Monday, 25 August 2014

PRESIDEN PKR DR WAN AZIZAH PERTIKAIKAN PENTADBIRAN KHALID TIDAK TELUS MAKA PERLU DIGANTI

Written by Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN

SELANGOR:- Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) Datuk Doktor Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataannya di media hari ini telah mempertikaikan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan saja tidak telus bahkan tidak efisyen maka perlu diganti supaya kerajaan Negeri Selangor lebih bertambah baik 
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah tidak menafikan bahawa  Khalid  merupakan seorang  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor sepanjang menjadi menteri besar negeri terkaya itu sejak 2008 namun  selepas PRU 14 yang lalu keadaan pentadbiran kerajaan Selangor sudah tidak relevan berbanding sebelumnya.

"Sebenarnya apa yang Khalid buat baik, tetapi kita mahukan lebih baik iaitu satu pendekatan lebih efisyen, lebih mendengar dan untuk kita bergerak ke depan dengan keadaan lebih baik," katanya ketika berucap di program jamuan ulang tahun ke-40 Persatuan Penganut Tian Sheng Gong di Kapar, Klang malam tadi.
Sebelum itu, ketibaan Dr Wan Azizah bagi merasmikan acara makan malam tersebut disambut dengan tepukan gemuruh daripada lebih seribu orang hadirin yang turut bersorak ketika beliau melangkah masuk ke tempat program.
  
Dr Wan Azizah dalam ucapannya turut berjanji akan terus mempertingkatkan usaha merakyatkan ekonomi Selangor sekiranya dilantik menjadi menteri besar.

LAUTAN MANUSIA....Suasana dipersekitaran Kongres PKR 2014 kelmarin.


"Selangor terkenal sebagai sebuah negeri terkaya dan ini bermaksud kita perlu seimbangkan ekonomi dengan menumpukan kebajikan kepada semua golongan. Kerana itu pelaburan di Selangor juga harus dipertingkatkan.
"Kita tidak mahu lagi ada jalan yang berlubang, sampah sarap tidak terkawal hingga menyebabkan wabak denggi. Kita mahu atasi masalah itu dan paling penting dasar kita adalah mengutamakan pendidikan," katanya.
Dr Wan Azizah juga mengatakan akan menitikberatkan kebajikan golongan kurang berkemampuan terutamanya ibu tunggal.
"Kita mahu jaga orang kurang upaya dan ibu tunggal.
“Kita akan pentingkan kebajikan mereka sebab tidak senang sebenarnya menjadi ibu tunggal saya sendiri pernah merasai pengalaman itu menjaga enam orang anak sewaktu suami saya masuk penjara," katanya mengenang kembali semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1998.
Semalam ketika kongres PKR di Stadium Melawati Shah Alam, Anwar mengakui beliau dan Dr Wan Azizah berada dalam dilema sebelum memutuskan untuk menyingkirkan Khalid yang disifatkan sebagai rakan karib.
Anwar berkata, beliau dan Dr Wan Azizah menganggap Khalid sebagai keluarga terdekat dan pada mulanya sering mempertahankan menteri besar Selangor itu apabila diserang ahli parti sendiri yang mengeluh tentang kelemahannya.
Tetapi akhirnya Anwar terpaksa membuat keputusan selepas mendapati kesalahan besar Khalid adalah sering menunjukkan sikap tidak peduli.
PKR memecat Khalid pada 9 Ogos kerana beliau ingkar arahan parti untuk memberi laluan kepada Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.

Khalid dijangkakan akan bertemu dengan Sultan Selangor dalam jangkamasa terdekat selepas 30 Adun Selangor menyatakan secara terbuka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya. 
Menurut sumber-sumber tidak rasmi  kemungkinan besar Khalid akan menyertai PAS masa terdekat ini kerana para pemimpin  PAS di peringkat akar umbi memang memerlukan kepimpinan  Khalid untuk sama-sama berjuang di dalam PAS.

No comments:

Post a Comment