home Sandakan mereka terus diambil perhatian orang-orang yang bergelar insan bukan sekadar melawat kepusat-pusatan penempatan OKU bahkan mereka telah dibaru bantuan makanan dan lain-lain keperluan dan juga menerima Ang Pau Tahun Cina.


Pagi tadi satu rombongan dari DAP Sandakan yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong, bersama Frankie Poon, Goerge Hiew dan Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew dab beberapa orang ponyokong parti turut melawat kepusat Taman Bimbingan Kanak-Kacak Beatrice sambil memberi Ang Pow dan buah tangan berbentuk makanan dan lain-lain  keperluan.

Setibanya rombongan itu mereka telah disambut oleh Penguasa  Pusat Didikan Kanak-Kanak Cacat  Puan Nuriah Abdullah dengan penuh kemesraan.

Wong bagi pihak  DAP dan Pejabat Parlimen Sandakan merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Nuriah kerana memberikan kerjasama  untuk membolehkan pihaknya membuat lawatan sambil menghulur bantuan.

Mereka kemudian diberi sikit taklimat daripada Penguasa Pusat ini mengenai keadaan pusat itu yang serba-serbi mencukupi dari fasiliti yang diperlukan.











RUMAH TERBUKA CNY MP SANDAKAN 21 FEBRUARI DAP PADA 28HB FEBRUARI 2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sambutan Tahu Cina bakal disambut empat hari saja dari sekarang memang sudah menjadi kelaziman DAP Sandakan saban tahun  telah mengagih-agihkan Kad Ucapan Tahun Baru  dan sekaligus jemputan Rumah Terbuka Kong Hee Fatt Choi (Gong Xii Fa Cai) kepada masyarakat cina dan lain-lain masyarakat yang akan diadakan di Kenalanmu Restoran bermula pada jam 10.00 hingga jam 1.00 petang anjuran DAP Sandakan.

Sementara Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2015 dikediaman Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong akan diadakan pada hari ketiga pada 21hb Februari 2015 bermula pada jam 10.00 pagi hingga kepetang Taman Sibuga.

Dengan Wong sekeluarga menjemputan warga Sandakan tanpa mengira kaum dan idlogi politik yang berbeza adalah dijemput untuk datang ke Majlis Rumah Terbuka Kong  Hee Fatt Choi.

Kelmarin satu rombongan yang diketuai Wong telah mengagih-agihkan kad ucapan tahun baru dan kad jemputan di pasar Elopura, Pasar Kim Fung dan Pasar Sibuga Jaya Batu 8 Jalan Labuk.



WARGA TUA DAN OKU DIRAIHKAN MAKAN TENGAH HARI UNTUK CNY....DAP


SANDAKAN:- Penghuni warga tua di Rumah Warga Tua Sri Harapan dan orang-orang kurang upaya dari Rumah Amal Cheshire Home Sandakan  telah diraihkan  majlis jamuan makan tengah hari sempena bakal menyambut Tahun Baru Cina  bertempat di Dewan Sebaguna Sri Harapan dekat sini tengah kelmarin.

Program itu adalah anjuran DAP dan kerjasama Pejabat Parlimen Sandakan yang diketuai oleh MP Sandakan Stephen.

Selain mereka menjamu selera mereka juga menerima Ang Pau Kong Hee Fatt Choi daripada Wong untuk kegunaan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tiga hari lagi dari sekarang disamping mereka itu telah dihiburkan oleh tarian singa.

Wong selaku Ahli Parlimen Sandakan turut mengucapkan terima kasih kepada Penguasa Rumah Warga Tua Sri Harapan kerana memberikan kerjasama kepada pihaknya untuk menjayakan program tersebut.

“Walaupun kami dipihak pembangkang kami juga mempunyai rasa kasih sayang terhadap orang-orang tua yang telah tersisih daripada keluarga mereka terutama sekali mereka yang  bakal  menyambut tahun baru cina” Jelas Wong.





