Tuesday 31 March 2015

ORANG BERCINTA RAMAS=MERAMAS ANTARA SATU SAMA LAIN ITU PERKARA LUMRAH.....EMMAH MEAMBONG

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE   '

PETALING JAYA:- Setelah dicop “Minah Propa”, muncul pula foto-foto lama yang digembar-gemburkan untuk menjatuhkan nama baik selebriti jelita ini. 

Kemesraan yang terpancar melalui foto-foto bersama teman lelakinya yang bercuti di pusat peranginan diperbesarkan walhal ianya gambar lama semasa diusia muda. Namun, apa pun yang pasti Emma Maembong ada jawapannya tersendiri.
 
Menerusi temubual bersama Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 23 tahun dia menegaskan bahawa beberapa foto tersebut merupakan percutian bersama-sama keluarga, rakan-rakan yang juga disertai teman lelakinya.

“Zaman remaja pasti akan ada “culture shock”, jadi saya sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda nak cuba. Waktu itu saya berumur 18 tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan keluarga turut serta dalam percutian tersebut. Kawan-kawan pakai seluar pendek, saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh berfikir yang mana buruk dan yang mana baik.”


Selebriti yang sudah berpunya ini dihangatkan dengan kontroversi gambar seksi dimana Emma berpakaian seluar pendek denim bersama baju tali seksi sehingga menampakkan perutnya disamping teman lelakinya. Beliau turut menyatakan hanya terdapat 4 foto percutian bersama teman lelaki dan yang selebihnya diedit untuk tampak lebih banyak.

Emma turut menambah, “Foto-foto itu merupakan barangan peribadi, hanya beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya tidak tahu sama ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang yang dengki dengan saya.”

Tambah Emma lagi, “Masing-masing ada sejarah sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma budak-budak lagi apa yang penting kehidupan baru yang sekarang, kehidupan Emma bukan macam dulu lagi”

Menurut Emma, sekeping foto yang tersebar daripada beberapa foto yang dilayangkan di Internet merupakan gambar adik lelakinya yang berkaca mata dengan baju rona merah senada seperti yang di atas.


Emma lagi, kini dia semakin gemar mengumpul baju berlengan panjang untuk menyerlahkan identitinya yang sopan dimana dia turut menyuarakan hasrat untuk bertudung tidak lama lagi.


“Saya mengaku semasa saya  bercinta dengan bekas teman lelaki saya (bukan Zizan Razak) kalau ramas-meramas dan  raba-meraba  tubuh badan saya itu biasalah namanya kan orang beromen memang tak lari lelaki dan perempuan sama-sama melakukannya antara satu sama lain tapi saya tidak keterlanjuran sampai menyerahkan tubuh badan saya bulat-bulat  untuk melakukan zina  itu tidak sama sekali kerana  saya masih ingat kepada Allah” ujar Emma lagi.

Katanya lagi ada di kalangan artis-artis wanita  yang beromen dengan teman lelakinya sampai tidur di hotel-hotel bermalam dua tiga hari itu tak dinafikan memang menjadi kenyataan. POSTED BY POST KINI.


ORANG BIJAK PANDAI YANG MENYERTAI PAKATAN RAKYAT KATA....TUN MAHATHIR

CETUSAN MINDA DARIPADA NURLYANA ABDULLAH· 


KERAJAAN ZALIM

TUN MAHATHIR pernah berkata ramai orang bijak sertai parti dalam PAKATAN sementara yang bangang sertai di UMNO dan itu sebab kepimpian UMNO semakin bobrok dan kesannya Negara dalam bahaya.

Najib yang memerintah Malaysia dinasihati oleh bininya dan akhirnya dia suka2 guna duit rakyat dan beli jet lagi meski sudah ada 6 buah jet yang masih boleh digunakan.

Bukan saja itu kes 1MDB yang jumlah 40 bilion kesan jaminan kerajaan, disalurkan wangnya ke negara luar dan kemudian putar hingga akhirnya dimasukkan ke bank di singapura atas nama JOLO dan Jolo pula ada kaitan dengan anak tiri Najib yang berjaya bikin fillem ala porno di barat dengan belanja sekitar RM600 juta dan dari mana wang itu didapatkan?

Rafizi antara YB yang paling lantang mengkritik kasus ini dan banyak sangat mendedahkan kejahatan Najib termasuk Rosma dan itu tidak menyenangkan Najib dan sejak kebelakangan ini dia diamanahkan satukan semula Pas dan DAP dan kelihatannya dia taget utama ditangkap.

Memangpun dia ditangkap dan ketika ditangkap dia seolah seperti pencuri, perampok berjalan tanpa sepatu dan kemudian setelah bermalam di lokap, lalu dia diheret ke pejabatnya dan kemudian pintu pejabatnya dipecah untuk polis untuk mendapatkan maklumat. kelihatan semacam binatang dilakukan.

Entah apalah lagi yang mahu dicari oleh polis seolah rafizi ini seperti haiwan anjing atau seperti pembunuh, perompak yang cukup bahaya sedang SIRUL tidak pula dilakukan demikian dan KHIR TOYOL yang bina istana sendiri 27 juta dan banyak kes rasuah ketika duduki kerusi Menteri Besar Selangor dan pernah kerja di sabah tidak pula dilakukan demikian, malah bebas macam burung terbang dan ketawa terbahak2 dalam istananya kesan makan wang rakyat hingga perut boroi menunggu pecah.
Kerajaan apakah ini?

