Tuesday 30 June 2015

MEDIA PORTAL ONLINE KINI BERSAING DENGAN MEDIA CETAK

OLEH: SHAIMON S JUMADI


MEMANG  sukar   dinafikan walaupun sekarang zaman celik IT 95 peratus penduduk di negarana ini tidak kira di mana mereka barada rata-rata main computer.

Dalam 10 orang barang kali kalau ada dua tiga orang saja yang tidak mempunyai akaun Facebook walaupun  mereka arif dan pintar main computer.

Dalam konteks ini saya ingin merungkai sedikit  sebanyak mengenai peranan  yang berkebolehan main computer tetapi masih ada yang keliru  barang kali mereka walaupun pandai main computer bermacam-macam aneka ragam mereka boleh buat akan tetapi mereka tidak mengikuti perkembangan alam maya boleh jadi mereka tertumpu hanya laman social (FB) saja sehingga nama portal online barang kali mereka jarang- jarang menyebutnya perkataan seumpanya.

Seperti golongan politikus boleh dikatakan mereka mendekati media alam maya selain mereka membaca juga media-media cetak seperti akhbar New Sabah Times, Daily Express Utusan Borneo Utusan Malaysia Berita Harian banyak lagi akhbar cetak yang saya tidak sempat agaknya untuk menguraikannya satu demi satu,

Bagi mereka yang meminati media portal online atau media alam maya antara Malaysia Kini, Sabahkini, The Sabah Insider, Free Sandakan Today, Free Malaysia Today, Roket Kini, The Malaysian Insider dan banyak lagi portal yang kita tak perlu huraikan.

Semua penerbitan  media alam maya atau portal online ini di pantau dan diawasi oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Yang saya katakan orang masih ada yang keliru kewujudan media alam maya ini  walaupun mereka cukup arif menggunakan computer mereka masih bertanya apabila satu-satu function itu telah didatangi oleh beberapa wartawan  media portal sering mereka bertanyakan  disiarkan akhbar mana justuru itu kena pandai menjawabnya  program ini tidak tersiar di media cetak ianya tersiar di alam maya (portal onlie) .


Ada setengah orang  berkata kami tidak faham apa itu portal online  ataupun alam maya  sedangkan orang yang bertanyakan ini bukan calang-calang memang  pentar banget main computer.

Seimbang ada orang minat baca akhbar cetak atau orang kalau mahu jimat cermat belanja mereka akan menumpukan portal online kerana terdapat banyak bahan-bahan cerita panas dan sensasi yang bisa  diperoleh daripada media alam maya.





Sunday 28 June 2015

KRT APARTMENT INDAH JAYA AGIH-AGIHKAN BUBUR LAMBUK RAMADAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI


ALBUM  AJK KRT Appartment Indah Jaya dan AJK Masjid Nurrusyakirin Indah Jaya




SANDAKAN:-  Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Apartment Indah Jaya telah mengagih-agihkan sebanyak lebih 600 bungkus bubur lambuk kepada para penduduk setempat dan para jemaah Masjid Nurussyakirn Indah Jaya petang tadi.

Program mengagih-agihkan bubur lambuk anjuran KRT itu  mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Nurssyakirin untuk menjayakan dan melaknakan program itu berjalan lancar.

Pengerusi KRT Apartment Indah Jaya Ustazah Hajah  Sapiah Hj Abdul Rahim dalam ucapan alu-aluan menjelaskan tujuan KRT memberi bubur lambuk kepada penduduk setempat ia merupakan aktiviti amal jariah khusus di bulan Ramadan Al Mubarak dan juga merupakan  amal ibadah  di kalangan ahli-ahli KRT dibulan yang mulia ini  untuk mencari keberkatan.

Katanya sudah menjadi tanggungjawab KRT menyunbangkan bubur lambuk kepada mereka yang sedang menjalani ibadah puasa dibulan Ramadan.


Sementara dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Masjid Nurussyakirin Indah Jaya Haji Salzo Hj Isa berkata beliau mengucapkan syukur Al-hamdulillah kerana KRT Apartment Indah Jaya dapat memainkan peranaan ke amal jariah khususnya menyumbangkan bubur lambur lebih 600 bungkus kepada umat Islam di sekitar Taman Indah jaya pada bulan yang mulia.

Kata Hj Salzo semoga usaha murni KRT Apartment itu akan mendapat pahala dan ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SAW.

