Monday 27 October 2014

PEACE LADY PERANTARA UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT MENGENAI JENAYAH......JELAS ASP CHEAH


SOROTAN DARI MEJA  FST NEWS
SAIMON S JUMADI &
SALEENA TITI
 







PEGAWAI AMANITA berperanan sebagai perantara untuk mendapatkan sebarang maklumat khususnya  yang berunsur jenayah  daripada golongan suri rumah tangga.

Maklumat-maklumat yang diterima itu kemudiannya akan disalurkan  kepada pihak Jabatan dan Unit berkenaan dan kemudiannya  akan diambil tindakan ke atas aduan yang diterima.
  
ASP Cheah  Sek Ee berkata demikian pada sesi ceramahnya diprogram Wanita Anti Jenayah (WAJA) anjuran Majlis Pembangnan Wanita dan Keluarga (MPWK)  P186 Sandakan yang dilansungkan di ruang legar Masjid Janutun Naim Sri Taman dekat sini kelmarin.

“Peace Lady”  (AMANITA) akan melengkapkan golongan suri rumah tangga dengan panduan-panduan keselamatan diri (Personal Safety) menerusi aktiviti-aktiviti yang kreatif dan seterusnya menggalakkan suri rumah tangga untuk memberi maklumat berkaitan jenayah  di kawasan kediaman mereka” ujarnya.

Tambahnya ini adalah untuk menjadikan kawasan perumahan mereka sebagai tempat  yang selamat ( Safe Neighbourhood) dan tindakan ini selaras dengan tujuan dalam objektif NKRA iaitu mengurangkan kadar jenayah.


Pada kesimpulannya inisiatif “Engage Housewives  In Neighbourhood Safety” akan menghasilkan  seorang suri rumah tangga yang berkemampuan untuk:

1.  Menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda
2.  Mengenali dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan serta kejadian jenayah yang berlaku
3.  Menjaga keselamatan harta jiran sekitar kediaman
4.  Bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti  kegiatan jenayah yang sering berlaku di kawasan mereka.


Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai  jenayah yang berlaku di sekitar kawasan anda, bolehlah disalurkan terus  kepada “Peace Lady (AMANITA) yang berdekatan dengan menghubungi Peace Lady ASP Cheah Sek Ee Ibu Pejabat Polis H/P 016-2716078 Tel: 089 242222 Email: amanitasandakan@yahoo.com.my
  
Sementara seorang peserta daripada parti kompenan BN iaitu Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Tanjung Papat Saleena Titi menyatakan program WAJA yang diadakan pada hari ini amat bergunan kepada golongan wanita kerana telah ditunjuk ajar bagaimana cara-cara mempertahankan diri bila berdepan dengan penjenayah.


“Kita tahu golong wanita ini adalah dianggap lemah  dan sering berdepan dengan kes-kes rogol, kes pencabulan dan kes ragut  jika kita tidak tahu  macam mana mahu mengelakan atau mempertahakan diri  pada saya setelah mengikuti progam WAJA ini sebanyak sedikit kita  dapat menimba ilmu  dari hasil yang tunjuk ajar oleh pihak jurulatih PDRM” ujarnya.

Thursday 23 October 2014

PELAKSANAAN GST BEBAN RAKYAT SABAH YANG BERPENDAPATAN RENDAH HARGA BANRANG MELAMBUNG TINGGI....KATA WONG

Ucapan Perbahasan oleh
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
ke atas Rang Undang-undang Pembekalan 2015 dalam peringkat dasar:

DALAM perbahasan rang undang-undang Pembekalan 2015 Ahli Parlimen Sandaan (DAP) Stephen Wong telah menyentuh beberapa perkara iaitu mengenai 1 pembangunan 2. Kedua  mengenai RCI dan 3. Mengenai ekonomi iaitu pelaksanaan  dan dasar GST di Sabah

Berikut teks ucapan beliau yang dibentangkan semasa sesi sidang dewan parlimen baru-baru ini.