Memang bercakap benar tetap kena tangkap dan macam mejar zaidi bercakap benar hal dakwat tak kekal terus dibicarakan dilepas kerja meski sudah bertahun-tahun berkhidmat untuk negara dengan cemarlang.

Anwar memang sudah kita kenal sejak mahathir duduki kerusi PM dan oleh sebab Anwar tiada kes rasuah meski duduki menteri kewangan 9 tahun dan sempat memangku kerusi perdana menteri terus dicari cipta untuk memenjarakannya dan akhirnya DNA yang didapatkan di botol minuman dan tuala ketika dalam penjara dikutip konon dijadikan contoh DNA dari dubur saiful kes liwat. begitu mudah mencipta bukti dan akhirnya terpenjara sedang 3 doktor yang memeriksa dubur saiful menyatakan tiada benda keras masuk ke dubur.


Kes altantuya pula kemasukannya ke Malaysia hilang datanya di jabatan imigresen makna ia boleh terbang sendiri dan pembunuh altantuya memang tak kenal altantuya dan kenapa dia membunuh dengan bom C4 dan bom c4 boleh dikeluarkan mesti ada kelulusan menteri pertahanan dan siapa menteri pertahanan ketika itu? sesiapa boleh menjelaskan?

Memang sirul membunuh, tetapi untuk apa sirul membunuh sedang dia tak kenalpun siapa altantuya dan menurut kenyataan sirul ada yang mengarahkannya dan siapa yang mengarahkan itu?

Kita semua mahu tahu tetapi awas kamu sebab rakyat tak dibenar buka mulut dan kalau buku mulut siapa terkena AKTA HASUTAN dan boleh ditangkap dan boleh dipenjarakan dan nampaknya semula kita ingat sejarah Hang Nadim hal singapura dilanggar todak yang ketika itu raja tak mahu rakyatnya bijak2 dan sesiapa yang bijak pasti akan dibunuh.

Kesudahannya jelas hanya orang bangang masuk UMNO dan yang bijak sertai pakatan tetapi bersuara saja tetap masuk penjara kena pukul perut, mata hingga lebam dan ditendang terjang. inilah malaysia kita sebenarnya.

Bolehlah saya katakan kerajaan Najib ini samalah maksudnya macam kerajaan BERUK yang asyik kayakan anak bini, kroni, adik2 ipar dan kerabat suku sakat.

itulah hakikatnya dan kitapun sama dijadikan beruk2 di hutan

SINGLE CAP DAN DOUBLE CAP VIGO BERLANGGAR DI BATU 32 JALAN LABUK


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SRI EJA


SANDAKAN:- Satu kemalangan telah berlaku di hadapan station minyak Petronas Batu 32 Jalan Labuk  yang membabit dua kenderaan Single Cap  denga Double Cap Vigo petang tadi.


Menurut sumber kereta single cap yang dipandu oleh  Ranjis Ismail tiba-tiba dilanggar olel kereta vigo kemudian terbalik atas tepi jalan berkenaan.

 
Dalam kemalangan tersebut   semuanya selamat tiada berlakunya perkara yang buruk  hanya tangan dan dada Ranjis mengalami sakit sedikit.


Menang tidak dinafikan jalan raya yang menuju keatas bukit dihadapan station minyak Petronas itu sering kali berlakunya kemalangan yang agak mengerikan.


Walau bagaimanapun para memandu agar lebih berwaspada dan berhati-hati ketika mengguna jalan raya itu dan bukannya tempat berlumba-lumba siapa mahu cepat, kata orang malang tidak berbau.

Friday 27 March 2015

JPN AKAN TARIK BALIK PEMEGANG IC H.033XXXX-H.042XXXX DAN H.053XXXX SATU USAHA BAIK

ULASAN DARI MEJA  EDITOR  KANAN
SHAIMON S JUMADI


CADANGAN pihak Jabatan Pendftaran Negara (JPN) Sabah yang bercadang sama ada menarik balik atau mengeluarkan semula Kad Pengenal dinegeri ini kepada orang-orang tertentu amat dialu-alukan.


Jika menjadi reality cadangan  itu untuk menarik balik kad pengenalan seperti yang diwar-warkan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah Ismail Ahmad ini jelas sesiapa yang memegang kad pengenalan bernombor H030XXXX H042XXXX dan H053XXXX  mereka harus menyerahkan IC berkenaan kepada JPN sebab menurut sumbar-sumber yang boleh dipercayai nombor-nombor kad pengenalan yang dimaksudkan itu tiada dalam rekod JPN.

Namun dikatakan tiada rekod dalam semakan JPN tetapi mereka telah layak menjadi mengundi dan disamping mereka mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bukan itu saja ramai yang memegang kad pengenalan sedemikian mereka dapat lesen kontrak (kecuali lesen PUKONSA) sebab sesiapa saja yang ingin memohon mendapatkan lesen PUKONSA mereka semestinya mempunyai Sijil Kelahiran baru layak memohon.


