Saturday, 9 August 2014

259 PERWAKILAN DARIPADA 43 CAWANGAN HADIR MESYUARAT PERWAKILAN 2014 WANITA UMNO SANDAKAN

Written By Admin

OLEH:  MOHD SUFFIAN AHMAD

SANDAKAN:-  Peranan dan tanggunjawab  sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan bukan semudah itu yang difikirkan ini amanah yang harus dipikul berat mahupun ringan  dalam merealisasikan perjuangan parti barakah ini.

Barisan Ahli Jawatankuasa  sama ada di peringkat Bahagian, Cawangan dan akar umbi harus seiring bagi mempertabatkan  nilai-nilai murni dalam memperjuangkan UMNO selari Wanita sebagai tulang belakang.

Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong berkata demikian ketika memberi ucapan alu-aluanya di Majlis Mesyuarat Perwakilan 2014 Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan di Ballroom disalah sebuah  hotel

“Kita sebagai wanita di negara ini adalah penyumbang  besar kemenangan  dalam setiap pilihanraya  umum dijalankan  selain itu juga wanita adalah pengundi terbesar  dan wanita juga sama-sama memainkan penting membentuk  strateji bagi mendekati para pengundi” kata Noraini.

Tambah Noraini sebagai Wanita UMNO  mestilah mempunyai daya ketahanan  diri serta disiplin  yang tinggi  agar dapat dikecapi dengan mengamalkan “Berat sama dipikul Ringan sama dijinjing”

“Ini bermakna  dalam semua hal  kita kena bersatu hati dalam mencapai  satu visi dan misi yang  mana kita wanita bukan sahaja menjadi tulang belakang  rusuk lelaki malah tulang belakang yang menjadikan denyut nadi dan pemangkin transformasi kepada budaya baru dalam UMNO” ujarnya.

Dalam Pergerakan Wanita UMNO  terang Noraini ia sangat jelas yang mana ia melibatkan  soal nilai dan kita kena komited serta bersungguh-sungguh  juga telus dan ikhlas  serta berani  merangharungi ranjau-ranjau  onak  dan duri dalam menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran yang  datang.


“Insya Allah dalam tempoh penggal ini saya akan menjalankan tugas dengan penuh didikasi dengan penuh amanah dan bekerjasama  di kalangan ahli jawatankuasa Bahagian Wanita dan cawangan-cawangan Pergerakan Wanita UMNO Sandakan dengan jalinan mesra  antara satu sama lain ia menjurus  menguatkan lagi jentera basiran khasnya UMNO Bahagian Sandakan” kata Noraini.


“Dalam kesempatan ini saya tidak berkecil hati walaupun ada di kalangan ketua-ketua Wanita cawangan yang tidak menyokong kepimpinan saya, namun sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan  yang telah diberi mandat saya akan menjalankan tugas dengan adil dan seksama  dalam memberi apa saja bantuan kepada ahli-ahli Wanita UMNO demi kesejahteraan” jelas Noraini.

Mengenai bantuan kepada ahli-ahli wanita khususnya para ibu tunggal dan keluarga yang kurang berada  yang belum dapat  semasa bulan Ramadan lalu jangan risau jangan rasa kecewa bantuan-bantuan tersebut masih  lagi diterusan pada bila-bila masa sahaja.

Katanya lagi  para ibu-ibu tunggal yang ingin mendapat bantuan mereka boleh menghantar nama-nama mereka ke Jawatankuasa Ibu Tunggal P186 Sandakan (JUWITA)  yang diterajui  oleh  Hajah Dayang Siti Pulau sebagai pengerusi  insya Allahn kita akan berikan bantuan sewajarnya.


“Terus terang saya katakan dari hati yang ikhlas dalam pemberian bantuan kepada  ahli-ahli wanita UMNO yang berstatus ibu tunggal  dan keluarga miskin tegar saya akan berlaku adil  ini janji saya tiada timbul birokrasi  sama ada mereka menyokong saya atau sebaliknya asalkan mereka adalah ahli wanita UMNO Sandakan kita berikan keutamaan”  tegasnya.

Seramai 259 perwakilan yang melibatkan 43 cawangan telah menghadiri Mesyuarat tersebut  yang dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap Persidangan Junaidah Abdul Rahman berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Mesyuarat tersebut disempornakan oleh Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj KK Puyon.












No comments:

Post a Comment