 Tuan yang dipertua, saya juga ingin menyentuh sikit perkara situasi ekonomi di negeri Sabah. Saya telah banyak kali sebut dalam dewan ini bahawa Sabah merupakan satu negeri yang mempunyai banyak sumber asli seperti minyak, gas asli, minyak sawit dan sebagainya tetapi sudah 51 tahun Malaysia ditubuhkan Sabah masih dalam tahap kemiskinan.


. Tidak dapat dinafikan bahawa Sabah merupakan satu negeri yang sangat penting bagi Malaysia dan telah memberi sumbangan dari segi sumber asli dan hasil dalam negeri yang tinggi kepada kerajaan persekutuan. Dan kami mendapati bahawa walaupun Sabah telah memberi sumbangan yang besar kepada pusat malah peruntukan dari kerajaan persekutuan masih tidak seimbang kepada Sabah dan menjadikan Sabah mengalami banyak masalah yang fundamental.

. Tuan yang dipertua, saya ingin menerangkan di dewan yang mulia ini bahawa Sabah masih mengalami kesusahan seperti tiada bekalan air dalam kampung-kampung sejak pertubuhan negara, tiada bekalan elektrik, malahan gangguan elektrik sentiasa berlaku di bandar yang menyebabkan kerugian kedai dan industry, jalanraya yang rosak dan juga tiada jalan di dalam pendalaman untuk anak kampung pergi ke sekolah. Ini semua telah terjadi dalam Sabah dan sudah lama pun tidak dapat diselesaikan.


. Seperti baru-baru ini saya telah mengunjungi kawasan Pitas dan membantu kampung-kampung dalam Pitas dengan memberi sumbangan wang kepada mereka untuk membina jalan yang berhubung dengan pekan berdekatan. Saya diberitahu bahawa kerajaan telah berjanji kepada mereka bahawa jalan tersebut akan dibina pada tahun 1999, sehingga kini telah 15 tahun limpas malah kerajaan telah berbohong selama 15 tahun, sehingga orang kampung kini melancarkan kempen dermaan untuk membina jalan mereka sendiri.

. Tuan yang dipertua, bukankah pembinaan jalan kepada kampung adalah wajib dan tanggungjawab kerajaan? Sama juga membekalkan air dan elektrik merupakan satu kewajiban kerajaan yang paling asas?Kenapa ada kampung-kampung di Sabah sampai hari ini pun tidak menikmati hak-hak yang asas yang sepatutnya dibekalkan oleh kerajaan? Ini menunjukkan kegagalan kerajaan yang haruslah diperbaikkan!

. Selain itu, orang Sabah juga mengalami satu kesusahan seperti pendapatan yang rendah tapi harga barangan yang lebih tinggai berbanding Semenanjung. Ini adalah kerana dasar kabotaj telah menyebabkan tidak adil dan tidak seimbang bagi Sabah, Sabah terpaksa membeli barangan yang lebih mahal kerana dasar kabotaj telah mengehadkan penghantaran barangan dari luar negara ke Sabah.
 
. Kini polisi kabotaj ini telah dijalankan di Sabah selama 30 tahun lebih, maka ia telah menyebabkan kesusahan rakyat Sabah selama 30 tahun dan meningkatkan harga barangan yang lebih mahal daripada Semenanjung. Bagi saya, ini adalah satu dasar mengekploitasikan orang Sabah! Jangan demi beberapa pekapal yang tertentu, korbankan seluruh rakyat sabah. Ini langsung tidak masuk akal!

. Saya ingin tahu mahu sampai bila baru kerajaan sedar rakyat Sabah berhidup di bawah kesengsaraan? Di samping itu, saya juga ingin tahu apakah status cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah berjanji untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas cabinet untuk meneliti dan mengkaji semula dasar kabotaj pada tahun 2012.Adakah janji itu telah dicapati?Mengapa Block Exemption Order telah disambung 3 tahun lagi kepada pekapal-pekapal yang tertentu?Saya minta penjelasan.


. Tuan yang dipertua, oleh kerana harga barangan yang lebih tinggi di Sabah, maka Sabahan akan membayar GST yang lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, ini telah menyebabkan sistem cukai ini yang tidak adil kepada orang Sabah dan juga mengekploitasikan Sabah yang kini sudah jatuh ditimpa tangga. 