Program yang diadakan diperkarangan masjid berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Negara Bahagian Sandakan Jamri Giau dalam ucapannya antara lain memuji kegigihan pihak KRT Apartment Indah Jaya kerana saban tahun berjaya mengadakan program yang serupa.

Kata Jamri usaha murnia KRT Apartment Indah Jaya boleh dicontohi oleh mana-mana KRT di daerah  Sandakan kerana melalui program mengagih-aghkan bubur lambuk ini boleh menjalankan siratulrahim yang erat di kalanga  umat islam keseluru

Saturday 27 June 2015

RAHIMAH SALUR BANTUAN KEPADA ASNAH SEORANG BALU YANG DALAM KESEMPITAN HIDUP

OLEH: SHAIMON S JUMADI

MAKCIK   Saya ada sumbangan sedikit untuk keperluan berbuka puasa ....Rahimah 

BATU SAPI:-  Sewaktu program Jelajah Ramadan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah berkesempatan untuk  melawat kerumah seorang balu iaitu Asnah Adin balu kepada arwah mantan Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi.

Sambil melawat dengan ringan hati Rahimah telah memberikan sedikit sumbangan kepada Asnah untuk keperluan berbuka puasa dan menyambut hari lebaran nanti.

Kata Rahimah sebenarnya Asnah telah dapat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi agak jauh sebab rumah berkenaan  didirikan dilaut dan Asnah lebih selesa  duduk dirumah lamanya walaupun keadaan rumah itu hampir usang dan perlu dibaiki kerana banyak kerosakan yang dialami  pada dinding dan bumbungnya.

“Anak saya lebih  selesa duduk dirumah buruk ini biarlah rumah baru PPRT itu anak saya yang tinggal  lagipun makcik baru saja sembuh dari sakit” katanya kepada Rahimah.

Yang dalam keadaan serba kekurangan itu pada Asnah semoga mendapat perhatian daripada pihak-pihak tententu untuk membela nasibnya.

“Makcik bersabar ia semoga Allah akan memberikan murah rezeki kepada keluarga makcik inilah adalah ujian Nya kita harus tabah menghadapiNya” kata Rahimah yang rasa sebak dan sedih melihat keadaan Asnah.

Inilah dikatakan seorang peminpin Wanita yang sentiasa prihatin akan nasib seseorang semoga bantuan Rahimah kepada Asnah akan dapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SAW….Amin




ADAKAH ARAHAN JABATAN PELAJARAN BAHAWA SEKOLAH MUBALIGH TIDAK DIBEARKAN MEMASANG LAMBANG SALIB ... TANYA WONG



OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Tindakan Guru-Guru dan Ahli PIBG yang meminta pihak sekolah untuk menurunkan lambang salib di Bangunan Sekokah Kebangsaan St Mary  Labuk di Sandakan sejarnya mereka dipatut berbuat   demikian.

Tindakan PIBG dan Guru-Guru sekolah berkenaan berbuat demikian ia boleh megguris hati dan perasaan  di kalangan  guru-guru dan ibubapa yang bukan Islam dimana  guru-guru  sedang mengajar dan anak-anak mereka berlajar di sekolah berkenaan.

SEKOLAH SK St Mary Labuk  sekolah paling tertua di Sandakan
 
Sebagai seorang bangsa Malaysia khususnya di Sabah yang cintakan keharmonian dan kedamaian  harus hormat menghormati keagama lain jangan  terlalu memendang rendah agama Kristian.

Adakah ini satu  arahan daripada Jabatan Pelajaran Malaysia di mana sekolah mission tidak dibenarkan ada lambang salib di bawah akta pendidikan 1961 dan akta pendidikan  1996 pindaan 2002 tidak menyebut bahawa sekolah mission tidak boleh memasang lambang salib.

“Saya mahu tanya kepada  ibubapa dan guru-guru serta ahli-ahli PIBG di mana  anak-anak mereka yang belajar di sekolah mission seperti  SK St Mary Labuk SK St Bandar SK St Mary Convent , SK St Monica SK St Gabral  SM Sung Siew  SM St Michael SM St Mary Sandakan dan SM St Cecelia  sudah berapa ramai  orang murid yang telah memeluk agama Kristian.

Setahu saya ramai anak-anak orang Islam berlajar di sekolah-sekolah mission berlambang salib tiada menimbulkan sebarang masalah kenapa perkara sensitive ini mahu ditimbulkan sehingga menjadi kemarahan di kalangan penganut Kristian.


