Saturday, 12 April 2014

SERAMAI 32 PENJAJA TEMPATAN BAKAL KEHILANGAN MATA PENCARIAN GARA-GARA TINDAKAN KEJAM MPS HENDAK MENUTUP PASAR MALAM

Written by Admin
Saturday April 12.2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Lebih 32 orang  penjaja yang terdiri daripada orang-orang tempatan yang berniaga di Pasar Malam berhampiran Pejabat Pos Besar Sandakan  yang berjaja lebih 34 tahun bakal hilang punca pendapatan dan bakal merempat.

Bukan itu saja mereka yang banyak berhutang dengan   Tekun, MARA, dan Amanah Ikhtiar Malaysia  bakal menanggung hutang seumur hidup dan mungkin dihadapkan kemahkamah jika mereka gagal melunaskan hutang-hutang mereka hingga langsai akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan  akan membongkar pasar malam pada masa terdekat ini.

Kenapa orang-orang Melayu dan bumiputera sejak dari dulu tidak ada noktahnya terus ditindas ditekan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang tidak pandai sedikitpun rasa simpati atau belas kesihan kepada sesama bangsanya sendiri.

Kita hairan UMNO kononnya melindungi hak-hak asasi orang-orang Bumiputera tetapi Pasar Malam yang sudah berusia hampir 40 tahun di mana tempat masyarakat bumiputera mencari rezeki untuk menyara kehidupan dan sumber punca pendapatan tergamak pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan merobohkan pasar malam tersebut.

Dalam konteks ini saya telah menerima surat rasmi daripada pihak MPS rujuk: 600-02/029/0030/003/5 bertarikh 28 Mac 2014 Notis Arahan: 1 KEBENARAN MENJALANKAN AKTIVITI  BERJUALAN SEMULA II MEMINDAHKAN PERALATAN KERUSI DAN MEJA PASAR MALAM SEMENTARA BANDAR SANDAKAN.


Demikian  penjelasan  Yang Dipetua PAS Kawasan Batu Sapi  Hj Hamza Hj Abdullah semasa di wawancara oleh wartawan Free Sandakan Today.com petang tadi semasa beliau menemui para penjaja di pasar malam tersebut.

Hj Hamzah minta jasa baik kepada pihak MPS agar mengekalkan pengendalian gerai tersebut seperti 30 tahun yang lalu demi kesejahteraan kehidupan orang-orang Bumiputera di daerah ini.
 
“Kedua  surat yang saya terima daripada MPS rujuk: 600-02/029/0030/003/9 bertarikh 9 April 2014 Bertajuk:  MEMINDAHKAN  PERALATAN KERUSI DAN MEJA  PASAR MALAM BANDAR SANDAKAN saya berpendapat andai kata dan sekiranya  mereka enggan memindahkan meja dan kerusi di pasar tersebut dan berlaku rampasan secara kejam atau kasar sudah pastinya akan timbul pergaduan besar antara penjaja-penjaja dengan pihak Unit Penguatkuasa MPS mungkin akan membabitkan nyawa melayang sebab mereka sudah nekad  dan tidak tahan terus-menerus ditindas sedangkan mereka hanya berjaja untuk mencari makan yang halal buklan mencuri atau merompak.

Kita tahu pihak MPS bila-bila  saja boleh membunuh seramai banyak mana  penjaja yang mungkin buat rusuhan  lagipun kalau pihak  orang-orang MPS membunuh ramai penjaja sehingga melibatkan ramai nyawa terkorban mereka tidak akan diambil tindakan mereka tetap kan dibebaskan ini adalah dasar undang-undang kerajaan Barisan Nasional (BN) suka-suka membunuh orang siapa yang mereka mahu bunuh siapa berani tangkap  sebab mereka kebal dengan undang-undang yang dilindungi.

