Wednesday 30 November 2016

Free Sandakan Today (FST) BEBAN RAKYAT SEMAKIN BERAT DI BAWAH KERAJAAN BN-UMNO


OLEH: SORAYA EGG
Wednesday November 30/2016

1.Bila rakyat meluahkan perasaan berhubung himpitan hidup yang tidak pernah mereka lalui sejak merdeka tapi orang politik kata Malaysia lebih baik jika dibandingkan dengan negara lain.

2.Benarkah alasan itu, tapi bila kita pelajari alasan negara lain yang kos hidup mereka tinggi tetapi pada masa yang sama kerajaan mereka mempunyai skim-skim dan polisi membantu rakyatnya umpamanya upah yang munasabah dan ruang pekerjaan yang banyak disediakan dll.

3.Perbandingan kehidupan rakyat awal 80an berbanding kini adalah lebih jauh baik, sedangkan kerajaan waktu itu perlukan dana yang banyak untuk membangun dan menyediakan pasarana dari negara pertanian ke negara industri.

4.Ramai yang mengharapkan perubahan itu akan membawa kemakmuran kepada rakyat dan negara ini. Namunpun selepas itu Malaysia menghadapi turun naik ekonominya tapi keselesaan rakyat terus dipertahankan.

5.Sejak kerajaan menukar dasarnya yang dinamakan Negara Berpendapatan Tinggi yang sasaran menjelang 2020 menurut Najib, yang menjadi mangsa rakyat jelata sedang menghadapi tekanan hidup akibat dasar yang cuba dipromosikan oleh kerajaan ini.

6.Apa tidaknya beban kerajaan cuba dialihkan ke bahu rakyat untuk memikulnya dengan pendapatan relatif rendah diGSTkan yang sepatutnya menjadi simpanan di masa tua atau pendidikan anak anak terpaksa dibayar 6% kepada kerajaan.

7.Subsidi adalah satu cara agihan pendapatan negara kepada rakyat jelata terpaksa dibatalkan untuk disuntik ke dalam pembendapatan kerajaan untuk menampung tanggung jawab kerajaan.

8.Dengan penarikan subsidi terhadap barangan asas petrol,beras,gula dan minyak makan adalah penyumbang asas kenaikan barangan makanan utama kerana kesannya dalam kitaran ekonomi adalah berganda.

9.Akibat kestabilan dan aktiviti orang politik umpamanya 1MDB telah membawa kesan buruk mata wang kita adalah terendah dalam tukaran berbanding mata wang utama dunia.

10.Sekali harga barang dan perkhidmatan melambung tinggi kerana hampir 90% keperluan asas adalah di import dari luar.

11.Hanya kerajaan dapat memperbaiki keadaan ini untuk menstabilkan harga dan meningkat pendapatan rakyat untuk kembali normal dan tidak mengambil kesempatan membebankan rakyat terus menerus.


Free Sandakan Today (FST) PENGLIBATAN POLITIK SERTAI WARISAN MAZLIWATI MALIK CHUA UNTUK MEMBELA RAKYAT KUAMUT


MAZLIWATI KETEMU PENDUDUK
( ISU tanah di Lamag)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
SHAIMON S JUMADI
Wednesday November 30/2016

KUAMUT:- Tanah-tanah adat (NCR)  yang menjadi isu panas dikalangan rakyat tempatan kerana beberapa orang yang bergelar Kelongmerad  dari Semenanjung sering  menceroboh harus dipertahankan itu  adalah hak asasi orang-orang tempatan.

Selain kawasan Kuamut tanah NCR jadi sasaran utama pencerobohan  yang merangkumi kawasan Sugut-Ranau-Keningau- Kudat dan  kawasan pedalaman beratus-ratus hekta tanah di teroka untuk penanaman  sawit.

Datuk Kong Hong Ming merupakan peguam bela peguam cara adalah antara peguam yang terbaik sering membantu orang-orang kampung dalam memerangi dan perbicaraan tentang isu tanah-tanah NCR sebahagiannya  dapat diselesaikan berdasarkan ikut undang-undang Tanah Sabah Ordinan 68. 