 Ahli Parlimen Sandakan  (DAP) YB Stephen Wong berkata demikian kepada Wartawan Free Sandakan Today ketika diminta pandangan dan berpendapatnya berhubung isu sekolah  SK  St Mary Labuk yang jadi sasaran itu.

Seharusnyaa insiden penurunan lambang salib pada bangunan Sekolah Kebangsaan St Mary Labuk di Sandakan, yang diminta oleh guru dan anggota PIBG, tidak patut berlaku.


Beliau berharap guru yang terlibat menumpukan perhatian ke atas pengajaran, dan anggota PIBG fokus dengan usaha-usaha membantu sekolah, bukanlah menimbulkan isu keagamaan.


Menurut beliau, sejak 52 tahun kemerdekaan, negeri Sabah merupakan perintis konsep 1 Malaysia, tidak pernah berlaku kes seperti ini. 


Dalam berpuluh-puluh tahun ini, pelbagai kaum dan bangsa dalam negeri Sabah hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera, tetapi baru-baru ini berlakunya peristiwa guru dan anggota PIBG Sekolah Kebangsaan St Mary Labuk meminta untuk menanggalkan lambang salib pada bangunan sekolah, ini amat mengecewakan.


Wong berkata, sebelum ini Semenanjung kerap berlaku insiden keagamaan, kini gejala yang tidak sihat ini telah melanda negeri Sabah, ini merupakan kejadian yang tidak diingini.


Pada pendapat beliau, negara kita terutamanya Semenanjung sering berlaku krisis keagamaan, ini menunjukkan kerajaan tidak berkebolehan, hanya membiarkan golongan ekstrem menimbulkan masalah, ini amat bahaya. 


Baru-baru ini berlakunya kes “murid bukan Islam diarahkan meminum air di tandas sempena bulan Ramadan, jika tiada air maka minum air kencing sendiri”, sebelum ini ada lagi kes “sekumpulan orang protes di depan gereja, mendesak untuk menurunkan lambang salib”, tetapi kerajaan tiada mengambil tindakan yang lebih tegas untuk melarang perkara seperti ini berlaku.


Tambah beliau, jika kerajaan terus membiarkan golongan ekstrem berbuat demikian, keharmonian kaum dan bangsa negara Malaysia akan hancur dan lenyap.


Wong menekankan bahawa, insiden Sekolah Kebangsaan St Mary Labuk di Sandakan tidak patut berlaku, kerana ia merupakan sekolah mubaligh, apakah kuasa guru berkenaan untuk meminta menurunkan lambang salib tersebut? Lagipun tugas mereka adalah mengajar, bukannya berdakwah.


Wong menyaran kerajaan BN, terutamanya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, segera mengarah Kementerian Pendidikan untuk menyelesaikan masalah ini, dan menangani masalah ini dengan aman, seterusnya menghalang perkara yang sama berulang lagi.



Tuesday 23 June 2015

MP SANDAKAN TURUN PADANG AGIH-AGIHKAN BUAH KURMAH KEPADA PENGUNJUNG DAN PARA PENJAJA BAZAR RAMADAN GIANT


OLEH: SHAIMONS JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong bersama rombongannya telah mengagih-agihkan buat kurmah kepada para penjaja Bazar Ramadan Giant yang juga pengunjung sambil bersalam-salaman dengan lafas ucapan Selamat Berpuasa  kepada Umat Islam.

Sebagai pemimpin walaupun dipihak pembangkang namun Wong tidak lupa kepada para pengundinya terutama sekali dimusim-musim  menyambut  Ramadan Al-Mubarak yang pernuh keberkatan ini.

Sambil berpesan kepada masyarakat Islam yang bakal menyambut hari lebaran Aidilfitri nanti ini    kelau hendak berbelanja supaya berjimat cermat memandangkan harga-harga barangan semakiin hari semakin   mahal belilah barang-barang yang perlu saja mengikut kemampuan masing-masing.


Terdahulu Wong telah mengagih-agihkan buah kurmah kepada para penjaja Bazar Ramadan Bandar kemudian menghadiri majlis Berbuka Puasa dengan masyarakat Islam di Perumahan Flat MPS Sim-Sim.