. Saya harap kementerian kewanganakan memper-timbangkan mengurangkan kadar cukai GST yang dilaksanakan di Sabah atau menundakan perlaksanaan GST di Sabah. Kerajaan haruslah menumpukan perhatian untuk mengatasi masalah yang paling asas di Sabah iaitu mansuhkan dasar kabotaj dan membasmikan kemiskinan rakyat Sabah.

. Jika kerajaan belum lagi mengatasi dua-dua masalah di Sabah maka orang Sabah akan mengalami kesusahan yang lebih sengsara apabila GST dilaksanakan. Ini tentu akan menyebabkan ketidaksamarataan antara golongan kaya dan miskin, maka ketidaksamarataan antara timur dan barat Malaysia akan diperluaskan.
 
 Saya harap kerajaan akan ambil maklum apa yang telah saya sebut tadi. Tuan yang dipertua, Sebelum saya mengakhiri, saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya harap laporan RCI hendaklah diumumkan sebelum penutupan sesi parlimen ini dan saya harap parlimen akan memberi laluan untuk membahaskan laporan tersebut.


Tuan yang dipertua,
Sekian, terima kasih



Wednesday 22 October 2014

MANA SUDAH LAPORAN RCI YANG DIJANJIKAN AKAN DIUMUMKAN RAKYAT TERNANTI-NANTI......WONG

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Sandakan Stephen Wong Tian Fatt  menyelar bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal memelihara perasaan  hati rakyat Sabah dan Sarawak banyak masalah-masalah yang kita telah hadapi dilupakan dan tidak pinggir begitu saja tidak pernah menunaikan janji-janjinya.

Wong berkata sebagai contoh yang terdekat iaitu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja  (RCI)  yang bertujuan untuk mengatasi masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sampai ke hari ini tidak diumumkan  keputusannya sehingga rakyat bertanya-tanya bila kah agaknya keputusan RCI dapat diketahui.

“Saya mengingatkan dewan yang mulia ini bahawa YAB Perdana Menteri telah berjanji  bahawa laporan RCI  akan diumumkan sebelum PRU 13  dan jelasnya telah ditunda beberapa kali sampai kini kena-pa mengambil masa yang panjang untuk diumuman apa sudah terjadi? Adakah YAB Perdana Menteri memungkiri janji tidak melaporan keputusan RCI kepada umum saya minta menjelasan” jelas Wong

Berikut kenyataan lengkap Ahli Parlimen  Sandakan Stephen Wong yang dibentangkan di sesi sidang parlimen 


 “ Kata Wong mengikut jawapan yang diberi oleh Menteri dalam Kementerian Perdana Menteri, beliau telah berjanji bahawa laporan ini akan diumumkan pada bulan Mei 2014, tetapi pun tidak lihat apa apa perkembangan.

 Dan baru baru ini, YB Kota Belud sebagai menteri telah mengumumkan di surat khabar tempatan bahawa laporan ini akan dibentangkan pada sesi parlimen ini. Saya harap ini bukan janji kosong. Jika janji ini benar, saya harap laporan ini akan dibentangkan secepat mungkin dan diberi sesi perbahasan kepada ahli parlimen.

 Mengapa nampaknya begitu susah dan mengambil masa yang begitu panjang untuk mengumumkan laporan ini? Saya minta penjelasan.

 Tuan yang dipertua, Laporan ini memang sangat penting bagi semua rakyat Sabah, kerana masalah PATI ini merupakan “Mother of problem in Sabah”, dengan izin.

 Masalah ini telah menyebabkan populasi negeri Sabah telah diubahkan. Pada tahun 1970, Bilangan bangsa Kadazan-Dusun-Murut bumiputra tempatan adalah seramai 35 ke 40 peratus di Sabah.

 Tetapi dalam 40 tahun kemudian, pada tahun 2010, bilangan bangsa Kadazan-Dusun-Murut telah menurun ke lebih kurang 20 peratus, manakala penduduk yang sebenarnya bukan warganegara dijangka naik 20 peratus, itu belum kira seramai 27 peratus atau bilangan seramai 1 juga orang yang bukan penduduk Malaysia ataupun PATI.  

