Saturday, 2 May 2015

JKDB FLAT KARAMUNTING HARUS PROATIF MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN PERUMAHAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING:-  Dalam menjaga kebersihan alam sekitar tidak terletak bulat-bulat ditangan pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) semata-mata walaupun pada dasarnya ia dibawah selia MPS untuk mengutip segala sampah sarap yang berselerak di bawah-bawah bangunan dan ditempat-tempat lainnya.

Dalam pada masa yang sama juga pihak Jawatankusa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) juga perlu memainkan proatik dan iniatif dalam berperanan  bertanggungjawab bagi membantu untuk membersihkan alam sekitar di tempat masing-masing.

JKDB Flat Karamunting boleh menganjurkan gotong royong adakan mesyuarat panggil dan jemput semua penghuni di Flat berkenaan bawa mereka untuk sama-sama menyertai gotong royong dengan sekaligus Pengerusi JKDP boleh menulis surat kepada MPS untuk meminta bantuan peralatan dan pengangkutan untuk mengankut sampah-sampah tersebut.

Selain pihak JKDB jangan lupa jemput Ahli Parlimen Kawasan Batu Sapi Datuk Linda  Tsen Thau Lin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya antara satu mereka suruh merasmikan program Gotong Royong itu dan sekaligus bawa  mereka berdua untuk mengetuai program  berkenaan.

Sebagai JKDB yang dilantik oleh pihak kerajaan ia ,merupakan mata telinga kerajaan kalaulah  JKDB  asyik  membisu seribu  bahasa ada apa-apa hal yang berlaku di kawasannya tidak memperdulikan hanya mengharapkan MPS untuk membersihkan sesuatu kawasan sampai bila-bilapun tidak akan berakhir.

JKDB harus pandai memainkan peranan penting kearah merealisasikan bukan sekadar untuk menjaga penduduk tetapi juga secara langsung perlu mengambil kira dalam aspek beberapa sudut untuk membangunan sesuatu kawasan yang didiami itu  agar lebih indah dipandang mata.

Apa yang saya coretkan  ini hanya sekadar memberi pandangan yang telus dan ikhlas untuk di kongsikan bersama  demi kebaikan agar kita sebagai seseorang  pemimpin kerdil yang diberikan tanggungjawab tidak lalai dalam menjalankan  satu-satu tugas yang telah diamanahkan kepada kita oleh pihak-pihak bersangkutan.





No comments:

Post a Comment