Semasa Wong dan rombongan mengagih-agihkan Ang Pao kepada penghubungi Sri Harapan telah sempat menemui seorang tua iaitu Amat Lajim 65 tahun yang pernah bergelandangan di bandar ini selama lebih tiga puluh tahun kerana sakit mentel tiada sesiapapun  yang ambil peduli

Sekarang Amat Lajim sejak tinggal jadi penghuni dirumah Warga Tua atas bantuan tempohari oleh pegawai pejabat Parlimen Sandakan keadaannya kini  kelihatan lebih sihat dan  gembira apa tidaknya segala makan  dan  pakai dijaga dengan semporna oleh warden Rumah Warga Tua.




ORANG CACAT PENGLIHATAN TIDAK TERPINGGIR MALAH MENDAPAT PERHATIAN ...WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Orang Kurang  Upaya Cacat Penglihatan (Buta) tidak terpinggir masih ada orang dan insan yang lain menyayangi mereka.
 
Mereka sudah semestinya mereka dimahu   dilahirkan sebegitu rupa tapi semuanya takdir yang menentukan nasib seseorang insan yang dilahirkan kedunia  ini dalam keadaan serba serbi kekurangan.

Sempena menyambut Tahun Baru Cina bakal jatuh pada 19hb  Februari ini satu rombongan ahli-ahli DAP Sandakan yang diketuai Oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong telah membuat lawatan  amal ke Pusat Orang-Orang Buta Taman Cahaya Sungei Manila sambil memberi Ang Pow dan bantuan-bantuan lainnya kepada penghuni Wisma Taman Cahaya.
 
“Walaupun kami ini ahli daripada pembangkang kami juga mempunyai sifat-sifat kasih sayang terhadap insan-insan yang kurang upaya sambil kami melawat melihat-lihat situasi  mereka sambil juga kami menghulur sedikit bantuan yang kami termampu kepada penghuni Taman Cahaya” jelas Wong.





Sunday 15 February 2015

PENURUNAN KADAR TARIFF ELEKTRIK TIDAK ADIL DI SABAH...DAKWA CAPS

OLEH: AZMI AZMAN and
SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Pertubuhan Perlindungan dan Kepenggunaan Sabab (CAPS) Bahagian Sandakan mempertikaikan penurunan kadar tariff elektrik di Sabah hanya 3.5 peratus sama dengan 1.20sen/KWJ berbanding di semenanjung penurunan tarff elektrik sebanyak 5.8 peratus sama dengan 2.25sen/KWJ

Pengerusi CAPS Sandakan Hj Ali Ahmad (Gambar) berkata penurunan kadar tariff elektrik bukan dibaik akan tetapi kenapa tidak diselaraskan dengan Sabah itu baru adil.

“Konsep 1Malaysia meman tidak sesuai lagi dugunakan apa-apa hal negeri Sabah banyak ketinggalan kalau penurunan bahan apa Petrol RON 95 RM1.70 sen hangar diselaraskan  diseluruh negara kepada pula kadar tariff elektrik Sabah terkecuali” katanya.

Ali Ahmad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang tersiar diportal Online The Sabah Insiden.net yang bertajuk: “TIDAK ADIL UNTUK ORANG SABAH PENURUNAN KADAR TARIFF ELEKTRIK BERBANDING SEMENANJUNG pada  13 Februari 2015.




Selain itu CAPS juga kesal dengan sikap pihak Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri Koperasi dan Kepunggunaan (KPDNKK) yang telah gagal memantau harga baranga di seluruh primes khususnya didaerah Sandakan dimusim-musim perayaan Tahun Baru Cina.

Al berkata terdapat beberapa gedung peniagaan dan termasuk kedai-kedai runcit telah menaikan harga barangan sehingga keparas 90 peratus daripada harga asal.

“Kenaikan harga barangan mendadak sempena sambutan tahun baru cina membuat pelanggar rimas dan gusar untuk membeli barang-barang keperluan untuk menyambut tahun baru cina yang bakal disambut lagi beberapa hari dari searang” kata Ali
                        
Begitu juga CAPS Sandakan kata Hj Ali banyak menerima adua dan rungutan daripada pelanggan yang dan duduk nongkrong di resrran-restoran mamak mendawak semua bentuk makanan yang dijual bertambahy mahal daripada sebelumnya.