Kalau tambah kira golongan itu, berapa populasi adalah terdiri daripada golongan PATI dan bukan berasal dari Sabah?

Tuan yang dipertua, cuba bayangkan apa telah berjadi di Sabah? Kenapa dalam jangka masa yang begitu pendek populasi negeri Sabah telah mengalami pertukaran yang begitu besar dan sehingga anak-anak negeri atau orang asal Sabah telah menjadi golongan minoriti di tanah kita sendiri? YAB Perdana Menteri telah berjanji bahawa beliau akan melindungi kedaulatan Sabah dan tanah kita akan dilindungi, tetapi mengapa kerajaan akan membiarkan kejadian tersebut berlaku sewenang-wenangnya.
 
 Kami sedang menunggu, menunggu satu jawapan yang adil kepada kita. Laporan RCI ini amat penting kepada kita, kita nak tahu siapakah pendalang dibelakang population-change ini?Dan kami nak tahu apakah penyelesaian kerajaan ke atas masalah ini dan bagaimana kerajaan mengatasi populasi bukan warga Malaysia seramai 1 juta orang ini?

 Tuan yang dipertua, bukan saja populasi telah diubahkan, maka masalah PATI ini telah menimbulkanbanyak masalah sosial di negeri Sabah seperti jenayah serta masalah bukan warganegara yang telah membelanjakan banyak resources kita di Sabah.

Dan saya yakin bahawa kebanyakan jenayah adalah dibuat oleh golongan tersebut.Itu juga menambah tekanan pembelanjaan sektor kerajaan seperti kesihatan dan pendidikan, PATI merupakan golongan yang terbesar menggunakan kemudahan-kemudahan dan resources kesihatan kita.Menurut laporan media terkini, terdapat 53 peratus banduan adalah terdiri daripada golongan PATI ini, jelas sekali masalah ini harus diselesaikan.

 Tambahan pula, beberapa kes penculikan dan pencerobohan yang telah berlaku di persisiran pantai timur Sabah telah membuktikan bahawa PATI telah melibatkan dalam kes-kes tersebut. Jangan kita lupakan, ia telah mengambil nyawa pasukan keselamatan kita.

Tuan yang dipertua, kelibatan PATI serta warganegara yang bukan tulen yang mendapat IC secara tidak sah ini dalam kes pencerobohan adalah antara satu factor yang penting dan mereka telah menjadi ancaman yang amat besar dalam Sabah. Jikalau masalah ini tidak diselesaikan, maka kes pencerobohan dan ancaman keselamatan Sabah tidak akan diselesaikan.

Saya setuju kepada cadangan dari masyarakat Sabah di mana semua kad pengenalan haruslah disemak semula dan diterbitkan semula kepada semua rakyat Sabah yang tulen.

 Sesiapa yang mendapat IC secara haram haruslah ditarik balik manakala bagi orang bukan warganegara yang ingin bekerja di Sabah boleh diberi permit kerja atau mereka berhak memohon sebagai PR status mengikut proses yang tetap.

Tuan yang dipertua, saya ingin sentuh beberapa perkara yang kini dihadapi oleh rakyat Sabah. Masalah kewarganegaraan di Sabah merupakan satu masalah yang sangat serius dan telah membawa impaksi yang serius kepada semua Sabahan, khususnya status half nationality children, dengan izin.

 Sebagai contoh, seorang anak yang lahir di Sabah, walaupun ayahnya warganegara Malaysia tetapi emaknya bukan warganegara.

Jika ibu bapa nya tiada surat kahwinatau anak itu lahir sebelum pendaftaran perkahwinan yang sah. Anak ini akan menghadapi masalah mendapatkan IC.Anak ini sepatutnya boleh mendapat status warganegara denganujian DNA untuk membuktikan anak itu darah daging mereka dan dia memang lahir di Sabah.

 Walau bagaimana pun, SOP JPN memerlukan dokumen seperti Surat lahir, Surat kahwin, surat sumpah mahkamah, Sijil sekolah dan gambar sekeluarga jika ada.

 Anak-anak yang lahir di Sabah, dengan dokumen yang lengkap dan ujian darah sepatutnya cukup bukti untuk dapatkan warganegara. Pemohon masih gagal mendapatkan IC.

