Friday, 15 May 2015

WONG DAKWA LAWATAN PERDANA MENTERI KE SABAH TIDAK MEMBAWA SEBARANG MAKNA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Naijb Tun Abdul Razak  ke Sabah baru-baru ini disifatkan sebagai berkempen untuk dirinya sendiri bagi mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli komponen BN untuk mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri yang terlalu banyak dilanda masalah dalaman.

Jelas menunjukkan beliau gagal memaklumkan sebarang pembangunan untuk Sabah dan ini lawatannya tidak membawa sebarang makna  bagi orang-orang Sabah dan juga ramai pemimpin BN mengam-ampu pada ketika itu” Dakwa Ahli Parlimen Kawaswan  Sandakan (DAP) ketika diminta mengulas berhubung lawatan tersebut.

Wong yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah selanjutnya memberi komen bahawa, Perdana Menteri datang ke Kota Belud dan Tawau untuk berkempen, kerana beliau menghadapi masalah besar tentang 1MDB di Semenanjung Malaysia.

Beliau juga mengkritik kelakuan beberapa pemimpin BN yang mengangkat-angkat Perdana Menteri amat menjijikkan, antaranya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan Abdul Rahman Dahlan yang berkata "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang paling baik dalam sejarah", dan beliau kuat mengampu-ampu Perdana Menteri.

Wong menegaskan bahawa, menteri dan pemimpin BN Sabah patut memahami keadaan Sabah, mereka bukan sahaja tiada menyuarakan masalah dan memperjuangkan demi rakyat semasa Perdana Menteri melawat ke Sabah, malah hanya berupaya untuk mengampu-ampu, ini amat mengecewakan rakyat Sabah.

Pada pandangan beliau, Perdana Menteri sepatutnya mengumumkan rancangan-rancangan pembangunan untuk meningkatkan negeri Sabah ketika melawat ke Sabah, bukanlah bersusah payah mendapatkan berpuluh-puluh ribu orang dan membazirkan wang untuk berkempen.

Beliau berkata, pelbagai masalah di Sabah tidak dapat diperbaiki sejak 6 tahun Perdana Menteri memerintah, apatah lagi menyelesaikan masalah. Masalah pendatang tanpa izin, laporan RCI, Dasar Kabotaj yang dilaksanakan melebihi 30 tahun, infrastruktur dan lain-lain, terutamanya isu pendatang tanpa izin, tindakan yang dapat dilihat ialah operasi serbuan yang tidak dapat mengatasi masalah secara menyeluruh.

Wong berpendapat bahawa,  menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin BN negeri dan persekutuan sepatutnya menyalurkan masalah kepada Perdana Menteri semasa kedatangan beliau, rakyat memilih mereka bukan untuk mengangkat-angkat Perdana Menteri.

Wong sebagai Pengerusi Impian Sabah DAP, pernah melawat ke kawasan pedalaman luar bandar dan mendapati keadaan kemiskinan di situ adalah amat menggemparkan, ini adalah masalah yang tidak dapat diselesaikan atau diperbaiki sejak penubuhan Malaysia selama 52 tahun.

Semasa Malaysia ditubuhkan, dijanjikan bahawa akan mendapat pembangunan dan kemajuan serentak dengan Semenanjung, tetapi hari ini, terdapat banyak kawasan pedalaman di Sabah, keadaannya tidak dapat dibayangkan.

SABAH sudah mencapai kemerdekaan menerusi gagasan Malaya 52 tahun namum rakyat Matunggung masih minum air bercampur lumpur

Beliau juga berkata, setelah 52 tahun Malaysia ditubuhkan, bukan sahaja menjadi salah sebuah negeri yang paling miskin, malah ketinggalan 30 tahun berbanding dengan Semenanjung, terutamanya kawasan pedalaman dan luar bandar, dimana kemudahan yang paling asas tidak diberi perhatian dan dipertingkatkan contohnya di kawasan pedalaman seperti Matunggung dan Kudat di beberapa buah kampung tidak mempunyai bekalan air bersih sehingga penduduk menggali air semata-mata mencari air yang bercampur lumpur sebagai sumbar air minum dan sebaginya.

Wong berkata, semasa lawatan Perdana Menteri, seorang pemimpin PBS Matunggong, memuatnaikkan isu tentang penduduk tidak mempunyai wang untuk memohon bekalan air, lalu terpaksa menggali telaga dan mengguna air tanah kuning, ini amat menyindirkan.


Selain itu, tidak lama dahulu, penduduk tempatan juga menggunakan kereta lembu, mengheret pesakit untuk mendapatkan rawatan perubatan, kes-kes seperti ini, adakah Perdana Menteri dan pemimpin BN Sabah juga tidak tahu? Perdana Menteri berjumpa dengan rakyat di Kota Belud, tidak jauh dari Kota Marudu  yang paling menyindirkan ialah, Timbalan Presiden PBS Datuk Maximus adalah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Beliau percaya, masalah ini hanya sebahagian kecil daripada bilangan itu, ramai rakyat di kawasan pedalaman Sabah yang masih menghadapi banyak kesukaran, kerajaan negeri dan persekutuan BN  tidak membantu.

Beliau berkata, Rancangan Malaysia ke-11 akan dibentangkan pada 21 Mei, kini masih tidak tahu tentang rangka pembentangan.

Menurut Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan BN telah berjanji untuk membekalkan kawasan luar bandar di Sabah 99% tenaga elektrik dan 98% bekalan air bersih, serta 2540 km jalan raya asfalt, Rancangan Malaysia Ke-10 akan tamat selepas enam bulan, dapatkah kerajaan BN menepati janji? Ini amat menyangsikan.

Wong menyatakan bahawa, Perdana Menteri berasa berhutang kepada Sabah, tetapi Sabah masih dianggap sebagai “negeri deposit”, diharapkan Perdana Menteri bukan sekadar bercakap sahaja dan membuli rakyat Sabah.

Beliau juga menasihati para pemimpin BN Sabah, jangan hanya mengampu-ampu dan mengabaikan nasib rakyat, jika tidak akan dihukum rakyat.

No comments:

Post a Comment