Ali berkata roti canai kosong sekeping RM2.20 canai telur RM4.00 semen tara mee goreng sea food RM9.00 nasi bryani RM15.00 Kopi O RM3.00  minuman sejuk RM5.00 segelas dan nasi ambeng RM35.00 sepinggan tiga lauk.

Disebabkan kegagalan pihak KPDNKK memantau harga-harga barangan nampaknya  para peniaga semakin kepala besar (kepala ganden) tidak boleh dibiarkan kerana menyusahkan pengguna untuk berbelanja khususnya masyarakat Cina yang bakal menyambut tahun baru cina.


Ali berkata dengan penurunan bahan api RON RM1.70 seliter tiada membawa erti sebenar tiada impaknya  malahan para peniaga menaikan harga barangan keperluan mencecah 90 peratus .



CADANGAN KERAJAAN TURUNKAN TARIFF ELEKTRIK DISAMBUT BAIK...ZAKARIA



OLEH: AZMI AZMAN



SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris mengalu-alukan keputusan Kerajaan Pusat dalam menurunkan tarif elektrik  berkuatkuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Zakaria menyambut baik keputusan menurunkan tariff elektrik  kerana ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan industri.

Keputusan penurunan tariff eletrik telah  diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selepas mesyuarat Jemaah Menteri  di Putrajaya pada hari Rabu.

“Maximus telah mengumumkan pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menikmati penurunan purata kadar tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj, iaitu penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa dalam tempoh ini,” kata Zakaria kelmarin ketika diminta mengulas keputusan menurunkan tarif elektrik oleh Kerajaan.

Sementara itu, menurut Maximus Jemaah Menteri juga umumkan penurunan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj) untuk Semenanjung Malaysia, tambah Zakaria.

Zakaria berharap agar ahli perniagaan dan peniaga di Sabah dapat memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan menurunkan harga barangan seiring dengan penurunan harga bahan api dan tarif elektrik oleh Kerajaan.

“Saya harap para pemborong dan peniaga dapat menurunkan harga barangan mereka untuk kepentingan  masyarakat Malaysia secara keseluruhannya,” kata Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Sebelum dari ini, Kerajaan telah menurunkan harga petrol RON95, RON97 dan diesel  pada 1 Disember  2014 dan 1 Januari 2015, selepas harga minyak pasaran dunia terus mencatatkan trend penurunan .


TAMAT

KESAL SEGELINTIR PENIAGA IKAN SIMBAH IKAN GUNA AIR MAYAT...SALEENA-SHIRLEY CHIEN


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN- Ekoran dakwaan orang ramai yang mendakwa ikan besar seperti ikan merah,ikan putih, ikan tongkol dan ikan panic  telah disuntik/disimbah  dengan air mayat (air keras) tidak boleh dipandang ringan ia perlu diambil tindakan serius  kepada para peniaga terbabit berbuat demikian.
       
Tindakan segelintir  peniaga yang tidak bertanggungjawab menyuntik dan menyiram ikan-ikan yang dijual dipasar-pasar berkenaan ia boleh mengancam dan memudaratkan manusia kalau setiap kali memakan ikan-ikan tersebut.

Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat Saleena Titi berkata perkara begini tidak boleh dibiarkan  begitu saja kerana para peniaga yang terbabit boleh  dakwa di bawah undang-undang  Akta Racun 1952.

“Dengan ini saya minta kerjasama pihak Jabatan Perikanan untuk memantau dan menyiasattkan terperinci keatas dakwaan itu jika benar perlu diambil tidakan undang-undang.” Ujarya



Salinan berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kenyataan media berhubung dengan fenomena tersebut sambil menyatakan kekesalan terhadap segelintir peniaga ikan yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko dan akibatnya.