Friday 19 June 2015

MP SANDAKAN BIDAS MAXIMUS GAGAL TUNAIKAN JANJI BINA JANA KUASA ELEKTRIK

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili semasa berada di Dewan Rakyat kena bidas oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong  yang menggesa Mximus supaya meminta kerajaan menyiapkan pembinaan stesen  janakuasa gas asli  di Lahad Datu.

Dalam tempoh lima (5) seperti yang telah dijanjikan sekian lama demi untuk memenuhi permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat  khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah ini perlu disegerakan.

Kata Wong semasa menjawab soalan di Parlimen, Maximus menyatakan bahawa kerajaan telah setuju untuk membina sebuah stesen janakuasa gas asli di Lahad Datu, menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 190 hingga 380 Megawatt, tetapi disebabkan gas asli perlu disalurkan melalui paip yang panjang dari Pantai Barat Kota Marudu-Beluran ke Pantai Timur, kos pembinaan yang amat tinggi diperlukan, oleh itu kerajaan kini masih berada di peringkat kajian, belum lagi memutuskan sama ada akan membina saluran paip gas asli yang begitu panjang untuk kegunaan stesen janakuasa Lahad Datu.

Walaubagaimanapun, Maximus berjanji bahawa kerajaan akan buka tender pada bulan September tahun ini, untuk membina sebuah stesen janakuasa kecil yang menjana 30 Megawatt bekalan elektrik di Lahad Datu, sementara menunggu pembinaan saluran paip gas asli, kemudiannya bertukar menjadi stesen janakuasa gas asli yang besar.

Maximus berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong di sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11(RMK11) di Dewan Rakyat.


Wong tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, kerana kerajaan sering menggunakan alasan seperti “masih dalam kajian” atau “kos terlalu tinggi”,  untuk menangguh projek pembinaan infrastruktur yang amat diperlukan oleh rakyat. Stesen janakuasa merupakan keperluan asas rakyat, kerajaan harus membekalkan infrastruktur ini.

Beliau berpendapat bahawa, rancangan ini telah ditangguhkan selama beberapa tahun, sejak dulu ketika  rakyat tempatan membantah pembinaan loji janakuasa arang batu, kerajaan tidak menghormati keinginan rakyat, berkali-kali cuba untuk memulihkan loji janakuasa arang batu, langsung tidak berniat untuk menggantikannya dengan stesen janakuasa gas asli atau gas asli cecair.

Wong berkata, difahamkan bahawa gas asli adalah lebih mahal berbanding dengan arang batu, tetapi demi melindungi alam sekitar dan keselamatan rakyat Pantai Timur, kerajaan tidak patut hanya mengambil kira unsur kos, dan tidak menghiraukan permintaan rakyat.

Wong meminta kerajaan memberi jaminan bahawa stesen janakuasa gas asli ini akan siap dibina dalam tempoh 5 tahun ini, kerana keperluan tenaga elektrik di Pantai Timur semakin meningkat, dan pembangunan sektor perindustrian di Pantai Timur amat memerlukan tenaga elektrik. Ketiadaan stesen janakuasa kapasiti tinggi dan kawasan Sandakan yang kerap mengalami gangguan elektrik, pasti akan melambatkan pembangunan sektor perindustrian, rakyat juga hidup dalam kesusahan!

Tambah beliau, Sabah merupakan pengeluar gas asli, kerajaan tidak patut menggunakan alasan kos tinggi dan sebagainya untuk menolak pembinaan ini, kerana pada asalnya ia milik rakyat Sabah, kerajaan patut memanfaatkan rakyat Sabah dengan sumber asli ini, bukanlah asyik mengeluarkannya untuk dijual dan mendapatkan keuntungan, rakyat pula mengalami gangguan elektrik di sebaliknya, ini tidak dapat diterima! Beliau berkata, kini dikatakan negara kita sedang menuju ke arah negara maju, jika kerajaan tidak dapat menyiapkan stesen janakuasa ini, ini amat menghinakan dan menyindirkan.

“Jika kerajaan benar-benar ikhlas untuk menurunkan SAIDI Sabah dari 423 minit tahun 2013 kepada 100minit menjelang tahun 2020 dalam RMK11, maka pembinaan stesen janakuasa ini adalah amat penting.”
Selain itu, Wong juga meminta menteri menjelaskan perbezaan sumbangan modal tenaga elektrik di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Bagi rumah yang biasa, sumbangan modal di Sabah adalah sebanyak RM3300, manakala Semenanjung adalah RM250, sebanyak 8 kali ganda berbeza! Ini jelas menunjukkan ketidakadilan dan eksploitasi ke atas rakyat Sabah.

