Saturday 16 August 2014

MP SANDAKAN HADIR DI MAJLIS RUMAH TERBUKA RAYA TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Fadzil Mohd Ali yang dikediamnya di Taman Mata Hari KM 7. 4 Jalan Utara walaupun secara sedarhana tetapi meriah.

ALBUM KENANGAN....Wong dan rombongannya  bergambar dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Fadzil Mohd Ali  sejurus selepas hadir pada majlis rumah terbuka raya

Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong dan rombongannya  turut hadir sama di majlis yang diadakan pada jam 2.00 petang tadi.

Pada kunjungan tersebut Wong sempat beramah mesra dengan para pegawai kanan Polis dan berkesempatan membincangkan soal keselamatan di sekitar daerah Sandakan.

Wong dan rombongan mengucapkan terima kasih kepada Fadzil  kerana sudi menjemputnya untuk hadir dimajlis rumah terbuka raya.

Dengan kunjungan sebegini ia menjurus untuk merapatkan lagi siratulrahim antara pegawai kerajaan dengan pemimpin politik untuk bertukar-tukar pendapat.


No comments:

Post a Comment