Sementara komen Ketua Bahagian PBS Tg Papan Puan Shirly Chien yang baru sebentar tadi dihubungi melalui panggilan telefon turut kesal terhadap perbuatan para peniaga ikan jika benar apa yang didakwa orang ramai bahawa ikan-ikan tersebut disimbah air mayat (Air Keras) Jabatan Perikanan harus ambil tindakan drastic kepada peniaga terbabit.

“Saya amat memandang serius terhadap perkara ini dan tidak boleh biarkan begitu saja jelas boleh membahayakan manusia” kata Shirley.

BETUL-BETUL KPDNKK GAGAL KENAIKAN HARGA BARANGAN 90 PERATUS PENIAGA BESAR KEPALA

SOROTAN DARIPADA KACAMATA EDITOR
SHAIMON S JUMADI (SSJ)

SANDAKAN:- Penurunan bahan api minyak RON RM1.70 tidak membawa kesan atau impak kepada para peniaga di daerah ini, malahan mereka masih lagi menaikan harga barangan keperluan hingga 90 peratus.

Tambahan lagi dimusim-musim perayaan untuk menyambut tahun baru cina para peniaga begitu nmudah sewenang-wenangnya menaikan harga barangan yang paling tinggi berbanding sebelumnya.

Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Sandakan Puan Saleena Titi (gambar) menyarankan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK) agar membuat serbuan menyejut keprimes-primes dan gedung-gedung perniagaan untuk memastikan dan memantau harga barangan tersebut.

“Ini mungkin kegagalan pihak KPDNKK membuat pantau jadi para peniaga sesuka hati menaikan harga barangan dimusim-musim perayaan tahun baru cina” katanya.
 
Begitu juga direstoran-restoran mamak mereka menjual makanan dan minuman yang harganya terlalu tinggi contohnya Kopi harga sebelumnya segelas Cuma RM1.20 kini telah mencecah RM2.50 roti canai kosong harga sebelumnya cuma RM1.20 kini harga RM2.40 sekeping.

Dalam pada itu Saleena bagi pihak PBS Tanjung Papat menyambut baik peranan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Kudat yang begitu pro aktif telah menyita dan mendenda terhadap lebih 20  peniagaan yang didapati mereka telah melanggar Akta Kawalan Harga Dan Antipencatuttan 2011.

Jadi erti kata lain tambah Saleena penurunan harga minyak petrol jatuh menjunam benar-benar tidak membawa  membaikan  malahan para peniaga tetap berdegil tidak akan menurunkan harga barangan walaupun di seluruh Semenanjung mereka telah berbuat demikian atas arahan pihak KPDNKK.
  
“Ini semuanya berpunca daripada sikap kurang bertanggungjawab dan langsung tidak memperdulikan langsung para peniaga menaikan harga barang diluar kemampuan pengguna sehingga menimbulkan kerasahan di kalangan masyarakat terutama sekali mereka yang bakal menyambut Tahun Baru Cina hanya tingga beberapa hari saja” jelas Pegerusi Perlindungan dan Kepenggunaan Sabah (CAPS) Bahagian Sandakan Hj Ali Ahmad yang dihubungi pagi tadi,

“Saya saranan piihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuat penyiasatan terhadap gerak-gerik para pegawai KPDNKK Sandakan kenapa tiada tangkapan  dibuat terhadap para peniaga yang telah menaikan harga barangan kemungkinan ada konspirasi antara satu sama lain” tegas Ali.





Saturday 14 February 2015

NORAINI SULONG HADIR AGM PEMADAM SANDAKAN KE 30


OLEH: SHAIMON S JUMADI

HADIR....Noraini Sulong Pengerusi Ha Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan






SANDAKAN:- Mesyuarat Agung Tahunan ke 30 PEMADAM Daarah Sandakan telah dilangsung pagi tadi bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.

Mesyuarat yang bermula dari jam 9.00 berakhir jam 11..00 pagi telah dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi PEMADAM Daerah Sandakan yang juga merangkap Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain.

