Friday 15 May 2015

ADUN GUM-GUM BERI SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN MEDIA SANDAKAN (PEMASSA)

OLEH: AZMI AZMAN
SHAIMON S JUMADI

GAMBAR KELIHATAN:- Zakaria (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Saziri sambil diperhatikan oleh (dari kiri) James, Yusop dan Sante semasa kunjungan kehormat rombongan PEMASSA

GUM-GUM:-  Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) telah menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris untuk penganjuran aktiviti tahunan persatuan.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Zakaria kepada PEMASSA ketika kunjungan kehormat rombongan PEMASSA yang diketuai Timbalan Pengerusi dan Kapitan Cina James Leong kepada beliau di sini kelmarin.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PEMASSA Saziri Ibin telah mewakili persatuan untuk menerima sumbangan berkenaan dari Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah.

James mengucapkan terima kasih kepada Zakaria yang telah meluangkan masa beliau untuk bertemu dengan rombongan PEMASSA dan juga menyampaikan sumbangan berkenaan kepada peratuan.

Turut hadir ialah Ketua Biro Khas PEMASSA Yusop Teppo dan Ketua Perhubungan Media DUN Gum Gum Sante Villiamon.






No comments:

Post a Comment