Dalam pada  itu penduduk di kawasan Kuamut khususnya Tongod dan Lamag tidak  perlu khuatir  kerana ada seorang pendatang baru dalam arena  politik  untuk membela  dan memperjuangkan untuk mempertahankan hak-hak  asasi dari dicabuli oleh orang-orang luar.

Orang yang dimaksudkan itu Masliwati Hj  Malik Chua  yang berkelulusan jurusan undang-undang  anak kepada mantan Wakil Rakyat era kerajaan BERJAYA dab PBS iaitu Arwah  Hj Malik Chua.

Penglibatan Mazliwati yang menyertai WARISAN adalah untuk membela nasib rakyat peribumi yang semakin terhimpit dalam  menikmati arus perdana pembangunan asas dikawasan luar Bandar.

Berikut kupasan mengenai latar belakang Mazlina Malik Chua yang dihuraikan oleh Saudara Ismaily Bungsu merupakan penulis veteran tanah air  yang tidak asing lagi.

NAMA Malik Chua yang pernah jadi YB memang tidak asing. Arwah teman baik saya saya panggil dengan kata ABANG.

Arwah memang orang baik dan cukup berjasa. Al fatihah dan doa Allah letakkan di syurga.

Arwah punya seorang puteri dan berkelulusan PEGUAM dari luar negeri dan sejak sekian lama cukup prihatin mereka yang ditindas dan susah hidup terutamanya penduduk di Lamag.

" hidup mereka susah bang dan tanah yang mereka pohon sampai sekarang belum mereka miliki dan mereka seperti penumpang meski lahir membesar di Lamag" katanya sambil kelihatan wajahnya sedih dan tunduk.

Sekarang Mazliwati Abdul Malik Chua  terus berjumpa dan mengadakan beberapa perjumpaan di Lamag sambil menghulur bantuan.

" Harapkan BN janganlah dan YB yang mereka undi tidak lagi peduli dan rata-rata  mereka berjanji tidak akan memberikan sokongan kepada BN dan sekarang jiwa hati mereka beralih ke WARISAN pimpinan DS Shafie Apdal" kata Mazliwati lagi.

Kelihatannya Mazliwati cukup prihatin dan keprihatinannya itu sama seperti arwah ayahnya.

Warisan terdiri pemimpin yang berwawasan dan berpendidikan dan hadirnya Mazliwati selaku peguam cukup membawa makna untuk terus perjuangkan hak-hak Sabah.
Ubahsabah
Ubahsabah


Free Sandakan Today (FST)……WARISAN MILIK SEMUA BANGSA/AGAMA BUKAN MACAM USA UNTUK KAUM KADAZAN-MURUT- DUSUN-CINA YANG BERAGAMA KRISTIAN SAHAJA


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Rabu November 30/2015

SAUDARA Handirey Majos baru saja menghubungi saya dan bukan saja dia, malah sebelum ini begitu ramai minta penjelasan kesan kekhuatiran mereka kala WARISAN diberi mandat untuk perintah Sabah dikatakan kalangan KDM bakal tersisih.

Kenyataan itu sebenarnya tidak benar dan kenyataan itu sengaja dicipta oleh yang tidak senang kesan sambutan rakyat terhadap WARISAN cukup menggusarkan pemimpin yang memerintah Malaysia sekarang ini terutama kepimpinan Musa Aman yang cukup khuatir bakal kehilangan kuasa.

Kesan khuatir itulah, maka fitnah, kutuk, hina disebar ke sana sini untuk mengaib burukkan kepimpinan DS Shafie, itu seolah digambarkan sebagai lanun atau perompak. Soalnya berapa bilion dana rakat DS Shafie rompak dan siapa saja perompak sebenarnya di Malaysia ini? Itu kena tanya PM Najib.

