Monday 18 May 2015

CURI TULANG SEMASA BEKERJA BANYAK TIMBUL RISIKONYA

KERJA BERLENGAH-LENGAH
TIDAK BERDISPLIN DAN MENIPU
marah anak sindir menantu~
NUKILAN NURLIYANA ABDULLAH
BEKERJA dengan manusia tidak berdisiplin atau yang melengah-lengahkan kerja harian memang susah dan budaya melengah-lengahkan kerja ini sudah menjadi budaya di rumah dan kemudian dibawa ke tempat kerja memang sesuatu yang dianggap BURUK PERANGAI dan sepatut atasan mengambil tindakan secara tegas agar tidak menjadi ikutan yang lain.
Budaya Jepun cukup tepat waktu dan datang kerja jam 8:00 pagi misalnya dan baliknya juga tepat makna jika berkerja sehari 8 jam maka kena akur waktu itu dan sesiapa yang lewat seminit atau suka balik awal/curi tulang kena tulis surat tunjuk sebab dan jika 3 kali berulang tanpa mahu perbaiki maka terbaik sila berhenti atau majikan kena bertindak pecat.
Ketua juga kena tunjuk disiplin sebab ketua itu merupakan contoh buat bawahan dan jika ketua juga suka mengakal, maka yang di bawah juga akan melakukan apa yang ketua lakukan dan jangan fikir sendiri sebagai ketua boleh melakukan sesuka hati apa dimahu.
Soal tidak datang kerja satu hal dan paling buruk ialah ada yang tidak mengikut peraturan seperti bercuti tanpa mengisi borang dan tanpa kelulusan dan ini satu perbuatan yang salah.
Harusnya isi borang dan pastikan ketua sain dan baru bercuti.
Yang bercuti duluan tanpa kelulusan itu boleh diambil tindakan tatatertib dan kena keluarkan surat tunjuk sebab kepada yang berkenaan.
Kekadang tidak mengisi borang ini biasanya niat agar tiada siapa ingat dan semula cuti dikumpul seolah tidak mengambil cuti dan ini biasa dilakukan oleh yang suka mengakal alias menipu dan paling buruk ada yang pura2 sakit padahal sebenarnya tidak sakit.
Kita jangan lupa bahawa kita ini digaji sekian banyak dengan kerja sejumlah 8 jam sehari dan gaji itu adalah halal tetapi jika berkerja waktu tak cukup dengan alasan menghantar ambil anak atau masalah bas dan sebagainya maka itu bukan jawaban yang boleh diterima terutama sekali jika berulang-ulang  melakukan hal sama.
Saya memerhatikan di sana sini masalah disiplin ini cukup buruk baik di pejabat kerajaan atau swasta termasuk syarikat dan kalau ini terus dibiar tanpa tindakan agressif, maka agensi, pejabat atau syarikat itu bakal rugi kesan menggaji manusia yang tidak berguna kesan tidak berdisiplin.
Top of Form
Bottom of Form


No comments:

Post a Comment