Maximus membalas, kerajaan telah mengetahui perkara ini dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan, pendekatan yang baru akan diwujudkan untuk menyelesaikan masalah ini. Kata beliau, sumbangan modal di Semenanjung rendah kerana tarif elektrik telah merangkuminya, jika Sabah juga hendak merangkumi sumbangan modal, maka tarif elektrik akan bertambah mahal. Namun begitu, Wong berkata, kerajaan seharusnya mengatasi perkara ini tanpa merugikan kepentingan konsumer.






Tuesday 16 June 2015

MP SANDAKAN TERUS BANTU RAKYAT YANG HADAPI KESUSAHAN KG SIM-SIM

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sejurus selepas selesai  menyertai progam Gotong Royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Berhala Darat Sim-Sim dekat sini Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong bersama rombongannya berkesempatan meninjau kesebuah rumah kepunyaan Anjas Asmawi.

Nampaknya Anjas memang orang paling bertuah kerana mendapat bantuan daripada Ahli Parlimen Sandakan untuk membaik pulih rumahnya di lorong jambat 18 Kampung Sim-Sim.

Satu lagi  dimana sebuah rumah di lorong jambatan yang sama  yang didiami oleh Parasimah  yang telah roboh baru0baru ini dan melibatkan  5 orang keluarga  turut jatuh kelaut juga mendapat perhatian oleh Ahli Parlimen.

Memandangkan hari petang terlalu suntuk Wong terpaksa meninggalkan Kampung Sim-Sim dan bergegas pergi ke Airport untuk penerbangannya ke Kuala Lumpur  bagi menghadiri sidang parlimen.

Apapun susulan bantuan keatas Parasimah juga akan disalurkan pada masa terdekat ini  supaya masalah roboh rumahnya akan dapat diselesaikan sebelum menjelang hari leberan ini.






Saturday 13 June 2015

DI DAHULUKAN ADAT KEMUDIAN DIJADIKAN UNDANG-UNDANG

NUKILAN ISMAILY BUNGSU

PEPATAH ada menyebut “Biar  Mati Anak Jangan Mati  Adat”  dan itu sebenarnya perkataan  mahupun ayat sinis betapa pentingnya adat itu di kalangan orang yang beradat.
Nabi menyatakan meski puterinya sendiri yang mencuri dan didapati bersalah maka tetap akan dipotong tangannya dan itu terkait dengan kata biar mati anak jangan mati adat.
Hakikatnya peraturan yang dipersetujui itu kena patuhi dan jika hidup tidak berperaturan maka manusia ini jadinya semacam binatang yang melakukan apa saja sesuka hatinya.
Adat biasa tercipta kesan kesepakatan dalam satu-satu  kelompok dan kemudian kelompok lain yang berdekatan akan mengikut kiranya adat itu difikirkan baik untuk semua.
Biasanya adat itu sering dikaitkan dengan kepercayaan atau kekadang dikaitkan dengan agama yang menentukan demikian keadaanya dan umumnya biasa adat itu dijadikan peraturan untuk kebaikan semua orang dalam satu-satu  kelompok.
Kemudian asalnya adat, lalu ia menjadi undang-undang dalam istilah moden dan saya kira adat dan undang-undang  itu sama saja meski ada berbedaannya sedikit dan semuanya baik sama ada adat atau undang-undang  itu tujuannya untuk kebaikan semua orang.
Adat atau undang-undang  itu terserah sesebuah negeri/negara dan kerana itu peribahasa menyatakan masuk kandang kerbau menguak dan kambing mengembek maknanya perbuatan kita kena sesuaikan dengan keadaan sesebuah lokasi atau negara.
misalnya kalau kita datang ke barat dan masuk berjalan dalam rumah mereka pakai sepatu itu tidak menjadi kesalahan, tetapi kalau di rumah masyarakat kita itu makna kurang ajar atau tidak beradat.
soal telanjang ini pula bukan saja di negara kita, malah di negara barat juga tidak dibenarkan kecuali yang mandi di pantai, pun mereka guna coli dan tidak telanjang terus. yang telanjang terus itu makna luar biasa dan bukan ajaran agama malah bukan adat/kalau adapun itu adat dibuat-buat.
Baik islam atau bukan islam ada peraturan-peraturan  berpakaian dan telanjang itu memang tidak dibenarkan di mana-manapun kecuali di lokasi-lokasi yang tertentu dan islam pula memang melarang sama sekali kecuali ketika mandi atau berhubungan sex suami isteri, itupun kena tutup dengan kain dan bukan telanjang begitu saja.
Jadi, sesiapapun baik orang lokal atau orang barat kena patuh adat kala datang ke Sabah dan alasan mereka tidak tahu itu bukan alasan lojik sebab di negara mereka juga tidak dibenar berbuat demikian, malah agama mereka juga melarang perbuatan itu.
Biasa malaikat menjauh bila melihat orang telanjang dan setan datang berbondong dan Allah sendiri melarang.
ISMAILY BUNGSU
sabah
13/6/2015