DEDAH SENDIKET..Ismail dedahkan adanya sendiket pemalsuan mykad  di Sabah










Lain-lain kemudahan seperti mendapatkan loan bank. Permit teksi,permit bas lesen perniagaan mereka tak kisah IC sedemikian rupa boleh diguna pakai untuk mendapatkan semua kemudahan .


Akan  tetapi kalau seseorang yang memegang IC nombor yang disebutkan itu  kalau mereka hendak membuat pinjaman di MARA mereka terpaksa mengeluarkan Sijil Beranak walaupun mereka mempunyai mykad tetapi dalam mykad tersebut membubuh nombor IC lama antara H030XXXX H.042XXXX dan H.053XXXX  mereka tidak akan dilayan kecuali mereka mempunyai sijil beranak untuk mengesahkan bahawa seseorang itu di lahirkan di Sandakan sebagai contoh.


Apapun kita  kena tungguh kesudahannya sama ada cadangan ini memang bakal menjadi kenyataan atau sebgaliknya dan semoga apa yang telah dicadangankan dan yang diwar-warkan oleh Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad itu mendapat sokongan padu dari rakyat Sabah khususnya yang di lahirkan di negeri ini.

Berikut petikan kenyataan di media portal Ismail Ahmah mengenai isu berkenaan seperti di bawah ini

JPN Sabah Sedia TARIK BALIK atau KELUARKAN SEMULA IC satu Petanda Baik

Kenyataan JPN Sabah bahawa jabatan itu mempunyai sumber termasuk tenaga kerja sekiranya kerajaan tentukan untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad pengenalan di negeri ini. Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad berkata, bagaimanapun buat masa ini belum ada yang diputuskan, namun jika perlu, pihaknya bersedia untuk melaksanakannya.
Kesediaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad pengenalan di negeri ini adalah petanda baik dalam menangani masalah kad pengenalan yang diperoleh secara meragukan.
Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) Nailin Gabintal berharap langkah itu dapat memastikan hanya orang tempatan yang tulen sahaja diberikan kad pengenalan.
“Sebelum ini kita sering membaca berita dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan sebagainya.
“Selain itu ramai juga yang memperkatakan bahawa ada PATI yang memperolehi kad pengenalan secara meragukan.
“Oleh itu Pekadin berpendapat, melalui penarikan balik kad pengenalan lama dan mengeluarkan kad pengenalan baru, kad pengenalan yang diperolehi secara tidak sah dapat dibentaras,” katanya adlam satu kenyataan, di sini, kelmarin.
Nailin berkata, langkah itu juga tepat pada masanya dan wajar disokong oleh rakyat Sabah ekoran pengumuman hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baru- baru ini yang mengatakan dengan jelas terdapat keberangkalian projek IC wujud di Sabah.
Oleh itu katanya, penarikan balik dan pengeluaran semula kad pengenalan di negeri ini merupakan satu pilihan terbaik untuk menangani masalah itu.
“Selain itu kita juga dapat memastikan bahawa tidak ada PATI yang memperolehi kad pengenalan mendapat peluang untuk menyertai pilihanraya di negeri ini sama ada ada di peringkat negeri atau persekutuan.
“Kita tidak mahu ada penglibatan orang luar yang menentukan barisan kepimpinan negara akan datang atau penglibatan membentuk kerajaan di negara ini,” katanya.
Nailin berkata langkah ini juga dapat mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat negeri ini.
“Isu kehadiran PATI di negeri ini yang terlalu ramai sudah berlarutan sekian lama dan kini sudah tiba masanya kerajaan melakukan lonjakan pradigma untuk menyelesaikannya secara lebih berkesan,” katanya. Posted By: SUARASABAHon: March 23, 2015



ZAKARIA BN TIDAK PERNAH MUNGKIR JANJI 800 PENDUDUK JAYA BAKTI AKAN DAPAT AIR BERSIH



OLEH: LEE KON CHOI@ABDULLAH LEE





GAMBAR MENUNJUKKAN Zakaria (tengah) menyampaikan sumbangan kepada pengetua Gardif Singh sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai lain


GUM-GUM:-  Lebih 800 penduduk Kampung Jaya Bakti di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum bakal akan menikmati bekalan air bersih apabila siap projek pembinaan paip air ke kawasan berkenaan.

“Kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan peruntukan yang besar untuk melaksanakan projek pembekalan air bersih kepada kawasan Jaya Bakti, Memanjang dan persekitarannya,” Ahli DUN Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris memberithau kelmarin semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan UMNO Bahagian Libaran kepada  32 murid SK Jaya Bakti yang akan menyertai program klinik UPSR Didik Berita Harian di UMS, Kota Kinabalu.

Menurut Zakaria, pada pilihanraya umum 2013, penduduk di Kampung Jaya Bakti meminta supaya disalurkan bekalan air bersih,  beliau mengatakan kepada penduduk  yang beliau akan usahakan yang penting Barisan Nasional menang. Kini permintaan ini akan menjadi kenyataan apabila projek pembinaan paip itu siap dalam tahun ini.

Zakaria, yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Negeri, berkata kedudukan Jaya Bakti dan persekitaran ini amat unik kerana kawasan ini dibawah pentadbiran Majlis Daerah Beluran tetapi terletak dalam DUN Gum Gum.