Betul kata orang sekejam-kejamnya orang-orang  Yahudi dan Isreal mereka tidak sanggup membunuh kaum bangsa dan seagamanya tetapi kerajaan BN mereka jelas dan terang walaupun mereka hendak membunuh tidak menggunakan senjata tetapi dengan cara lain iaitu  menghalau menyekat rakyatnya untuk berniaga samalah juga ertinya  mereka membunuh secara deplomasi inilah negara sekarang terus dilanda pelbagai bala dan bencana yang mengerikan tidak putus-putus negara  dilanda malapetaka kerana sumpahan Allah kepada para pemimpin BN yang terlalu kejam terlalu menindas bangsa dan segamanya contoh di Lahad Datu diceroboh, Pesawat MH 370 hilang lepas itu lagi kes penculikan di Semporna entah habis ini apa lagi bala dan melapetakan kemungkinan tsunami akan melanda bandar Sandakan

Kali ini ramai pegawai dan kakitangan MPS yang telah dilahanati Allah mereka juga akan menerima pelbagai bala dan bencana  yang mengerikan yang bakal menimpa anak-anak dan keluarga mereka ini sumpahan rakyat Sandakan kepada 60 peratus pegawai dan kakitangannya yang jahil.

Katanya lagi sepetutnya pihak MPS  ramai  kaunselor  pandai merancang sesuatu untuk menaik taraf pasar malam tersebut sebab salah satunya tempat tarikan pelancong luar berkunjung sudah Sandakan Bandar mati tetapi semua kounselor hanya pandai cari projek 50 peratus terlibat rasuah makan duit haram kasih makan dengan anak-anak bini itu saja yang mereka tahu tetapi kalau soal merancang untuk memajukan rakyatnya sedangkan yang mereka tindas itu adalah penyokong tegar  UMNO/BN tetapi jadi mangsa keadaan inilah  mereka kaunselor paling bodoh.

“Saya masih ingat lagi semasa kerajaan USNO, BERJAYA dan PBS 90 peratus orang yang dilantik sebagai Ahli Majlis MPS terdiri daripada Peguam, Doktor, Jurutera, Akitik, Konsultan dan Akauntan tetapi setelah BN ambil alih  sejak dari tahun 1994 sehingga sekarang para Ahli Majlis MPS yang dilantik orang yang bergelar sontoloyopun dan penjual sayur di pasar asalkan  mereka penyokong kuat BN/UMNO sama ada mereka itu bekas samseng, Ah Long pengedar dadah sekalipun  layak jadi kaunselor 80 peratus kerana muka-muka baruah  projek” ujarnya.


Hj Hamza yang dimaklumkan mereka juga telah dikenakan bayaran sebulan RM90.00 bagi mereka yang menjual makanan dan minuman sementara bagi menjual makan yang disebut Take Away dikenakan bayaran RM60.00 dan dari segi tahap kebersihan di kawasan persekitaran pasar tersebut pihak Jabatan Kesihatan sangat  memuaskan kerana seluruh penjaja sama-sama bertanggungjawab bagi menjaga kebersihan

Kunjungan Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong bersama Pegawai Khasnya Dayang Z Datu Tahil dan Yang Dipetua PAS kawasan Batu Sapi Hj Hamza Hj Abdulah menemui para penjaja yang malang itu merupakan satu rahmat kepada mereka walaupun mereka di pihak pembangkang  namum punya perasaan dan perikemanusian membantu mereka yang bakal menderita gara-gara perbuatan pihak kerajaan BN.

Selama ini mereka bakal ditimpa malapetaka tiada seorangpun para pemimpin BN/UMNO yang mahu menguruskan hal-hal mereka malahan para kaunselornya bersekongkol untuk memusnahkan para peniaga bumiputera paling ketara betul kaunselor  dari kaum Cina BN anti kepada orang-orang Melayu dan Islam tetapi para kaunselor Melayu walaupun bangsanya di tindas mereka main diam seperti katak bawah tempurung dan dayus.

No comments:

Post a Comment