Monday 8 June 2015

AFIF DINOBATKAN JUARA MR SANDAKAN 2015



OLEH: SHAIMON S JUMADI






JUARA ... Pengiran Afif dinobatkan selaku juara Mr. Sandakan 2015 'Ikon Remaja' yang disampaikan Fiffy pada majlis penyampaian hadiah.







KACAK BERGAYA ... Sebahagian daripada 20 finalis yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Mr. Sandakan 2015 sekali gus mencuri tumpuan kerana punya rupa paras yang segak dan tampan



MALAM kemuncak Pertandingan Mr. Sandakan 2015 'Ikon Remaja' berjaya menghimpunkan jejaka tampan malahan boleh ditonjolkan ke pencarian peringkat tinggi berdasarkan rupa paras setiap pesertanya bukan alang-alang.

Tahniah dan syabas kepada penganjur iaitu al-Haddad Entertainment tidak lagi menoleh kebelakang sebaliknya meneruskan pertandingan Mr.Sandakan bagi tahun ketiga sekali gus mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang peragaan lelaki.

Makanya, sambutan memberangsangkan daripada para jejaka sekitar Sandakan kerana inilah peluang untuk mereka bergelar Ikon Remaja dalam pertandingan yang telah pun berlangsung meriah di Best Western Sandakan Hotel & Residence, Bandar Leetat Jaya, malam Ahad lalu.

Buat julung kalinya juga, al-Haddad membuat kelainan tersendiri apabila menampilkan persembahan finalis seramai 20 orang dengan ala-ala antarabangsa seperti berjalan 'catwalk' di pentas sambil disaksikan secara santai tetapi eksklusif.

Pengacaranya pula Razif sekali-sekala menghiburkan penonton dengan senda gurau sekali gus berjaya menghidupkan suasana majlis yang turut diserikan persembahan pentas oleh Madonna, Nita Mui, Kavitha Yan, Skoutz dan Sandakan Bollywood Dancer Crew. 


Berbalik kepada cabaran finalis tadi,untuk memenangi gelaran Mr.Sandakan bukan juga mudah kerana mereka terpaksa melalui beberapa kategori yang akan dinilai barisan juri profesional yang telah didatangkan khas.

Antara kategori dipertandingkan pada malam final itu, Anugerah Best Batik Ware; Best Casual; Mr.Maskulin; Best Body Figure; Best Smile; Mr.Gorgeous; Mr.Friendly; Mr.Charming; Best Tuxedo; Mr.Personality; Best Catwalk; Mr.Favourite; Best Picture dan Best Photogenic.

Untuk bergelar bintang sebagai Mr. Sandakan 2015 'Ikon Remaja' itu, seseorang finalis akan dinilai daripada segi rupa paras selain penampilan diri ketika berjalan termasuklah saat memperkenalkan diri.

Turut diambil kira penampilan finalis yang nampak bergaya sewaktu memperagakan pakaian memandangkan pihak juri akan menilai setiap persembahan pentas mereka dari segi personaliti sebagai remaja.

Begitu pun, persembahan pada malam kemuncak membuatkan penonton sentiasa berdebar-debar menantikan keputusan pemenang memandangkan mereka yang menjadi finalis semuanya berbakat dan mampu mencuri tumpuan.

Tidak hairanlah penganjuran Mr.Sandakan yang diasas serta merupakan hasil cetusan idea Sofie Aliong dan dibantu rakan-rakan rapatnya seperti Fiffy Fazryan; Sasha el-Diamond dan Andikah Moyasin boleh pergi jauh kerana berjaya mengadakan pertandingan berprestij seumpamanya.    
Pertandingan menyaksikan Pengiran Iman Afif Syafie dari Taman Indah Jaya dinobatkan sebagai juara Mr.Sandakan 2015 'Ikon Remaja' sekali gus menewaskan 20 finalis yang turut memberikan saingan sengit.

