Wednesday 8 July 2015

ARMANI DAN SAMSUDIN SAMPAIKAN SUMBANGAN RAYA 30 ORANG ANAK-ANAK YATIM





OLEH: SHAIMON S JUMADI

ALBUM KENANGAN....Ketua Wanita UMNO Negeri Armani bergambar bersama-sama anak-anak yatim

KOTA KINABALU:-Ketua Pergerakan Wanita Sabah Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajah Armani Datuk Hj Mahiruddin selaku Ketua Wanita  UMNO Negeri telah  menghulurkan sumbangan wang raya seramai 30 orang terdiri daripada golongan anak-anak yatim untuk keperluan menyambut hari lebaran yang semakin hampir.

HULUR SUMBANGAN PERIBADI....Terima kasih Datuk seorang anak yatim menerima ang paw raya daripada Samsudin



“Inilah satu salah tanggungjawab kita sebagai orang Islam selain kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini akan tetapi kita jangan lupa dimusim-musim bulan yang penuh keberkatan  ini harus banyak bersedekah kepada golongan yang  memerlukan terutama sekali anak-anak yatim dan juga warga emas ini juga satu ibadah yang dituntut Islam.” Kata Armani.


Tidak juga ketinggalan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya turut menyumbangkan pribadi kepada anak-anak yatim itu.


Ketua  Wanita Bahagian  UMNO Batu Sapi Rahimah Arsah  yang turut menyaksikan upacara penyerahan   bantuan tersebut menyifatkan tindakan Ketua Wanita UMNO Negeri Datuk Armani dan ADUN Sekong Datuk Samsudin salah merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat sentiasa mengambil berat terhadap golongan anak-anak yatim dan juga kebajikan orang-orang tua.

Rahimah berkata semoga  dengan adanya bantuan demikian akan dapat menggembirakan  anak-anak yatin di suasana  menyambut hari raya ini.
  
“Kepada dua orang pemimpin iaitu Armani dan Samsudin memberikan sedekah kepada 30 orang anak-anak yatim semoga Allah SAW memberikan keberkatan  kepada mereka berdua mendapat pahala yang berlipat ganda dan dimurahkan rezeki Ujarnya…Amin.



Monday 6 July 2015

DATO SERI KEMELLIA HASSAN-RAHIMAH ASRAH DAN NORAINI SULONG MEREKA PEMIMPIN DINAMIK

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI


SUDAH terang bersuluh lagi sudah gaharu pula  sudah tahu bertanya pula  inilah ungkapan yang sering dilafaskan oleh setiap insan.

Kelihatan di raut  wajah seorang pemimpin yang sentiasa disenangi dan kelilingi oleh para penyokongnya tidak kira parti mana datangnya sama ada PBS,UMNO dan MIC mereka sentiasa seiring dan bersama dalam apa jua aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Karisma Ramadhan anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batu Sapi  yang diketuai sendiri Rahimah Asrah selaku Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi yang diadakan di Hotel Ibis  Style dekat sini walaupun diadakan secara sedarhana namum mendapat sokongan padu oleh semua pihak.


Antara tetamu kehormat pada Karisma Ramadhan itu ialah Ketua Bahagian UMNO Bati Sapi Datuk Hj Samsudin Yahya  dan juga ahli-ahli parti komponen khususnya daripada PBS dan MIC.

Bercakap mengenai tahap kepimpinan Rahimah sebagai Ketua Wanita UMNO Batu Sapi semakin hari semakin menyerlah dan semakin dekat dihati para penyokongnya khusus wanita-wanita kawasan Sekong dan Batu Sapi.

Apa lagi disepanjang sempena bulan Ramadan ini Rahimah macam kelihatan terlalu sibuk mengatur pelbagai program dan sambil menghadiri lain-lain acara ditambah lah menyertai Jelajah Ramadan.

Saya bercakap ini berdasarkan apa yang kita lihat terus terang saya katakan di Sandakan ada dua pemimpin wanita  yang tidak pernah mengenal erti letih dan penat sentiasa bersama masyarakat yang saya maksudkan selain Rahimah Asrah dan juga Noraini Sulong  ini mereka pemimpin diperingkat politik merupakan pemimpin dinamik.

Sementara seorang lagi di daerah  Tawau ie merupakan aktivis masyarakat  yang sejak kebelakangan banyak membatu kepada golongan miskin yang tertumpu kepada anak-anak yatim anak-anak fakir miskin dan  orang-orang tua (warga emas) ialah Dato Seri Kemellia Hassan.



Tindakannya yang suka menjalajah kemerata tempat sehingga menemukan keluarga Jamilah Abdullah dan semuanya redzuan Kijam yang tinggal dikemah.

Hasil  pendedahanya yang menyerlah tersiar  di media portal The Sabah Insider  akhirnya keluarga yang malang itu mendapat perhatian langsung oleh pihak-pihak tertentu sehingga badan-badan amal kebajikan dapat menghulurkan bantuan.

Dan itu termasuk Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran Datuk Armani Datuk Haji Amiruddin turut mengambil keluarga itu untuk berpindah ditempat yang sesela.