“Selaku ADUN Gum Gum saya sentiasa menyokong penuh perancangan pembangunan kerajaan termasuk program pendidikan untuk kebaikan dan kemajuan masyarakat terutamanya anak-anak muda di kawasan Jaya Bakti dan Memanjang,” tambah Zakaria.

Zakaria juga memberitahu bahawa beliau akan mencadangkan kepada pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri supaya sekurang-kurangnya seorang Ahli Majlis Daerah Beluran mewakili kawasan ini dilantik dari DUN Gum Gum.

“Ini adalah kerana kita mahu meseimbangkan program-program pembangunan dan maklumat dari Kerajaan dapat diseragamkan bagi kawasan-kawasan yang terletak dipertengahkan antara Beluran dan DUN Gum Gum,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Zakaria turut mengingatkan Ketua Kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan supaya sentiasa meyampaikan kepada rakyat maklumat yang betul.

“Mereka mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang betul dan tepat berhubung perancangan-perancangan kerajaan kepada masyarakat setempat dan bukan menyebarkan maklumat tanpa mengesahkan kesahihan dari wakil rakyat atau pihak-pihak berkenaan,”  kata Zakaria.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegetua SK Jaya Bakti Gardif Singh A/L Balawan Singh, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nora Jalani, Barisan guru-guru serta penolong kanan, Pemimpin Pembangunan Masyrakat DUN Gum Gum Kamal M Said,  Ketua Puteri UMNO Bahagian Libaran Karmi Ariffin, pengerusi JKK Kampung Jaya Bakti Fred Lenshing  dan Ketua Kampung Jaya Bakti Othman Abdullah.

Program Klinik UPSR Didik Berita Harian akan dilangsungkan selama empat hari di UMS, Kota Kinabalu bermula Mac 27.

DEWAN SERBAGUNA KG AIR TERSERGAM INDAH .......KATA CHARLES PANG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING:-: Masyarakat tentunya rugi jika sesuatu kemudahan asas yang membawa banyak manfaat tidak dijaga sebaik mungkin padahal ianya penting sebab dapat digunakan semua pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang, berkata setiap kemudahan disediakan pihak kerajaan hendaklah sentiasa terjaga lebih-lebih lagi bagi masyarakat amat memerlukannya selama ini.

Beliau berkata, mana-mana wakil rakyat pun tidak pernah mengabaikan permintaan akar umbi malahan mereka bekerja keras dengan membantu untuk memastikan kemudahan yang diperlukan dapat disalur demi kepentingan bersama.

Katanya, perkara ini perlu difahami kerana mengambil kira usaha-usaha membawa pembangunan yang dibuat adalah bagi kepentingan rakyat jelata maka peri pentingnya segala kemudahan dijaga sebaik-baiknya. 

"Saya  berpesan di sini agar Dewan Serbaguna Kampung Air yang tersergam indah ini perlu dijaga kerana faedahnya banyak kepada penduduk setempat termasuklah di sekitar sini.

"Banyak aktiviti yang boleh dibuat samada majlis-majlis perkahwinan mahu pun aktiviti sukan atau yang melibatkan program kemasyarakatan. Jadi, jaganya sebaik mungkin kerana tanggungjawab berkenaan adalah bersama.

"Sebagai wakil rakyat, tentu rasa bangga kerana saya difahamkan bahawa Dewan Serbaguna ini merupakan satu-satunya dewan yang mempunyai keluasan yang terbesar di Sandakan.

"Ini menunjukkan kerajaan kita yakni Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan peka terhadap keperluan serta permintaan rakyat. Hal ini selaras dengan slogan kerajaan BN iaitu 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' 

"Dengan adanya dewan ini, saya berharap ianya dapat memberikan para penduduk kampung manfaat dan sekali gus menggunakan sebaik mungkin dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang ada di kampung.

"Untuk itu, demi menjaga keselamatan dan keselesaan penduduk setempat yang menggunakan dewan serbaguna ini, saya akan menaiktaraf lagi dewan ini dengan membaiki apa yang patut dibaiki melalui peruntukan Khas Adun pada masa yang akan datang," jelasnya.

Charles menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Dewan Serbaguna Kampung Air di Jalan Bokara Lama, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan Awang Supain; Pegawai Kerja Kanan di Bahagian Pembangunan Luar Bandar MPS, Norijah Haji Sani; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Alex Loh dan wakil-wakil daripada agensi kerajaan seperti Polis, Maritim, Bomba, Jabatan Belia serta Pengerusi JKKK Kg Air, Jafar Mustapah termasuk pemimpin masyarakat setempat.

Terdahulu dari itu, Hamsan berkata dengan terbinanya dewan serbaguna ini akan memberikan peluang kepada penduduk kampung untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Malah, kata beliau, penduduk setempat terutama di sekitarnya boleh memanfaatkan kemudahan dewan serbaguna ini seperti mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

"Yang penting jaga kebersihan dewan serbaguna agar ianya terus terpelihara. MPS, sebagai agensi pelaksana akan sentiasa memantau apa jua keperluan yang boleh dipertingkatkan bagi membolehkan masyarakat memanfaatkan kemudahan asas ini," katanya. 


Sunday 22 March 2015

MPS LANGSUNG TIDAK HIRAUKAN MASALAH RAKYAT.

