Friday 8 August 2014

JPJ MENGAJAR PEMANDUNYA SUPAYA PATUH UNDANG-UNDANG JALAN RAYA LIHAT APA SUDAH JADI DENGAN JPJ

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Para pemandu tidak kira siapa yang telah melanggar peraturan lalu lintas sama ada memotong kenderan di garis kembar, salah parking, tidak memakai tali pinggang keledar  road tax mati lesen memantu tamat tempohnya, cermin gelap dan lain-lain lagi  ini  semuanya telah dikategorikan menyalahi undang-undang.

SALAH PARKING....Kalau orang awam yang parking di sini sudah tentu kena saman RM300.00 no excused 

Mereka yang terbabit boleh dikenakan saman atau kompaun sehingga RM300.00 walaupun seseorang itu merayu menyembah sehingga melutut minta ampun tetapi para pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) langsung tidak beri peluang kenapa mereka menangis darah sekalipun namum bertolak ansur  tiada maaf saja bagimu.






BETUL KAH INI...Bolehkah JPJ potong jalan di garisan kembar tak apa siapa berani saman sama  kami JPJ bah hentam saja

























Tapi yang amat mendukacitakan mereka yang  pegang undang-undang tetapi mereka sendiri  yang melanggar undang-undang  mentang-mentang tiada lagi   agensi kerajaan yang boleh mengatasinya mereka main suka-suka meletakan kereta sembarangan, memotong jalan di atas garisan  kembar, mengejar mangsa sehingga ke kebun sawit sehingga kereta mereka terpuruk.


APA MUSLIHATNYA INI....JPJ mengejar mangsa sampai ke kebun Sawit hingga terpuruk kereta mereka ini kena tanya sama pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ini ada udang disebalik batu.



Namun banyak kenderaan berat seperti lori yang membawa lebih muatan sawit dan kayu balak diatas jalan raya  walaupun mereka nampak langsung tiada tindakan  diambil.

Mata orang ramai melihat gelagat JPJ kita bukan anti kerajaan atau anti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kita sebagai masyarakat membuat teguran membina demi kebaikan,  saya pernah kena saman oleh JPJ kerana tayar kereta  saya botak saya tak mengeluh sebagai wartawan Panas dan Sensasi berkonsepkan) (Membongkar Kemunkaran-Mempertahankan Kebenaran) di Portal Online Free Sandakan Today.Net saya akur saya bayar saman saya sebab saya telah melakukan satu kesalahan.





KENAPA  MAIN BIAR SAJA...kenapa JPJ tak saman dua lori lebih muatan diatas jalan raya inipun mahu kena tanya dengan SPRM kenapa JPJ main biar saja apa motif sebenarnya



Apa yang saya hendak memperkatakan JPJ adalah pengamal pemegang undang-undang Jalan Raya dalam pelbagai  sudut aspek seharusnya memberi contoh baik kepada pemandu-pemandu lainnya jangan ingat sendiri yang baik.

Kalau PDRM ada mata-mata gelap untuk mengintip sesuatu  gerak gerik penjenayah sama  juga dengan  media  mereka melantik orang awam jadi  spy untuk mengintip gerak gerik agensi-agensi kerajaan seperti JPJ di mana saja mereka berada silap langkah habis terbongkar akhirnya masuk lokap



Pada kesimpulannya mana-mana agensi kerajaan yang mempunyai bidang  tugasan penguatkuasaan undang-undang  kena berhati-hati bila menjalankan tugas kerana masyarakat sekeliling adalah menjadi teropong ajaib untuk mengintip gerak gerik songsang ini tidak boleh lari.

No comments:

Post a Comment