Saturday 4 July 2015

LELONG PLAT SIRI PATRIOT KERAJAAN UNTUNG RM10 JUTA TAPI JPJ DAPAT RM1 JUTA...DAKWA WONG

OLEH: MEDIA DAP

SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong berkata, kerajaan BN terang-terang membiarkan kroni-kroninya mengaut keuntungan melalui lelongan nombor plat siri PATRIOT baru-baru ini, dimana hak bidaan diberikan tanpa melalui tender terbuka ,ini menunjukkan kerajaan mengeksploitasi hak dan kepentingan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan BN membenarkan kroni-kroninya menubuhkan Yayasan Patriot Negara (YPN) untuk melelongkan nombor plat siri PATRIOT, mensasarkan keuntungan RM10 juta, tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) hanya akan mendapat pemberian faedah RM1 juta.

Kata beliau, kerajaan tidak patut membenarkan lelongan dijalankan oleh YPN tanpa tender terbuka, ini sama dengan Jabatan Imigresen melantik MyEG untuk melaksanakan proses pembaharuan permit pekerja asing, menimbulkan pelbagai masalah selepas itu.


Wong berkata, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) juga mengikut jejak kerajaan persekutuan, dimana ia membenarkan syarikat kroni menyewakan ruang di kawasan koridor tingkat bawah Centre Point Mall di bandar, untuk mengaut keuntungan dan tidak menghiraukan kepentingan orang awam.

Beliau tidak berpuas hati dengan MPS kerana sehingga kini masih belum mengalihkan gerai berpagar di tingkat bawah Centre Point Mall Sandakan, jika selepas Hari Raya masih belum melakukan kerja-kerja pengalihan, maka beliau akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.



 Tambah beliau, sebelum ini ahli majlis MPS juga telah memutuskan untuk mengalihkan gerai berpagar tersebut dalam mesyuarat penuh bulanan, tetapi sehingga kini masih belum ada tindakan diambil, ini sekali lagi membuktikan Presiden MPS Datuk James Wong tidak melaksanakan tanggungjawab beliau.

Thursday 2 July 2015

DESMOND YONGKOR HINA ISLAM KELAB NGO TAWAU BUAT LAPORAN POLIS......JEFFRY ROSMAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TAWAU;- Tindakan menghina Jujungan Besar Nabi Muhamed SAW  oleh seorang yang dikenali  Desmond  Yongkor (gambar) bagi kali kedua dia menghina agama Islam kali ini tiada  maaf baginya dan laporan polis telahpun dibuat.

Presden Kelab Penyokong Kerajaan BN Sabah Bahagian Tawau iaitu Datuk Mohd Jeffry Rosman bersama-sama ahlinya telah membuat laporan polis di Balai Polis Tawau kelmarin mengenai isu penghinaan itu.

‘Saya sebagai orang Islam yang mewakili penduduk daerah Tawau amat kecewa dan terguris atas perbuatan Desmond Yongkor yang terlalu merendah-rendah dan mencaci serta menghina agama  Islam.
 
Perbuatan Desmond itu benar-benar menyinggunng dan  mengguris hati kepada umat Islam di Sabah dan keseluruhannya” kata Jeffry.



POLIS REPOT aduan mengenai Desmond hina Islam

“Dia tidak terfikirkah kaum Dusun, Kadazan dan Murud di Sabah ini khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di Keningau, Tambunan, Tamparuli, Kundasang, Ranau, Beluran, Telupid, Nabawan dan tempat-tempat lain yang saya tidak sempat sebutkan itu mereka ramai telah memeluk agama Islam bertahun-tahun lamnya” Jelas Jeffry kepada media ketika diminta mengulas berhubung dengan tindakan Desmond itu.
 


Kita hairan tambah Jeffry kenapa Desmond sebagai anak  watan tulen Sabah yang bekerja di Terminal Oil dan Gas Kimanis atau sebagai Engineer di Kimanis Power Plant merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dalam pembelajaran akademik tapi tiada fikiran yang waras apa tujuannya  dia menghina agama Islam.

“Mungkin Desmond sengaja cari pasal untuk menimbulkan huru hara di dalam Sabah ekoran tindakannya yang menghina agama Islam.

Saya merayu kepada pihak polis khususnya  Cawangan Khas (Special Branch) serta Jabatan-Jabatan agama Islam di negeri ini khususnya JAKIM dan JHEAINS tidak berdiam diri lantas mengambil tindakan biadap Desmond Yongkor ke pihak pengandilan.



Pihak Polis tidak boleh membiarkan perkara penghinaan agama Islam berterus-terusan perlu diambil tindakan segera kepada Yongkor.” Jelas Jeffry lagi.

Wednesday 1 July 2015

RAHIMAH DAN SAMSUDIN HADIR BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK TAMAN MAWAR


OLEH: SHAIMON S JUMADI

ALBUM SUANA... Di majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat Taman Mawar.

BATU SAPI:- Program jelalah Ramadan Al-Mubarak ini diteruskan untuk mendekati masyarakat Islam yang berbilang kaum di memerata tempat khususnya dalam kawasan Batu Sapi.

Malam tadi Rahimah Asrah Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi telah menghadiri majlis Berbuka Puasa  bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya di masjid Taman Mawar dekat sini.

Sejurus selepas berbuka puasa Rahimah telah mengikuti Jemaah lainnya untuk bersolat mahgrib dan tazkira bersama-sama penduduk setempat.

Inilah peranan pemimpin wanita Rahimah yang terus berperanan berintraksi dengan masyarakat kuhususnya dibulan Ramadan yang mulia ini semoga apa yang dilakukannya  berupa amal jariah dan ibadah disepanjang bulan mulia ini  demi  menwujudkan siratulrahim yang jitu di kalangan masyarakat Islam keseluruhannya  semoga mendapat barakah serta berkat pahala daripada Allah SAW.