Saturday 16 August 2014

FISH CAKE DAN FISH BALL DIPERBUAT DARIPADA IKAN ULAR LAUT DAN ULAR SAWAH?

Kepada
Editor
Free Sandakan Today.Net

“SURAT TERBUKA UNTUK EDITOR”

Izinkan saya untuk menggunakan sedikit ruang untuk meluahkan apa yang tersirat dan yang tersurat selamat ini.
 
SELAMA ini masyarakat  yang gemar makan Bebola Ikan dan Kuih Ikan yang  dijual di pasar-pasar terbuka  agak tertipu  sedikit rupa-rupanya ia diperbuat daripada ular laut ada kalanya ular sawah.

Menurut beberapa orang pekerja kilang pembuat bebola ikan dan kuih ikan di pekan BDC mereka memberitahu 80 peratus fish ball atau fish cake diperbuat dari sejenis ikan yang meyerupai ular  laut dan adakalanya ular sawah atau ular sawah sawit.

 
Bagi masyarakat cina mereka langsung tidak membeli   bebola ikan atau  kuih ikan yang dijual di pasar umum Sandakan  sebab mereka tahu  benda itu yang dibuat dikilang yang  menggelikan.

Kebanyakan bebola ikan atau kuih ikan yang digunakan untuk campuran mee goreng atau soup mereka buat sendiri  bukan beli yang dijual dipasar.
  
Kalau kita makan goreng mee basah atau konowmen di pasar-pasar  terbuka tidak sama rasanya dengan bebola ikan yang dibuat sendiri daripada ikan sebelah, ikan yu atau ikan tenggeri  tidak terasa anyir atau langsi.
  
Berbanding dengan bebola ikan dan kuih ikan yang dibuat di kilang-kilang kita goreng lah atau rebus masih juga terasa langsi atau hamis sebab diperbuat  daripada ular laut ataupun ular sawah boleh jadi juga biayak siapa yang tahu.
  
Selama ini kita asyik makan saja bebola ikan dan kuih ikan yang dibuat di kilang macam manapun benda yang busuk disurok akhirnya terhidu juga ini terpulanglah atas nafsu nafsi seorang itu tiada sesiapa yang melarang mereka memakan bebola ikan dan kuih ikan sebab tidak distilahkan haram
 












Yang benar
MOHD SUFFIAN AHMAD
Taman Tyng Sandakan

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. IKAN ULAR LAUT INI KALAU MEMATUK AMAT BERBISA

    ReplyDelete