Dengan kemenangan manis itu, beliau menerima sekalung mahkota dan wang tunai RM500 berserta selendang, jambangan bunga, rawatan kecantikan dan pakej percutian ke Bilit, Sukau.

Kemenangan remaja tinggi lampai ini memang sudah dijangka kerana punya rupa paras yang kacak dan tampan ditambah lagi kebolehannya bergaya di atas pentas yang mencuri tumpuan hadirin pada malam itu.

Naib juara dan tempat ketiga disandang Sherwin Hoe Jun Xing serta Thien Vui Ket yang masing-masing menerima trofi, selendang dan jambangan bunga.

Manakala tempat keempat dan kelima pula jatuh kepada Mohd Sayuthi Azruff serta Mohd Safwan Sidik yang juga menerima sebuah trofi, selendang dan jambangan bunga.

Sementara itu, anugerah-anugerah yang dipertandingkan pada malam kemuncak dimenangi beberapa finalis lain yang juga turut membawa pulang hadiah istimewa daripada pihak penganjur. 

"Syukur alhamdulillah ... selesai sudah Pertandingan Mr. Sandakan 2015 'Ikon Remaja'. Jumpa lagi tahun hadapan, kami memohon maaf di atas segala kekurangan mahu pun kesilapan yang tidak disengajakan.

"Semoga pertandingan kali ini menjadi medan bagi pencarian bakat-bakat baru dalam bidang seni yang melibatkan peragaan untuk kita tonjolkan ke peringkat tinggi lagi.

"Bagaimanapun, keikhlasan rakan-rakan dan sahabat-sahabat termasuk juga pihak penaja yang menjadi pembakar semangat untuk kami menganjurkan event ini pada tahun hadapan lagi.

"Jutaan terima kasih kepada semua penaja dan mereka-mereka yang sentiasa bertungkus-lumus menjayakan event pada kali ini terutama tetamu yang datang dari luar daerah Sandakan," kata Sasha kepada Hiburan Free Sandakan Today semasa ditemui selepas pertandingan tersebut.


Thursday 4 June 2015

TINDAKAN KONTRAKTOR SUTRA KINABALU UGUT PENDUDUK PERUMAHAN LPPB SRI TAMAN BOLEH DIAMBILKAN POLIS

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Tindakan pihak Sutra  Kinabalu Kontraktor yang  akan mengenakan caj RM15.00 untuk perkhidmatan penjagaan kebersihan sebilangan besar penduduk Perumahan LPPB Sri Taman membuat bantahan

Beberapa penduduk yang sempat ditemui ketika mereka mengadakan perhimpunan aman di depan premis kedai LPPB Sri Taman sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang turut berada disitu.

Mereka kesal dengan tindakan pihak kontraktor Sutra Kinabalu kerana semasa mengidarkan borang untuk Caj RM15.00 dengan nadah yang kasar cara memaksa supaya borang yang diedarkan itu hendaklah diisi sekiranya penduduk enggan mengisi borang tersebut nanti geran rumah mereka akan digantung ini bentuk ancaman kepada penduduk disitu.

Perkataan  yang dilafaskan oleh pihak kontraktor Sutra Kinabalu benar-benar menyinggung perasaan dan kemarahan dikalangan penduduk setempat sudahlah semasa menghantar borang-borang berkenaan bercakap yang bukan-bukan kepada setiap penghuni.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan Stephen yang menemui sebilangan penduduk yang memprotes tidakan kontraktor tersebut antara lain beliau akan membantu menyelesaikan masalah ini dan akan menulis kepada pihak Lembaga Pembangunan  Perumahan dan Bandar (LPPB) untuk memaklumkan mengenai Kontraktor Sutra Kinabalu bertindak   mengenakan caj RM15.00 pada setiap penghuni.


“Sepatutnya pihak kontraktor tersebut bawa berbincang dahulu kalau hendak buat sesuatu untuk kepentingan penduduk Perumahan LPPB Srri Taman agar segala perkara yang hendak  dibuat mendapat persetujuan semua  pihak ini jalan terbaik agar tidak timbul sebarang ketegangan.