Dalam Mesyuarat yang dijalankan selama hampir dua jam itu tiada pemilihan dijalankan hanya membincangkan untuk merangka beberapa aktiviti bagi sepanjang tahun ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Pengerusi Hal Ehwal Wanita PEMADAM daerah Sandakan yang juga selaku Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong.


TIDAK GUGAT PERJUANGAN DAP-PR ANWAR PENJARA LMA TAHUN...WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Sandakan Stephen Wong berkata kelmarin  walaupun Awnar Ibrahim di penjara selama lima tahun  dan merupakan hari  gelap dan juga  satu tamparan bagi Pakatan Rakyat namun  DAP akan meneruskan perjuangan demi keadilan untuk  masa depan yang lebih baik untuk rakyat jelata.
.
Wong percaya bahawa ramai rakyat Malaysia berasa amat kecewa atas hukuman Anwar dalam kes liwat, kerana sistem kehakiman tidak adil, keadilan tidak dapat ditegakkan.

Wong berpendapat bahawa, Anwar dihukum penjara 5 tahun dalam kes liwat kali kedua ini, menunjukkan sistem kehakiman negara ini tidak adil, Malaysia juga kehilangan arah bermula pada saat itu.

Beliau berkata, ahli parlimen menggubal undang-undang, tetapi pihak kehakiman pula tidak hormat pada undang-undang, ini amat mengecewakan.

Wong berkata, masyarakat antarabangsa termasuk US Embassy, Amnesty International, Human Right Watch, organisasi antarabangsa dan banyak negara yang lain turut mengutuk keras hukuman tersebut, ini menunjukkan ketidakadilan sistem kehakiman di Malaysia telah menjadi bahan lawak antarabangsa.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berkata, kini DAP akan terus tabah dan maju ke depan, teruskan perjuangan ke arah keadilan dan kepenti Stngan rakyat, memperjuangkan masa depan yang lebih cerah untuk rakyat.



Selain itu, sempena Tahun Baru Cina, DAP Sandakan akan mengadakan Rumah Terbuka pada 28 Februari (Sabtu), pukul 10 pagi hingga 1 petang di Restoran Kenalanmu batu 4, rakyat Sandakan dijemput hadir dan meraihkan perayaan ini bersama-sama. 

KERAJAAN TIDAK ADIL UNTUK RAKYAT SABAH PENURUNAN KADAR TARIFF ELEKTRIK---WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Tindakan Kerajaan BN tidak adil terhadap orang Sabah tahun lepas semasa menaikan kadar tariff elektrik di negeri ini sebanyak 16.9% lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Kini penurunan kadar tariff elektrik di Sabah hanya diturunkan 1.2sen/KWJ atau kadar penurunan 3.5% sahaja, manakala kadar penurunan tariff  elektrik di Semenanjung sebanyak 5.8% atau 2.25sen/KWJ ini tidak adil untuk rakyat  Sabah.

Ahli Perlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata, Sabah merupakan negeri pengeluar utama petroleum dalam negara, tetapi kini kerajaan BN menurunkan tarif elektrik, kadar penurunan tarif elektrik Sabah adalah kurang berbanding dengan Semenanjung, ini amat mengecewakan orang Sabah.

“Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri BN, serta menteri BN harus menjelaskan apa sebabnya kadar kenaikan tariff elektrik Sabah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, manakala semasa menurunkan tariff pula kadar Sabah adalah kurang berbanding dengan Semenanjung, sila berikan penjelasan.”

Wong juga berkata, kerajaan BN perlu menjamin peruntukan sebanyak RM 2.3billion yang diberi untuk 81 projek pembangunan kemudahan elektrik dalam tempoh 5 tahun, perlu digunakan sepenuhnya dalam negeri Sabah.

Menurut Wong, pada tahun 2011 hingga 2015, kerajaan BN memberikan peruntukan RM 2.4 billion di bawah RMK10 untuk projek pembangunan sistem elektrik Sabah, tetapi akhirnya hanya mendapat RM 300juta peruntukan, hanya 12.5% daripada sasaran asal.

