Thursday, 21 August 2014

KAUM MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA TERUS DIHINA DAN DICACI BERTUBI-TUBI TANPA ADA TINDAKAN DIAMBIL

Written by Admin


OLEH: RAMASAMEY KARUNEKARAN


KUALA LUMPUR:- Nampaknya  sejak kebelakangan ini terdapat segelintir masyarakat tidak kira bangsa cina, India dan Melayu sudah hilang hormat menghormati antara satu sama lain lantaran mereka yang tidak pandai menghormati atau yang digelar biadap dan kurang ajar semakin berani dan begitu menyerlah mencaci dan menghina bangsa dan agama-agama lainnya yang boleh mencetuskan kemarahan dan bakal mengundang rusuhan kaum jika dibiarkan  begitu saja tanpa adanya tindakan undang-undang diambil oleh pihak polis.

Dalam pada itu beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kaum India membuat laporan polis ke atas pengendali satu akaun laman sosial kerana memuat naik kenyataan menghina kaum India dan agama Hindu.



NGO itu termasuk Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima), Pasukan Bertindak Tamilar (TAF) dan Angkatan Warga Aman Malaysia

Presiden Mipas, A.Rajaretinam dalam laporan polis mendakwa, kenyataan dalam Facebook itu amat biadap dan bersifat menghasut maka meminta polis membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas.

 “Semasa saya bersama sahabat makan malam, saya telah melayari laman sosial dan terbaca mesej berbaur perkauman dan keagamaan yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman negara oleh pengguna Facebook bernama `Cempaka Sari’,” katanya.

Rajaretinam mendakwa beliau terbaca kenyataan itu kira-kira pukul 7.30 petang pada 8 Ogos lalu di Jalan Ipoh, Sentul.
Beliau membuat laporan polis itu Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sentul di sini tenghari semalam

Katanya lagi perkara ini akan dirujuk kepada pihak SKMM yang menyiasat siapa pemilik akaun FB sebenar yang menggunakan nama samara Cempaka Sari yang terlalu biadap dan kurang ajar menghina kaum India.


“Ingat ramai kaum India di negara ini  telah berkongsi kuasa dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) jangan sampai nanti ramai masyarakat India yang menjadi ahli parti MIC komponen BN   kecil hati atau marah lantas akan keluar daripada komponen BN dan  menyertai parti Pakatan Rakyat (PR)” baru kamu sedar” tegas Rajaretinem

No comments:

Post a Comment