Pemohonan sudah dibuat berpuluh-puluh tahun, sampai anak itu menjadi dewasa, mereka masih tidak mampu menikmati hak-hak sebagai warganegara yang sepatutnya ada.Anak-anak ini menjadi seorang yang tiada warganegara ataupun stateless citizen.Mereka lebih teruk daripada status PATI.

PATI masih ada status kewarganegaraan di negara asal mereka dan ramai memegang IMM13.Ada juga PATI yang mempunyai MyKad Malaysia, tetapi golongan yang saya sebut tadi langsung tidak mempunyai apa-apa status.

Jikalau begitu banyak PATI boleh diterima sewenang-wenangnya sebagai warganegara dalam tempoh yang begitu singkat manakala orang asal kita yang menghadapi masalah itu pula tidak dilulus sebagai warganegara dan telah lama diproseskan. 

 Oleh yang demikian, saya memandang isu ini sangat serius dan harap kerajaan akan prihatin kepada isu ini. Oleh itu, Saya harap kerajaan boleh mendirikan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bertujuan untuk mengendali semua kes-kes sebegini. Haraplah jawatankuasa ini akan mempercepatkan semua proses pemohonan dan mengembalikan keadilan kepada dua golongan yang saya sebut tadi. Tidak dapat dinafikan mereka sememangnya berhak sebagai seorang warganegara” Kata Wong semasa soal jawab di sidang parlimen mengenai isu kewarganegaraan



Tuan yang dipertua,
Sekian, terima kasih


Tuesday 21 October 2014

MP SANDAKAN DAKWA PEMBERIAN BAJET 2015 DIANGGAP TIDAK ADIL UNTUK SABAH

Ucapan Perbahasan oleh
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
ke atas Rang Undang-undang Pembekalan 2015 dalam peringkat dasar:
 





SANDAKAN:- Sebagai Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong turut mengusul mengenai  bajet 2015  untuk pembangunan  di negeri Sabah berikut teks  Ucapan Perbahasannya  yang disampaikan pada  sidang parlimen baru-baru ini


Tuan yang dipertua,

1. Terima Kasih kerana dapat mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas belanjawan tahun 2015.

2. Dari keseluruhan pembelanjaan bajet sebanyak 273.9 billion itu, Saya ingin tahu berapakah peruntukkan telah diberi kepada Sabah? Kerana melihat bajet tersebut, selain daripada projek Pan Borneo, saya tidak nampak apa apa Infrastruktur telah dibina di Sabah khususnya Sandakan.

3. Dan projek Pan Borneo itu adalah berita lama. Ini mungkin helah kerajaan, usahlah main wayang kulit dan mengelirukan rakyat Sabah.
 
Daripada tujuh infrastruktur besar yang dicadang oleh YAB Perdana Menteri itu yang bernilai melebihi 50 billion, tiada satu terdapat di Sabah dan juga Sandakan, khususnya projek Jalan Bypass Libaran.

Projek ini yang sepanjang 25km dengan anggaran kos 370 juta telah dijanji berkali-kali sejak rancangan Malaysia ke-8, sampai hari ini sudahlah rancangan Malaysia ke-10 hampir habis, pun belum dimulai.
  
Pada sesi parlimen pada jun 2013, Menteri Kerja Raya telah mengatakan bahawa projek ini akan dilaksanakan dengan empat fasa, dan tender kepada fasa pertama yang sepanjang 7km dengan anggaran kos 79 juta sepatutnya akan dibuka pada September 2013, sampai hari ini pun langsung tidak nampak apa-apa perkembangan.

Bilakah kerajaan akan betul-betul mengambil berat kesejahteraan rakyat Sandakan supaya memulakan projek ini? 

4. Daripada pembelanjaan pembangunan sebanyak 50.5 billion, mengikut pengiraan saya menurut bajet yang ada sebut peruntukkan yang diberi kepada Sabah, lebih kurang 3.6 billion ataupun 7 peratus diberi untuk pembangunan Sabah. Saya ingin tahu sebenarnya berapa peruntukkan telah diberi kepada Sabah.