Saya bukan hendak membela mana-mana pihak dengan tindakan mendadak pihak kontraktor terus menerus mengeluarkan notis tanpa dibawa perbincangan antara kedua bela pihak ini sudah  melanggar hak asasi kemanusian.


Saya sebagai Wakil Rakyat amat  simpati diatas nasib yang bakal menimpa penduduk tetsebut kerana tindakan menaikan caj RM15.00 lagi satu beban yang ditanggung oleh penghuni” kata Wong kepada Wartawan  kelmarin.


Tuesday 2 June 2015

DAP Sabah gesa kerajaan seimbang harga barang, pulih prestasi pelabuhan Sabah


OLEH MEDIA DAP




SANDAKAN:- Memandangkan harga barangan  tidak seragamkan  antara Sabah dan Semenanjung Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  hari ini  menggesa  Kerajaan persekutuan  supaya  menyeimbangkan harga barangan di Sabah dan Semenenanjung demi mempercepatkan pembangunan Sabah sekaligus berlaku adil dan mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat Sabah selama ini.

Saya melihat, walaupun Kerajaan persekutuan mengambil inisiatif untuk menyeragamkan harga barangan di Sabah dengan peruntukan sebanyak RM1.25 billion dari tahun 2012 hingga 2015. Jelas apa yang diperhatikan, tidak wujud apa-apa perubahan dan ia membuktikan bahawa inisiatif penyeragaman harga barangan oleh kerajaan gagal mencapai matlamatnya.

Di Sabah, harga barangan lebih tinggi sebanyak 30 peratus dari Semenanjung Malaysia manakala pendapatan purata kita adalah lebih rendah sebanyak 30 peratus dari Semenanjung. Ia adalah sangat tidak adil ditambah  dengan perlaksanaan GST. Rakyat Sabah terpaksa bayar lebih walaupun pendapatan yang rendah.

Wong juga selaku Timbalan Pengerusi DAP Sabah berkata dalam perkara yang sama kerajaan harus mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan rakyat Sabah kerana ekonomi Sabah kurang berdaya saing dan gagal untuk mempelbagaikan sektor ekonomi dan mempertingkatkan tahap industri.

Menurut statistik anggaran kerajaan negeri, sektor secondary iaitu sektor pembinaan, pengindustrian dan pembuatan hanya menyumbangan kepada KDNK sebanyak 10 peratus sahaja berbanding Selangor yang memiliki sekitar 50 peratus. Malahan, Sarawak pula mencatatkan sebanyak 30 peratus. Ia bermaksud, dengan pencapaian ekonomi yang tidak mapan, ia tidak akan dapat membantu golongan pekerja dan rakyat Sabah menambah pendapatan sekaligus membawa kemajuan kepada Sabah.

Tanpa sektor perindustrian yang berjaya, aktiviti ekonomi hanya akan bertumpu kepada golongan yang tertentu sahaja walaupun Sabah mempunyai kekayaan sumber asli, seperti sektor oil and gas, sektor kelapa sawit dan sektor pelancongan pada masa yang sama ia mampu menghasilkan peluang pekerjaan yang mencukupi.

Walaupun kerajaan negeri menentukan sasaran perindustrian melalui Pelan Pembangunan Koridor Sabah  tetapi prestasinya amat mengecewakan dan boleh dikatakan gagal.

Selain itu, polisi kabotaj yang dilaksanakan lebih 30 tahun merupakan antara punca penyumbang kepada kenaikan harga barangan dan terus memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin. Ia juga dilihat sebagai melindungi syarikat-syarikat perkapalan yang bersifat monopoli yang mana menjadi punca ekonomi Sabah tidak berdaya saing.

Saya berasa hairan, walaupun lokasi Sabah lebih strategik berbanding negeri lain, prestasi pelabuhan kita amat mengecewakan.

Dalam RMK-11, kerajaan telah menyasarkan untuk meningkatkan prestasi Pelabuhan Klang dan tidak memberi keutamaan kepada pelabuhan Sabah. Ia mengakibatkan pelabuhan Sabah tidak berdaya saing.

Dalam hal berkaitan, sebelum ini kerajaan menerima cadangan untuk menaiktaraf Pelabuhan Sepanggar sebagai “Far East Hub” dan “Transshipment hub”, tetapi kesemua ini langsung juga tidak disebut dalam RMK-11. Ini sekali lagi membuktikan kerajaan telah berbohong kepada rakyat Sabah dan tidak lebih hanya ‘bermain wayang.’

Sekian.