Wednesday 30 April 2014

PERKASA SEDIA LANCAR PERANG SALIB DENGAN PENGANUT KRISTIAN DI NEGARA INI.....IBRAHIM ALI



·       



 

·         By Admin
·         Wednesday April 30. 2014

    OLEH: AIDILA RAZAK
·          
·          
  KUALA LUMPUR:- Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini. 
·                
“  Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan d“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya  disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di  Kampung Kerdas dan  Kampung Changkat, Gombak malam tadi,
 
I  brahim menuduh orang Kristian "mencabar posisi, kedaulatan orang Melayu Islam”.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia

“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti
 
Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

 
Mantan Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.

Tetapi Ibrahim silap kerana golongan Bumiputera merupakan kumpulan terbesar penganut Kristian dalam masyarakat Malaysia.
[
Menurut sumber itu lagi Ibrahim Ali pernah mencabar negara China dan Amerika kalau mahu berperang bila-bila saja Malaysia tidak gentar kerana  Malaysia boleh menghancurkan negara China dan Amerika dengan sekelip mata sahaja.
    
   Baru-baru ini PERKASA juga mencabar  negara China supaya jangan membeli minyak sawit dari negara ini kalau China hendak menyekat ekonominya dengan Malaysia dipersilakan Malaysia tidak gentar.
  
  Disebabkan Ibrahim Ali kebal dengan undang-undang walaupun perbuatannya boleh menghancurkan Malaysia tiada siapa yang berani menangkap Ibrahim Ali Polis sendiripun takut nak tangkap Ibrahim Ali.

  Kata sumber  itu lagi mudah-mudahan atas permintaan Ibrahim Ali untuk berperang dengan China dan Amerika akan menjadi satu doa dan dimakbulkan oleh Allah dan akan menjadi kenyataan inikan yang dihajatkan oleh ahli-ahli PERKASA khususnya Ibrahim Ali selama ini kerana terlalu bencikian Agama Kristian bencikan bangsa Cina dan India.
  
   Kita cadangkan agar ahli-ahli PERKASA yang diketuai oleh Presidennya Ibrahim Ali mengadakan solat hajad untuk negara Malaysia  supaya ditimpa bala dan berperang dengan negera China dan Amerika...Amin.
·          



HAMZA (PAS) BIDAS AHLI-AHLI MAJLIS MPS KAUM LANANG TINDAS KAUM BUMIPUTERA INIKAH 1MALAYSIA?



Written by Admin
Wednesday April 30.2014

OLEH: SAIMON S JUMADI

FOTO: SAFFIE S JUMADI







SANDAKAN:- Yang Dipetua PAS Kawasan Batu Sapi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak  Pasar Malam Sandakan Haji Hamza Hj Abdullah berkata ketiadaan bekalan air besih dan tandas awam di kawasan pasar malam itu bukan satu alasan kukuh untuk meerobohkan pasar berkenaan.



Sepatutnya pihak kerajaan harus pandang kedepan untuk memajukan kaum bumiputera dalam meningkatkan dan menjana sosio ekonomi mereka bukan mahu menghancur atau meranapkan perniagaan mereka yang sudah lebih 30 tahun lamanya berniaga di pasar tersebut.



“Saya  amat sedih kaum bumiputera di Sandakan ini sering menjadi mengsa keadaan oleh kerajaan khususnya pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ada saja yang tidak kena bila melihat kaum bumiputera baru mahu maju melangkah setapak sudah pihak MPS buat hal kerana  terlalu taksub mengikut arahan cadangan para ahli majlis yang bukan bumiputera yang memang anti dengan kemajuan orang Melayu khususnya kaum bumiputera” tegas Hamza.



“Coba kalau Pasar Malam itu ramai peniaganya kaum Lanang (Sengkeh) sudah tentu ahli-ahli Majlis MPS yang bukan Bumiputera tidak sakit hati, ini terbukti di Pasar Malam Bandar Kim Fung 80 peratus penjajanya adalah kaum Lanang  hanya nisbah 20  peratus  kaum bumiputera mana ada pihak MPS hendak kacau malah diberikan pelbagai fasiliti.



“Kita lihat saja pasar malam yang disebut Down Town yang diletakan di Coastal High Way tidak lama lagi ditutup bila sudah ramai kaum bumiputera yang berniaga di sana nanti dan ahli-ahli majlis MPS yang terdiri dari kaum Lanang berjumpa dengan Presiden MPS suruh tutup inilah dasar kaunselor MPS Lanang mempunyai hati busuk tidak boleh   melihat bangsa lain maju” tegasnya.



Hj Hamza berkata demikian kepada Wartawan Free Sandakan Today sejurus selepas mengadakan lawatan untuk menemui para penjaja di Pasar Malam bersama Ahli  Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong.



