Sunday, 24 August 2014

PAIP BOCOR DISILING TINGKAT 2 PASAR UMUM SUDAH SETAHUN MPS TIDAK MAHU MEMPERBAIKI

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kebocoran paip diatas siling  di Tingkat 2 gerai jualan pakaian Pasar Umum Bandar dekat sini perlu diperbaiki segera kerana menimbulkan pelbagai masalah kepada para peniaga yang terbabit.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sandakan Amsi Liew yang membuat tinjauan ke pasar tersebut sejurus selepas dimaklumkan oleh orang ramai mendapati kebocoran paip itu  meminta pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar dapat mengambil tindakan segera untuk membaik pulih kebocoran tersebut.

Ekoran kebocoran tersebut kata para pemilik gerai yang mengadu keopada Amsi mendakwa  sudah hampir setahun lamanya  tetapi pihak MPS walaupun sudah berkali-kali diberitahu mereka langsung tidak mahu mengambil sebarang tindakan untuk memperbaikinya sehingga menimbulkan masalah besar kepada para penjaja.

Liew menegaskan seharus pihak MPS memandang serius terhadap kebocoran tersebut dapatlah membaikinya dengan segera demi  memberikan keselsaan para penjaja di tingak 2 itu.

Katanya, paip di bahagian siling gerai jualan pakaian telah bocor, menyebabkan air mengalir dan menitis ke bawah, mengotorkan barangan gerai pakaian, dan ini menyebabkan pemilik gerai amat tidak berpuas hati.


No comments:

Post a Comment