5. Tuan yang dipertua, Sabah merupakan negeri yang paling miskin di Malaysia. Tetapi hanya diberi peruntukkan yang jauh lebih rendah berbanding dengan semenanjung.

Jangan lupa bahawa Sabah adalah rakan kongsi dalam persekutuan Malaysia dan dijanji diberi pembangunan yang selaras dengan Semenanjung tetapi saya lihat dengan bajet ini. 


Pembangunan sabah tidak akan dilaras dengan tahap Semenanjung. Walaubagaimanapun, saya memang setuju bahawa peruntukkan kepada ESSCOM telah ditambah dari 75 juta hingga 660 juta. Ini merupakan inisiatif yang baik.Namun begitu, saya turut harap peruntukkan pembangunan boleh ditambah juga kepada Sabah.

6. Saya mendapati ada peruntukkan sebanyak 160 juta telah disedia untuk tujuan pembasmian miskin di Seluruh Malaysia, saya ingin tahu apakah program akan dijalankan supaya kemiskinan di Sabah akan dibasmikan. Berapakah peratus peruntukkan itu akan diberi kepada Sabah.

7. Tuan yang dipertua, rakyat Sabah semakin berasa tidak gembira ke atas bajet yang dianggap tidak adil dan tidak samarata kepada Sabah. Ini telah mewujudkan perasaan benci dan sentimen yang berpecah di masyarakat Tempatan.

8. Saya berpendapat bahawa kerajaan haruslah mendengarkan dan meneliti perasaan atau sentimen tersebut, dan bukan menekankan perasaan itu dengan akta hasutan. Saya bercadang bahawa kerajaan harus memberi perhatian yang lebih banyak kepada Sabah dengan memberikan peruntukkan lebih tinggi untuk membangunkan Sabah.

9. Selama ini, kerajaan telah gagal memelihara perasaan kita di Sabah. Masalah-masalah yang kita hadapi telah dilupakan atau dipinggirkan oleh kerajaan, janji-janji untuk mengatasi masalah tersebut tidak pernah dikotakan dan ditunaikan.



Sekian terima kasih
Yang Dipetua

Akan bersambung esok dengan topik yang lain

Monday 20 October 2014

MINTA MENTERI JELASKAN MENGENAI PERSIAPAN GST.....DESAK LINDA TSEN

OLEH: JOHNNY LAM


SANDAKAN:  Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dicadangkan bukanlah merupakan cukai baharu tetapi ianya adalah cukai yang mengantikan cukai sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga sudah bersedia untuk menguatkuasakan pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015. JKDM telah mengeluarkan Panduan GST sebagai panduan pihak industry.

Demikian dinyatan oleh Menteri Kewangan ketika menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin semasa persidangan Dewan Rakyat  di ibu negara yang meminta Menteri menjelaskan persiapan untuk melaksanakan GST untuk mengelakkan kekeliruan apabila diperkenalkan tahun hadapan.

Bagi melancarkan pelaksanaan GST, JKDM sedang dalam proses menambah 677 kakitangan baharu di samping 1,227 kakitangan sedia ada khusus bagi GST. Sistem teknologi maklumat terkini iaitu system pengkomputeran MyGST telah siap dibangunkan bagi melicinkan proses pelaksanaan GST kelak.

Kerajaan juga telah menyusun program kesedaran dan pendidikan GST yang mudah difahami oleh lapisan masyarakat. Program kesedaran ini telah dilaksanakan di seluruh pelusuk tanahair melalui penglibatan semua agensi Kerajaan yang berkaitan. Sehingga kini lebih 5,421 program GST telah dilaksanakan.

GST berupaya mengatasi kelemahan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang mempunyai  kelemahan dari segi cukai berganda atau elemen cukai, isu pindahan harga dan tiada pelepasan cukai ke atas eksport.

Pelaksanaanya mampu menjadikan kutipan cukai secara lebih berkesan, kerana bentuk cukai kepenggunaannya lebih efektif, efisien, telus dan mesra perniagaan serta berupaya menjana hasil yang lebih stabil.

