Saturday, 23 August 2014

BN AKAN TUMBANG LEBIH AWAL SEKIRANYA NAJIB PENJARAKAN ANWAR IBRAHIM....KATA SAMSUL ISKANDAR

 Written by Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN

SHAH ALAM: Ini bukan  ugutan atau satu gertakan ini akan menjadi satu kenyataan  sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat  bukan saja bangsa Melayu bahkan mangsa cina dan india di negara ini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan beliau bersama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang lain akan menumpaskan Barisan Nasional (BN) lebih awal.

Hal ini kerana kes pertuduhan kes liwat 2 yang membabitkan Ketua Umum PKR itu akan diperdengar pada hujung bulan Oktober ini.
“Mungkin ini kongres yang terakhir untuk Anwar, jadi mari kita manfaatkan kongres ini untuk memberi sokongan dan gerakan dengan memberi amaran kepada Najib dan BN.
“Kalau Najib penjarakan Anwar, kita akan turunkan BN lebih awal,” katanya dalam ucapan dasar Ketua AMK di Shah Alam, hari ini.





KENANGAN......Satu penyeksaan  yang sukar dilupakan semasa Anwar dalam penjara dahulu ini menjadi kemarahan rakyat berbilang kaum di negara ini kerana pihak berkuasa membelasah Anwar habis-habisan sehingga lebam-lebam  mati saja tidak....kejam betul  seperti Israel.


Jelasnya lagi, kebangkitan beliau bersama AMK itu adalah berikutan kemarahan rakyat dengan tindakan zalim kerajaan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.
“Apa yang kita buat itu adalah ekoran daripada kemarahan rakyat kerana itu yang telah berlaku sejak 1998 dimana ia mengulangi sejarah bagaimana reformasi itu bermula, akhirnya rakyat marah dan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-10, BN terasa tergugat.
“Manakala dalam PRU yang lalu, buat kali pertama dalam sejarah di Malaysia undi mereka (BN) dibawah 50 peratus.
“Jadi dengan tindakan yang zalim seperti ini saya yakin BN akan hadapi keadaan yang lebih sukar dan sebab itu kita gerakkan perhimpunan aman bagi memprotes kekejaman tersebut,” katanya dalam satu sidang media di sini" katanya
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober sebagai tarikh bagi mendengar rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan tersebut.
Bagi memastikan PR mencapai kejayaan lebih besar, proses pembahagian kerusi di antara parti-parti PR juga perlu dilakukan dengan lebih berhikmah
“Usaha untuk membolehkan calon-calon bertanding di bawah satu lambang yang sama perlu dipergiatkan kembali dengan idea dan ikhtiar baru,” ujarnya.

Katanya kebangkitan beliau bersama AMK adalah berikutan kemarahan rakyat dengan tindakan zalim kerajaan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat kaum Cina, India termasuk Melayu yang akan sama-sama menggulingkan Kerajaan BN dan kaum Dusun, Kadazan, Murut di Sabah,  di Sarawak Iban, Dayak, Melanau, Bidayu juga akan turut menggulingkan kerajaan BN pada PRU 14 ini nanti.


Samsul berkata lagi kemunkinan MCA dan MIC sebelum bubar  kedua-dua parti itu akan keluar meninggalkan BN kerana mereka sudah tidak tahan lagi dengan tindak tanduk para pemimpin UMNO yang sering menghina terus-terusan bangsa Cina dan India tiada hentinya.

“Pertama saya tegaskan tindakan PERKASA, ESMA dan PERMAS yang anti agama Kristian anti Cina, India sering membuat kenyataan kecam Cina kecam India pihak kerajaan tiada mengambil sebarang tindakan kepada ketiga-tiga NGO ini yang melampaui batasan” tegasnya.

Beliau menjelaskan Pakatan Rakyat (PR) DAP, PKR dan PAS semakin hari semakin mendapat sokongan padu rakyat bukan saja terdiri daripada kaum Melayu/Bumiputera lainnya bahkan kaum Cina dan India termasuk di Sabah dan Sarawak 90 peratus turut  menyokong PR.



No comments:

Post a Comment