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kurangnya perhatian  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususbya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam menangani permasalahan rakyat telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk setempat.

Ini jelas air yang melempah ruah air dari tangki yang diletakan diblok 24 Taman Mesra sudah hampir dua bulan sehingga kini belum lagi diambil tindakan oleh pihak MPS.

Dalam  tinjauan Wartawan Free Sandakan Today  ke lokasi tersebut  telah melihat sendiri lempahan air mencurah-curah jatuh daripada tangki yang ditelakan  diatas bangunan tersebut ini merupakan satu pembaziran  dan telah dianggarkan air yang tumpah dalam sehari mahu juga 5,000 liter.

Kata seorang penduduk blok 24 yang tidak mahu disebut namanya memberitahu  perkara ini sudahpun berkali-kali dilaporkan  kepada MPS tetapi sehingga kini belum ada  sebarang tindakan dan reaksi diambil untuk memperbaiki bebola tangki yang telah rosak dan menjadi penyebab utama air melempah ruah.


“Sudahlah harga air telah dinaikan 1000 liter RM 2.20  ini kah pula berlakunya pembaziran yang bukan alang kepalangan” ujar penduduk.

BORN FOR SUCCESS MELANGKAH KESATU TAPAK BUKA CAWANGAN DI LAHAD DATU

OLEH: SHAIMON S JUMADI

LAHAD DATU:- Born For Success Sdn Bhd  (BFS)  yang berkonsepkan perniagaan ala  Net Woriking (bukan MLM)  kini telah berjaya setapak lagi mengembangkan sayapnya  bagi menemubusi pasaran di Sabah khususnya di daerah Lahad datu.

Kelmarin BFS telah dilancar di daerah Lahad Dato di mana perasm8iannya telah dilakukan oleh seorang ahli perniagaan  yang merupakan penduduk Lahad  Datu yang dikenali Dato Ariffin  Hamid Merican.

Dalam ucapannya antara lain beliau menasihatkan para ahli-ahli peniagaan BFS ini mereka yang ingin menempuhi kejayaan dalam perniagaan Net Working mesti mempunyai kesabaran itu satu daripadanya berani menghadapi segala rintangan yang datang dan jangan cepat putus asa adalah kunci kejayaan.

“BFS juga meru[akan sebuah syarikat pengeluar produk iaitu  Tripe Stem Cell  dan juga pengeluar kopi berjenama Kopi madu (Honey Coffee) yang sekarang berada dipasaran.” Kata Dato  Ariffin.

Di Sandakan seorang peniaga yang dikenali Miserah Mino yang berjaya membuka perniaan sebagai rankaian Born For Success Sdn Bhd (BFS) atas nama  Perniagaan BB Masrah Blok 6 Tingkat Bawah Lot D Sandakan.
 
Pengurus Borneo Business Centre kepada Perniagaan BB Masrah iaitu Miserah Mino berkata untuk  membukan perniagaan net working bawah tajaan BFS ini sebagai stockis telah menggunakan model pusingan  yang banyak.

“Syukur al hamdulillah perniagaan kami nampak semakin hari semakin laris orang ramai tidak putus-putus mengunjungi primes kedai kami” katanya.

Katanya lagi BSF akan menjelaja ke Tawau dan Semporna untuk membuka cawangannya pada masa terdekat ini.


Wednesday 18 March 2015

PENERBITAN PORTAL ONLINE FST NEWS DAPAT SAMBUTAN 290.100 PEMBACA DI SELURUH NEGARA

OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Kemunculan sebuah    media  portal online FST NEWS (Free Sandakan Today.Com) dua tahun lalu sehingga ke hari ini benar-benar dapat menambat  hati pembaca yang meminati berita-berita yang tersiar diportal ini diseluruh Negara termasuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Pengurus Pemasaran yang juga Ketua  Pegawai  Eksekutif (CEO) Free Sandakan Today.Com (gambar) Jun Pacifico @Abdullah berkata setakat ini orang ramai yang telah mengikuti perkembangan dan membaca berita-berita di portal SFT ini telah  mencecah nisbah  bacaan 290,100 ribu ini telah menunjukkan satu petanda baik bahawa FST benar-benar disukai  ramai terdiri daripada pelbagai golongan antara Bumiputra, Melayu, Cina dan India.

“Saya bagi pihak portal online SFT ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca media diportal ini kerana terus  memberikan sokongan terhadap penyiaran nedia-media diportal ini dari masa kesemasa” ujar Jun.

Katanya FST beribu pejabat di  Kota Kinabalu bersebelahan pejabat The Sabah Insider di Bangunan Centre Point Mall Api-Api Centre dan diurus takbiran oleh Ketua Bora Zon Barat iaitu Thomas Sunggiuk dan Charles P Andiang wartaran.

Di Sandakan iaitu diurus takbir oleh Shaimon S Jumadi sebagai Editor yang bertanggungjawab menyunting semua artikel-artikel dan berita-berita sebelum disiarkan diportal ini.


Orang ramai khususnya pemberita-pemberita sambilan yang ingin menyumbangkan karya-karya mereka boleh menghantar ke E-mail sandakantoday14@gmail.com  kami pastinya menyiarkannya.

