Written by Admin
OLEH: SAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Kurangnya
pemantauan dan keprihatinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menjaga alam
sekitar di kawasan Batu Sapi banyak
mengundang pelbagai permasalaan timbul yang
sering dihadapi oleh para penduduk yang menjadi mangsa keadaan.
Sistem saliran longkang
mahupun perparitan yang langsung tidak terurus di sepanjang jalan raya Batu Sapi
dan kawasan-kawasan sekitarnya begitu mudah dilanda banjir kilat yang mengendelami
kawasan rendah seperti yang telah berlaku di Kampung Sundang kelmarin bila
hujan tak henti-henti seharian.
\Krew Free Sandakan Today.Net
sempat membuat tinjuan di kampung Sundang telah mendapati bukan saja jalanraya
turut dilanda banjir bahkan jalan di hadapan deretan bangunan khususnya premis
perniagaan turut ditenggelami air setinggi keparas 2 meter.
Justeru itu Ahli Parlimen Kawasan Batu Sapid dan ADUN
Sekong menganai insiden yang sering berlaku di Kampung Sundang mohon
dapatlah kiranya mengambil perhatian dan memandang serius mengenai
fenomena yang menimpa penduduk di kampung berkenaan.

No comments:
Post a Comment