Dalam WARISAN hingga setakat ini memang ada dua tiga orang yang duduki jawatan terpenting seperti Darell Leiking sebagai Timbalan Presiden, manakala Sdra Peter sebagai Naib Presiden sedang YB Terrence duduki kerusi Bendahari parti. Apakah ini tidak meyakinkan KDM?

Di Sandakan dua hari lalu, malah sebelum ini DS Shafie sering menyatakan yang dirinya bukan pemimpin Bajau tetapi dia itu pemimpin seluruh bangsa di Sabah dan jika diberikan mandat maka semua bangsa akan diperhatikan termasuk Cina dan bangsa-bangsa lain.

Tuduhan yang mengatakan KDM bakal dibelakangkan itu jelas kenyataan yang tidak masuk akal dan bukankah di bawah kepimpinan BN KDM itu amat jauh tertinggal banding mereka yang dalam UMNO?

Berapa orang kalangan KDM yang diperhatikan oleh pemerintah soal mendapatkan kontrak berjuta dan apakah anak-anak KDM diperhatikan oleh pemerintah meski di dalam BN ada PBS, PBRS atau UPKO dan yang jelas semuanya hanya menjadi alat buat UMNO yang merakus kebanyakan projek di Sabah.

Rakyat Sabah terutama KDM jangan sekali terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan  orang tertentu yang tujuannya menakut-nakutkan KDM dan kenyataan semacam itu memang kenyataan yang sudah basi sebab memang cara pemerintah menjatuhkan kepimpinan yang menjadi saingan mereka ialah dengan cara mengugut dan menakut2kan rakyat.

Kerajaan yang ada sekarang ini akan melakukan apa saja demi mengekalkan pemerintahan mereka yang korup dan asyik mengisi kantung mereka sendiri.

KDM dan semua bangsa harus bersatu kesan parti PBS, UPKO dan PBRS bukan lagi parti dalam BN yang perjuangkan KDM dan rakyat Sabah, maka parti-parti  berkenaan hanyalah pentingkan poket diri mereka sendiri.
Sabah Ubah 
Sabah Ubah


Monday 21 November 2016

BANGLADESH JADI KAMBING HITAM UMNO/BN YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN GENG BAJU MERAH DI PADANG MERBUK



OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN PJ)
Isnin November 21/2016

KURANG sambutan  di kalangan orang-orang Melayu ikut serta dalam perhimpunan Geng Baju Merah yang diketuai oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunos baru-baru ini lantas Bangladesh dijemput untuk menyertainya.

Memang sudah diramal dan diduga dari awal-awal lagi jumlah Bangla yang ada di Negara ini mencecah 1.5 juta dan seratus 100 ribu telah di daftarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai daftar pemilih baru  sebagai siap siaga mengundi UMNO/BN pada PRU14 nanti.

Sungguh kesihan bangla dijadikan kambing hitam oleh UMNNO/BN bagi menyertai perhimpunan Geng baju Merah yang tidak menjamin  keselamatan seseorang kalau masuk lokappun seorang-sorang sahaja mana ada orang mahu  ikat jamin gara-gara mendapat upah dari Jamal Tongkol sebanyak RM30.00 sahaja badan jadi binasa.


Kebanjiran Bangla ke Negara ini berjumlah 1.5 juta 100 ribu orang tekah menjadi warganegara Malaysia mendadak kerana Jabatan Pendaftaran Negaa (JPN) telah berjaya mengeluarkan 100 ribu keping Mykad kepada Bangla.

Secara tidak langsung Bangla sekarang 60 peratus sudah menjadi warganegara Malaysia sama taraf dengan rakyat tempatan yang boleh membuat tuntutan apa saja kemudahan yang disediakan untuk rakyat tempatan juga berhak dituntut oleh Bangla yang sudah memiliki Mykad.

Pada tahun 2020 rakyat Bangladesh akan bertambah  lagi jumlahnya dari masa kesemasa  memasuki ke Negara ini ia dianggarkan 3.6 juta Malaysia bakal jadi Negara Bangla yang terbesar diseluruh Asia tenggara.