Tuesday 17 March 2015

ZAKARIA RASMI MESYUARAT KELOMPOK PERGERAKAN WANITA UMNO LIBARAN

OLEH: LEE KON CHOI@ABDULLAH LEE


GAMBAR… Kelihaatan Zakaria (tengah) bersama para pewakilan-pewakilan serta tetamu lain memotong kek pada majlis perasmian mesyuarat berkelompok Pergerakan Wanita UMNO cawangan-cawangan Bahagian Libaran kelmarin.

LIBARAN:-  Golongan wanita telah menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraaan, kecemerlangan dan kemakmuran negara.

Kejayaan anak-anak kita hari ini, adalah asuhan wanita yang juga seorang ibu, kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Berkelompok Pegerakan Wanita UMNO cawangan-cawangan Bahagian Libaran di sini kelmarin.

“Hebatnya wanita ini dapat dilihat dari kata-kata orang dulu“Tangan yang menghayun buaian itu boleh mengoncang dunia”. Bagaimanapun kata-kata hebat itu pada hari ini semakin terserlah kerana tangan wanita yang mengundi boleh memerintah,” tambah Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gum Gum serta Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran.

Wanita UMNO sejak diberi amanah mengalas tanggjungawab saf kepimpinan wanita giat turun padang dan saya merasa berbangga kerana jentera-jentera wanita umno terus mendekati rakyat tidak kira di masa berada.  saya bersyukur apabila melihat semangat wanita umno terus membakar di setiap pelusuk di Libaran ini, katanya lagi.

Program mendekati hati pengundi Wanita UMNO amat bertepatan kerana rangka kerja dan melaksanakan perlbagai program di bawah program “Salam Sayang”  dan program pemantapan dan pemantauan jentera jalinan rakyat, tambah beliau.

Beliau turut mengingatkan kaum wanita supaya terus yakin dengan perjuangan UMNO. Sebagai ibu ,golongan wanita perlu bertanggungjawab dan memastikan anak-anak dan generasi akan datang dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Kerajaan yang dipimpin oleh presiden parti  merangkap Perdana Menteri telah melancarkan skim BR1M dan lain-lain pemberian “one off” yang cukup luar biasa, dan  insentif lain. Bajet yang telah dibentangkan sebelum ini bajet yang mengutamakan rakyat dari rakyat untuk rakyat dengan pendekatan Janji Ditepati.,” kata Zakaria.

Semua ini adalah hasil usaha dan pengorbanan para pejuang-pejuang negara. Maka itu saya menyeru agar semua yang ada di dewan ini bangkit  menyemai semangat cintakan negara sesuai dengan bulan sambutan Hari Malaysia, katanya.

Masyarakat tidak kira usia dan agama perlu bersatu dan setia kepada payung negara serta memupuk semangat cintakan negara melalui pelbagai pendekatan bersama, kata Zakaria.

Hadir bersama ialah Ketua Wanita UMNO  Bahagian Libaran yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah Datuk Armani Haji Mahiruddin dan para perwakilan dari cawangan-cawangan Wanita UMNO Bahagian Libaran.




700 FEET LONG BRIDGE WILL BE REPAIRED SOON AT KAMPUNG BAMBANGAN......SAID LINDA

 
BY AZMI AZMAN

PICTURE SHOW:…Linda (right) inspects the wooden bridge at Kampung Bambangan



BATU SAPI:-   The main wooden bridge linking houses to the main jetty at Kampung Bambangan will be repaired soon.

This was disclosed by Batu Sapi Member of Parliament (MP) Datuk Linda Tsen Thau Lin after she visited the fishing village located about 30 KM by road from here to inspect the dilapidated facility yesterday.

The safety of the villagers is a priority and the 700 feet long bridge will be repaired with allocation from the Batu Sapi MP Fund, she added.

Linda who was accompanied by Head Liaison Officer of Batu Sapi MP Office Kong Nyuk Thou and other aides, was greeted by village officials on her routine “turun padang” programme to visit her constituency.

According to Linda, she gives emphasis to the safety and convenience of the more than 60 families living in the fishing village by repairing the wooden bridge because these villagers also travel to Sandakan by sea apart from the land route via Seguntor.

Villagers thanked Linda for her concerns to the wellbeing of Kampung Bambangan folks.

END


Sunday 15 March 2015

ZAKARIA AJAK PELADANG TINGKATAN TARAF EKOMOMI

OLEH:AZMI AZMAN


GAMBAR..... Menunjukkan  Zakaria (tengah)  bersama pegawai PPK Sandakan, pihak penganjur dan AJK Unit Peladang dari kawasan Kg Banting, Kg Sungai Beruang dan Kg Dandulit


GUM-GUM:-   Para ahli tiga Unit Peladang Zon Dandulit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum diajak agar sentiasa meningkatkan taraf ekonomi dan social, menambah pengetahuan serta kemahiran selain meningkatkan hasil dan pendapatan masing-masing.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang dan sudah tentu ini mampu menjana pemikiran positif kearah ingin berdaya saing atau menjadi peladang berjaya kelak, kata ADUN Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika merasmikan  Mesyuarat Agung Unit Peladang Kg Banting, Kg Sg Beruang dan Kg Dandulit di Balairaya Kampung Dandulit kelmarin.