GST dapat mengurangkan karenah birokrasi serta dapat meningkatkan pematuhan cukai, mengurangkan ekonomi terlindung dengan izin dan menggalakkan simpanan dan pelaburan.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima dipelbagai platform, majority rakyat telah mula bertambah kefahaman tentang keperluan Kerajaan melaksanakan GST dan sebahagian mereka sedar GST adalah perlu bagi mengukuhkan ekonomi dan pembangunan Negara.

Isu utama yang membimbangkan rakyat ialah berkenaan harga barang keperluan. Kerajaan maklum akan kerisauan ini dan telah mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan impak GST terhadap harga barangan dan kos sara hidup.









Friday 10 October 2014

LDP WILL ORGANIZE ANNUAL EDUCATION RUNS ON 23 NOVEMBER 2014

BY LDP STAFF

SANDAKAN:-Liberal Democratic Party is organizing its annual Education Run in Sandakan on 23rd November 2014, which event is also held in conjunction with the celebration of LDP’s 25th  anniversary . 

The event is starting at 6 am in the morning. This event will be held at the Stadium of Sandakan Sports Complex and the flag off for the run is estimated at 7 am. Tsang Hieng Yee, the Central Youth Chief for Liberal Democratic Party, who also serves as the organizing chairman for this event, said that this event is held in order to raise fund for  the ten (10)Chinese Primary  Schools in Sandakan

Through this event, it is also hoped that the people of Sandakan, particularly for the youths, could use this opportunity to gather, to build rapport and network among each other and to exercise for the sake of good health and relaxation. 

The run is divided into two main categories, namely  the primary schools category and the open category and each category is also further divided in male and female sub-category.It is estimated that for the primary schools category, approximately 200 students will take part in the run under the supervision of their teachers and the enrollment of the students to take part in the run is solely determined by their respective schools.

Registration for the primary group is free of charge. The route for the primary school run is about 1.4 km.

As for the Open category, it is expected that more than 300 participants will take part. 

The registration fee for the open group is RM30 per person with include an official LDP Education Run T-Shirt and a bib number. The route for the open group is about 5 KM. Prizes in the form of trophies and medals will be awarded to the winners of all four (4) sub-categories who take the places of number one to number ten.    

Besides, all runners who complete the route are also automatically entitled to take part in the luck draw which offers attractive prizes.
The organizer plea to everybody from all walks of life to join the run and to help to make the run a success, besides of playing a part in the fund raising effort for the school

The Organizing Chairman, Tsang Hieng Yee also pleadsto all philanthropists for their generous support in providing donation into the fund for the schools.All donation procured from this event will be contributed to the ten (10) Chinese Primary Schools in Sandakan, after taking into account all the expenditures.


On the race day, a variety ofcharitablestalls will also be set up at the Stadium of the Sports Complex which sell a variety of foods, snacks, apparels, goods and services in the hope to assist to raise more fund. Organizing Chairman, Tsang Hieng Yee said that thee vent has been held for many years since year 1997 in different district within Sabah and now it is Sandakan’s turn.

The organizer  shall extend invitation to the many NGOs, hash houses, sports association Sandakan youth organizations to participate in the run as well as to welcome all generous people of Sandakan to donate to the fund in order to assist the schools in their daily operation, maintenance, renovation, building and construction.

For those who are interested in participating in the Runor to make donation, kindly contact the following persons:
Tsang Hieng Yee  013-8802266ALEX NAM 016-8268902WONG PUI YUN 016-5520881CHANG KET VUN 016-8268891STEVEN CHIN MIN KET 016-8260778LILY CHUNG      016-8260779

The following is a name list of the Organizing Committee:

ORGANISING CHAIRMAN Tsang Hieng Yee  SCRETARY ONG CHIH CHANGDeputy SCRETARY CHANG KET VUN

TRESURER LAM JIN DAKCONTEST RULES TEAM MOO KU LIANGROBERT CHONGPROGRAM & FRIER LILY CHUNGT- SHIRT, STEVEN CHIN MIN KETPUBLICITY ALEX NAMP/A SYSTEM, NG WAI KINPHOTOGRAPHY OOI CHEE KEONGTraffic & MPS Permit SIAO KET HIUNGSTAGE DECORATION SIAO KET TITANG KA FAITROPHY AND SOURVINIER LOW CHEE KONGACCOMMADATION LIOW KET HIUNGREFRESHMENT FUNG CHEE KEONG NUMBERING TANG CHIENG FAIMASTER CEREMONY CHANG YEE TINGLIASON SIMON THIENCHECK POINTVOON SOON KHONGCHONG CHING HAOSENG WAI LUNHAND BOOK BANNER LEE TZE VUIREGISTER WONG PUI YUNHO SIEW MEEKOO KON MOISERVING GUESTS NG CAME ENG.