“Sungguh malang sekali nasib  orang-orang bumiputera di Sandakan ini yang kita kesal ada ahli majlis MPS kaum bumiputera tetapi seperti Kerbau kena cucuk hidungnya walaupun mereka nampak kaumnya sendiri ditindas oleh kaum lanang memijak-mijak kepala kaum bumiputera main biar saja inilah dasar Kerajaan  Barisan Nasional (BN) timbul birokrasi kalau bangsa mereka yang boleh dikota katikan mereka  pijak tetepi kalau bangsa mereka berani mereka takut” ujarnya.



“Kita dalam negara Malaysia yang berbilang kaum harus bekerjasama antara satu sama lain ini kah yang di katakan 1Malaysia yang sering dilaung-laungkan oleh para pemimpin BN hipokrit ...tanya sama kaunselor MPS yang bukan bumiputera khususnya kaum Lanang apa jawab mereka.



“Contoh terbaik kerajaan Pulau Pinang walaupun ditadbir oleh bukan bangsa Melayu khususnya DAP tiada orang-orang Melayu mengeluh atau merintih hak mereka dijaga sama rata begitu juga kerajaan Kelantan, dan Selangor berbanding di Sandakan ketara  sekali kaunselor  MPS Lanang anti betul dengan orang bumiputera: tambahnya lagi.
 
Sementara Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Pasar Malam Mohd Tahir Moming (gambar)  menjelaskan 100 peratus para peniaga di pasar berkanaan mereka memiliki mykad dan juga adalah pengundi tegar BN tetapi amat mengecewakan sekali  mereka dalam keadaan gentir dan akan menjadi mangsa roboh gerai-gerai mereka tidak kelihatanpun satu pemimpin BN yang datang menjengok para penjaja di pasar itu.

"Apa lagi kalau mahu membantu tetapi kalau menyuru merobohkan itu mainan mereka nombor satu kalau membantu masalah penjaja di sini  mereka berkata "I have no time to look  after all  hawkers at Pasar Malam for what? that is not our problem you understand" inilah ungkapan yang sering dilafaskan  oleh para pemimpin BN bila pengundinya berdepan dengan pelbagai masalah  mampus kah mati kah itu apa  mereka kata itu bukan urusan kami  dan kami tidak perlu undi kamu pada PRU ke 14 nanti  kami BN cukup kuat  " jelas Tahir.



AHLI PARLIMEN SANDAKAN BANTU SELESAIKAN MASALAH PENJAJA PASAR MALAM




Written by Admin
Wednesday April 30.2014
  
OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


 BEKALAN AIR...Wong akan menemui Jurutera Jabatan Air untuk membincangkan pemasangan paip air di pasar berkenaan



SANDAKAN:- Jika dilihat dari beberapa sudut sekeliling keadaan kawasan Pasar Malam di hadapan Pejabat Pos Besar boleh dikatakan dari segi tahap kebersihan agak terjamin kerana para penjaja terbabit telah mematuhi segala arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Sandakan.

Cuma beberapa alasan pihak berkuasa tempatan (PBT) mereka tidak dibenarkan menjual makanan  yang dimasak di pasar berkenaan kerana tidak mempunyai bekalan air bersih dakwah pihak MPS dan  para  penjaja menggunakan air dari bukit sebagai sumber utama  bekalan air untuk kegunaan memasak makanan yang dijual di pasar tersebut,  sedangkan mereka telah menyambung bekalan air menggunakan hos dari bangunan Yeng Ho Hong bersebalahan dengan kedudukan pasar itu.

Alasan kedua pasar tersebut tidak mempunyai tandas awam dan singki tempat mencuci pinggan dan mereka hanya dibenarkan menjual makanan menggunakan  sistem take away sahaja.

Petang  kelmarin kira-kira jam 5.00 Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  bersama  pegawai Khasnya Amsi Liew dan Pegawai Khas II Dayang Z Datu Tahil dan rombongan dari PAS Batu Sapi yang diketuai Haji Hamza Hj Abdullah telah melawat dan menemui para penjaja disitu untuk menjelaskan beberapa perkara penting yang terdapat di pasar berkenaan.
  
“Menegenai bekalan air bersih saya akan berjumpa  Jurutera Jabatan Air untuk meminta pertimbangan bagi pemasangan paip bermeter di kawasan pasar dan bercadang untuk mendirikan beberapa tangki air diletakan berhampiran kawasan tersebut” kata  Wong kepada Wartawan Kanan Free Sandakan Today semasa ditemubual sejurus selepas lawatannya ke pasar yang dimaksudkan.

“Mengenai kedudukan  tandas yang terdapat di Taman Tun Razak yang berkunci itu setip hari,  saya akan menemui pihak MPS untuk meminta kelonggaran agar tandas berkenaan boleh digunakan bukan saja kepada para penjaja tersebut banhkan juga para pengunjungnya” ujarnya.
  
Dalam pada itu para penjaja juga  setuju untuk berkongsi membayar bil  air sekiranya pihak kerajaan membekalkan air bersih ke kawasan pasar berkenaan.

Mengenai pembelian tangki mereka juga setuju untuk berkongsi mengeluarkan dana bagi pembelian beberapa tangki untuk menyimpan air.