“Ini sekaligu berperanan untuk meningkatkan bidang perniagaan dan pertumbuhan pelaburan dalam bidang pertanian dan juga meningkatkan taraf sosioekonomi serta kualiti penghidupan peladang dan mengimbangi pembangunan asas tani di kawasan luar bandar,” kata  Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Dengan adanya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ini, Kerajaan dapat menyalurkan peruntukkan yang sewajarnya untuk membantu masyarakat luar bandar di sector pertanian, tambah beliau.

Zakaria juga memberitahu bahawa tiga usul mesyuarat termasuk menaik taraf jalanraya di Kampung Dandulit dan menaik taraf kemudahan asas seperti air bersih, akan beliau kemukakan kepada perhatian Kerajaan Negeri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Zakaria turut menyerahkan sebuah alatan tangan mesin pemotong rumput kepada setiap kampung berkenaan untuk menjalankan aktiviti gotong royong.

Hampir 100 orang yang terdiri daripada pegawai dari UPPM DUN Gum Gum dan ahli-ahli peladang dari tiga buah kampung yang terlibat, telah menghadiri mesyuarat agung tersebut.

Antaranya ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN DUN Gum Gum Rosly Aziz , Pengerusi PPK kawasan Sandakan Haji Hamdan Haji Hamid dan pengerusi JKKK Kg Dandulit Ali Munar Oto



MASYARAKAT PENGGUNA DI SARAN SAMBUT BAIK PENGGUNAAN GST.....GESA SAMSUDIN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- Rakyat seharusnya menyambut baik kepenggunaan GST yang akan berkuatkuasa pada 1hb April ini  yang bakal  dilancar diseluruh Negara.

Penggunaan GST 6 persen terhadap barangan tertentu  ia bagi mengganti SST (Sales Service Tax)  yang sedia diguna pakai di restoran-restoran berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya berkata demikian ketika merasmikan Program Kesedaran Penggunaan GST anjuran gabungan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Batu Sapi, KRT , JIWITA,MIC,PBS dan kumpulan Marhaban Sekong.

Samsudin berkata rakyat agar tidak salah mentafsir bahawa GST akan membebankan rakyat namum sebaliknya hanya barang-barang tertentu sahaja yang dikenakan cukai GST.

Program tersebut anjuran Gabugan itu telah menjemput Nasib Yusof daripada Kastam dan Omar daripada KPDNKK untuk memberi ceramah mengenai kaedah GST.

Dalam ucapan alu-aluan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Arsah mengucapkan kepada MIC, PBS KRT, MPWK JUWITA dan kumpulan Maehaban  atas kerjasama bagi  menjayakan program yang julung-julung diadakan.


“Saya berharap  orang ramai yang telah mengikuti ceramah-ceramah yang telah disampaikan oleh pihak Kastam dan KPDNKK mengenai kepengguaan GST agar dapat dimenfaatkan dapat difahami dengan mendalam” ujar Rahimah.

PENYERTAAN BINTANG KARAOKE TAJAAN RED ONE-JUALAN TIKET BERTUAH DAPAT SAMBUTAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kaunter yang dibuka di Harbour Mall dekat sini hari ini untuk menjual tiket bertuah dan pendaftaran untuk menyertai Pertandingan Bintang Karaoke Tajaan Red One yang bakal diadakan pada 18hb April ini  dapat sambutan yang amat menggalakan daripada penduduk setempat.

Kaunter yang dibuka pada awal jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang telah berjaya menambat hati orang ramai lebih 100 orang  mereka telah membeli tiket bertuah harga RM10.00 dan dapat percuma dua sim kad tajaan Red One.

Selain itu  itu mereka yang  menyertai pertandingan bintang Karaoke setakat ini seramai 40 orang telah mengisi borang penyertaan dengan sekaligus membayar yuran kemasukan pertandingan RM30.00

Pengerusi Kelab Penyokong BN Sandakan Puan Hajah Rauyah Baharul Asyik berkata tujuan menganjur pertandingan karaoke selain untuk mencungkil bakat terpendam disamping itu mencari dana untuk tabung kelab berkenaan.

Katanya lagi pertandingan nyanyian bintang karaoke tarikh tutup penyertaannya pada 10hb April dan untuk pemilihan peserta bagi melayakan diri untuk kepertandingan  peringkat akhir ialah pada 11hb April 2015.

“Hanya 12 orang saja yang bakal dipilih kepertandingan peringkat akhir yang bakal beremtap pada 18hb April nanti Dewan Masyarakat Sandakan bermula pada jam 8.00 malam.

Orang ramai yang berminat ingin menyertai pertandingan ini mereka masih boleh mendaftar diri dikaunter-kaunter di mana ianya dibuka sambil membeli tiket bertuah untuk mendapatkan pelbagai hadiah menarik dan limayan.



Friday 13 March 2015

BANTUAN KWAPM MENDORONG KEJAYAAN ANAK-ANAK DALAM PEMBELAJARAN....ZAKARIA

OLEH: AZMI AZMAN


GAMBAR….Menunjukkan Zakaria menyampaikan bantuan KWAPM  kepada para pelajar sambil diperhatikan pegawai-pegawai lain


SANDAKAN:  Para ibubapa dan penjaga diseru menjadikan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dari Kerajaan ini sebagai pendorong kepada kejayaan anak-anak mereka.

