Saturday 4 July 2015

LELONG PLAT SIRI PATRIOT KERAJAAN UNTUNG RM10 JUTA TAPI JPJ DAPAT RM1 JUTA...DAKWA WONG

OLEH: MEDIA DAP

SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong berkata, kerajaan BN terang-terang membiarkan kroni-kroninya mengaut keuntungan melalui lelongan nombor plat siri PATRIOT baru-baru ini, dimana hak bidaan diberikan tanpa melalui tender terbuka ,ini menunjukkan kerajaan mengeksploitasi hak dan kepentingan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan BN membenarkan kroni-kroninya menubuhkan Yayasan Patriot Negara (YPN) untuk melelongkan nombor plat siri PATRIOT, mensasarkan keuntungan RM10 juta, tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) hanya akan mendapat pemberian faedah RM1 juta.

Kata beliau, kerajaan tidak patut membenarkan lelongan dijalankan oleh YPN tanpa tender terbuka, ini sama dengan Jabatan Imigresen melantik MyEG untuk melaksanakan proses pembaharuan permit pekerja asing, menimbulkan pelbagai masalah selepas itu.


Wong berkata, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) juga mengikut jejak kerajaan persekutuan, dimana ia membenarkan syarikat kroni menyewakan ruang di kawasan koridor tingkat bawah Centre Point Mall di bandar, untuk mengaut keuntungan dan tidak menghiraukan kepentingan orang awam.

Beliau tidak berpuas hati dengan MPS kerana sehingga kini masih belum mengalihkan gerai berpagar di tingkat bawah Centre Point Mall Sandakan, jika selepas Hari Raya masih belum melakukan kerja-kerja pengalihan, maka beliau akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.



 Tambah beliau, sebelum ini ahli majlis MPS juga telah memutuskan untuk mengalihkan gerai berpagar tersebut dalam mesyuarat penuh bulanan, tetapi sehingga kini masih belum ada tindakan diambil, ini sekali lagi membuktikan Presiden MPS Datuk James Wong tidak melaksanakan tanggungjawab beliau.

No comments:

Post a Comment