Wednesday 8 October 2014

FASA KELIMA PERINTAH BERKURUNG DILANJUTKAN HINGGGA 21 OKTOBER INI....KATA JALALUDDIN


This news copyright from Sabah Insider.Net
OLEH: THOMAS SUNGGIUK

KOTA KINABALU:- Fasa kelima pelaksanaan perintah berkurung di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 21 Oktober ini.
 Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (gambar) berkata  pihaknya juga sedang menunggu tindakan kerajaan dalam rundingan akhir bersama beberapa pihak bagi membebaskan anggota Pasukan Polis Marin, Konstabel Zakiah Aleip yang diculik dalam serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lalu.
Menurut beliau, walaupun kawasan perairan di Esszone berada dalam keadaan ‘tenang’ susulan pelaksanaan perintah berkurung, pihaknya akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini termasuk penculikan.
“Perintah berkurung ini dilanjutkan kerana kita menerima maklumat-maklumat keadaan di Esszone bagi mencegah dan menyekat kemasukan penjenayah sama ada penyeludupan atau penculikan.
“Minggu lalu saya melawat kawasan-kawasan peranginan di Pulau Mabul, Sipadan, Ligitan dan Kapalai, termasuk kawasan penternakan ikan dalam sangkar, kebanyakan pihak mengalu-alukan perintah berkurung untuk jaminan keselamatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar dengan media  di sini lantas memberitahu, perintah berkurung dilanjutkan memandangkan maklum balas baik yang diterima pelancong dan penduduk setempat berhubung jaminan keselamatan.
Ditanya keadaan terkini Zakiah, 26, ujarnya, anggota polis itu berada dalam keadaan baik dan telah membuat 79 panggilan telefon terhadap ahli keluarganya dan polis sehingga semalam.
“Kita tunggu rundingan akhir (antara kerajaan dan suspek) untuk membebaskannya,” tambahnya.
Beliau turut melahirkan keyakinan seorang pemilik pusat ternakan ikan dalam sangkar yang diculik di Kunak pada Jun lalu juga berada dalam keadaan selamat.
Kepada soalan tentang kes pembunuhan seorang guru di Kundasang, Ranau pada Jumaat lalu, jelasnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai mengenali suspek.
“Dalam rompakan yang melibatkan kematian, kebiasaannya mangsa mengenali suspek, sebab itu dia (suspek) bunuh,” katanya.
Berhubung seorang wanita yang didakwa menyebar dan menghasut dalam isu ‘memerdekakan’ Sabah daripada Malaysia, ujar Jalaluddin, suspek yang telah dikenal pasti itu masih berada di luar negara dan polis telah mengembangkan skop siasatan. The Sabah Insider.Net


Sunday 5 October 2014

MAJLIS RUMAH TERBUKA KETUA WANITA UMNO SANDAKAN MERIAH


OLEH: SAIMON S  JUMAD

SANDAKAN:- Majlis Rumah Terbuka Aidil Adha Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong dikediamannya di Park Villa Batu 6 Jalan Labuk walaupun disambut secara sedarhana tapi meriah.

Majlis yang  bermula jam 1.00 hingga jam 5.00 pm telah dihadiri bukan sahaja saudara mara bahkan turut dihadiri oleh  sahabat handai jauh dan dekat ini termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman dan Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Puan Saleena 
Titi.
 
Menurut Noraini tujuan mengadakan  rumah terbuka itu adalah untuk merapatkan lagi siratulrahim antara satu sama lain khususnya dihari aidil adha ini.







TURUT HADIR..Saleena Az