“Jangan meletakkan kemiskinan sebagai satu alasan tidak menghantar anak-anak bersekolah. Sebaliknya dapatkan nasihat atau bantuan dari pihak sekolah,”  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris memberi nasihat demikian ketika berucap  pada Majlis Penyampaian KWAPM Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pertanian di Batu 25 Jalan Labuk kelmarin.

Tabung  KWAPM merupakan satu lagi usaha Kerajaan Barisan Nasional melalui Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyalurkan bantuan khas bagi tujuan membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan menghantar anak-anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada akibat kemiskinan, tambah beliau.

“Justeru, peranan kita sebagai penerima iaitu anak-anak dan ibu bapa sebagai penjaga dan golongan pendidik yang menyampaikan amanah ini, harus memastikan hasrat Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia tercapai dan menepati kehendak untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang sama rata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang,” katanya lagi.

Bagi guru-guru pula, letaknya harapan kita semua untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik dan memastikan pendidikan negara kita dapatkan melahirkan modal insan yang berkualiti di masa hadapan, tambah beliau.

“Peranan guru-guru dan ibubapa adalah landasan komunikasi dua hala ini. Ibubapa juga perlu mengambil langkah positif dan berjaga-jaga tentang perilaku anaka-anak mereka kerana sudah pasti gejala-gejala yang tidak diingini dapat dibendung dari hasil pemantauan ini,” katanya lagi.

Dalam majlis yang diadakan di surau sekolah berkenaan,  Zakaria yang juga Pembanti Menteri  Kerajaan Tempatan dan Perumahan,  telah menyampaikan bantuan khas KWAPM kepada seramai 101 pelajar .

Beliau juga menyempurnakan majlis perasmian surau sekolah yang baharu itu.

Turut hadir pengetua sekolah, para guru-guru , ibubapa dan pelajar-pelajar yang menerima bantuan khas KWAPM, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Gum Gum dan pegawai-pagawai lain dari Unit PPM Gum Gum.

Tuesday 10 March 2015

SUMBANGAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH KAWASAN DUN GUM-GUM....ZAKARIA

GAMBAR….Kelihatan ….Zakaria menyampaikan pakaian seragam sekolah kepada pelajar dari sekolah bagi DUN Gum Gum kelmarin



OLEH: SHAIMON S JUMADI



GUM GUM-:  Kerajaan  Barisan Nasional Negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Ketua Bahagian UMNO Libaran telah mentransformasikan kawasan Libaran.

“Beberapa projek mega telahpun dilaksanakan di kawasan Libaran. Banyak pembangunan dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasiona Negeri yang dipimpin oleh Datuk Musa ,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah bagi DUN Gum Gum di Dewan Gum Gum kelmarin.

Datuk Musa sentiasa memikirkan bagaimana cara untuk terus membawa pembangunan kepada Sabah termasuklah pendidikan anak-anak, kata beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Salah satu projek mega yang berjaya dilaksanakan ialah Hab Pendidikan di Batu 12 dimana kini terdapat beberapa institusi pengajian tinggi telah diwujudkan di situ. Ini memberikan peluang anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran mereka tanpa perlu pergi ke tempat jauh sekaligus dapat meringan beban ibubapa yang ingin menghantar anak-anak mereka belajar ke menara gading,” tambah Zakaria.

Anak-anak adalah aset yang penting dan oleh itu ibubapa hendaklah terus memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka dan senantiasa memantau pergerakan mereka agar tidak terlibat dalam gejala yang tidak sihat, katanya lagi.

Zakaria turut memberitahu bahawa sebuah Klinik 1Malaysia akan diwujudkan di PPR Gum Gum demi kemudahan penduduk di Gum Gum serta kawasan-kawasan berdekatan. Dengan adanya Klinik 1Malaysia ini para penduduk boleh mendapatkan rawatan perubatan dengan bayaran yang murah dan tidak perlu pergi jauh sehingga ke Hospital Duchess of Kent.

Menyentuh majlis penyampaian pakaian seragam sekolah, Zakaria berkata sumbangan pakaian seragam dan alat-alat tulis dari KOSAN merupakan salah satu program yang diilhamkan Kerajaan Barisan Nasional dalam membantu pelajar-pelajar.

“Program ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para ibubapa untuk mendapat pakaian seragam dan sebagainya,” katanya lagi.

Program Bantuan Sosial ini merupakan bantuan dan amalan yang amat diharapkan masyarakat yang memerlukan. Seperti yang kita semua sedia maklum, Kerajaan Negeri telah mmperuntukkan sejumlah besar, semata-mata bagi menyampaikan Program Bantuan Sosial kepada murid-murid seluruh negeri yang difahamkan seramai 271,696 murid yang mendapat kemudahan ini, kata Zakaria.

Pelajar-pelajar dari 10 buah Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina di DUN Gum Gum  menerima sumbangan pakaian seragam sekolah dan alat-alat tulis dari KOSAN dalam majlis berkenaan.

Hadir bersama ialah Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) Datuk Arsad Idris, Pengurus Besar KOSAN Salmah Tiah, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Datuk Armani Mahiruddin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz serta wakil Pejabat Pelajaran Daerah dan para gurubesar sekolah-sekolah yang menerima sumbangan berkenaan.