“Berharap menteri BN mengumumkan peruntukan untuk Sabah, jangan hanya untuk menenangkan rakyat Sabah. Yang orang Sabah mahu ialah kerajaan betul-betul menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah, diharap kerajaan dapat menepati janji.  Ujarnya.

SESB TURUNAN TARIFF ELEKTRIK DISAMBUT BAIK.....JELAS ZAARIA


OLEH: AZMI AZMAN




SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris mengalu-alukan keputusan Kerajaan Pusat dalam menurunkan tarif elektrik  berkuatkuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Zakaria menyambut baik keputusan menurunkan tariff elektrik  kerana ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan industri.

Keputusan penurunan tariff eletrik telah  diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selepas mesyuarat Jemaah Menteri  di Putrajaya pada hari Rabu.

“Maximus telah mengumumkan pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menikmati penurunan purata kadar tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj, iaitu penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa dalam tempoh ini,” kata Zakaria kelmarin ketika diminta mengulas keputusan menurunkan tarif elektrik oleh Kerajaan.

Sementara itu, menurut Maximus Jemaah Menteri juga umumkan penurunan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj) untuk Semenanjung Malaysia, tambah Zakaria.

Zakaria berharap agar ahli perniagaan dan peniaga di Sabah dapat memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan menurunkan harga barangan seiring dengan penurunan harga bahan api dan tarif elektrik oleh Kerajaan.

“Saya harap para pemborong dan peniaga dapat menurunkan harga barangan mereka untuk kepentingan  masyarakat Malaysia secara keseluruhannya,” kata Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Sebelum dari ini, Kerajaan telah menurunkan harga petrol RON95, RON97 dan diesel  pada 1 Disember  2014 dan 1 Januari 2015, selepas harga minyak pasaran dunia terus mencatatkan trend penurunan .



Wednesday 11 February 2015

KPDKK GAGAL PANTAU HARGA BARANG PARA PENIAGA TELAH MENAIKAN HARGA BARANG 90 PERATUS

OLEH: SHAIMON S JUMADI




HARGA SEBENAR RM2.50 tapi  dijual dikedai India  RM3,00








SANDAKAN:- Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Kudat membuat serbuan mengejut keatas 20 primes peniagaan di sekitar bandar itu yang tidak menurunkan harga barangan satu usaha yang baik.


Dengan penyerbuan secara mengejut pihak KPDNKK itu telah berjaya mengambil tindakan serta mengompaun 20 peniaga yang telah didapati menaikan harga barang sempena bakal menyambut Tahun Baru Cina ini.

Di Daerah Sandakan KPDNKK tidak ada membuat pemantauan atau membuat serbuat keatas para peniaga di  daerah ini, disebabkan kegagalan pihak KPDNKK membuat pantauan ramai peniaga telah menaikan harga barang sehingga 90  peratus.

Contoh yang terdekat di salah sebuah kedai India di Taman Mesra harga barang yang dijual seperti minyak masak harganya 1 kg sebungkus dijual RM3,00 gula 1kg 3,10 beras nasional 10 kg satu kampit dijual dengan harga RM23.00.

Ini semua berpunca kegagalan pihak KPDNKK sendiri yang gagal membuat pantauan  ke primes-primes peniagaan seluruh  daerah Sandakan.




Harga bahan mentah seperti ayam harga ayam bulat dijual dipasar 1kg harga 10.50 kepak ayam RM14.00 dada RM11.00 harga-hara bahan mentah ini masih harga ditahap yang sama tiada sedikit penurunan walaupun bahan apa telah menurun menjunam.

Dengan kenaikan harga barang-barang yang mendadak ini membuat pelanggan semakin risau tambahan dimusim-musim menyambut tahun baru cina sebilangan besar peniaga telah menaikan harga barangan hingga 90 peratus.

Dimana letaknya tanggungjawab KPDNKK untuk memantau keatas para peniaga yang terlibat berbuat demikian dibiarkan begitu saja  sehingga menyusahkan pelanggan.