Thursday 14 November 2013

MENTERI BESAR SELANGOR KHALID NAFI MUNGKIR JANDI DENGAN BBC

By Admin ..Khamis November 13, 2013
Perjumpaan kita berterusan, cuma perkara ini tak dilaporkan kerana ia hanya perjumpaan rutin seperti mesyuarat Exco, kata beliau.
 




















SHAH ALAM:- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pihaknya mungkir janji untuk mengadakan siri pertemuan dengan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) bagi membincangkan mengenai memorandum yang dikemukakan sebelum ini.
Ini berikutan dakwaan Khalid gagal memanggil mesyuarat lanjutan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan pada 5 November lalu sebelum Belanjawan negeri 2014 dibentangkan.
“Perjumpaan kita berterusan, cuma perkara ini tak dilaporkan kerana ia hanya perjumpaan rutin seperti mesyuarat Exco,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini hari ini.
Menganggap dakwaan itu sebagai ‘cerita yang janggal’, beliau berkata pihaknya tidak akan menyembunyikan apa-apa maklumat kerana percaya pada prinsip Kebebasan Bermaklumat (FOI).
“Tak perlu nak tunggu setiap kali perjumpaan tetapi terus bagitau apa resolusi yang dapat kita capai,” katanya.
Khalid sebelum ini dikatakan berjanji kepada Adun untuk memanggil satu mesyuarat lanjutan pada 5 November sebelum Belanjawan Selangor 2014 dimuktamad dan ditaklimatkan kepada semua Adun pada 7 November lalu.
Namun hasil taklimat Belanjawan itu juga menunjukkan tidak ada satu pun perubahan atau isu yang dibangkitkan dalam memorandum sebelum ini sehingga menimbulkan kemarahan wakil rakyat.
Kenyataan ‘layang’ yang didakwa dibuat secara bersama PKR-DAP-PAS itu dalam respon bagaimanapun dinafikan oleh BBC termasuk Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan Adun Kampung Tunku Lau Weng San.
Media setakat ini melaporkan perjumpaan antara pentadbir dengan BBC hanya berlangsung dua kali sahaja, iaitu pada 18 Oktober dan 29 Oktober lalu.
Pertemuan selama empat jam di Bangunan Annex, Pejabat SUK Selangor berjalan lancar dan Adun telah menyatakan kebimbangan mereka berhubung tindakan kerajaan negeri yang lemah apabila melibatkan isu pembangunan kebajikan rakyat selain kerenah birokrasi yang dihadapi mereka.
Turut dibangkitkan mengenai negeri untuk memotong RM 100 juta dana pembangunan untuk rakyat yang dilihat perbelanjaan mengurus begitu besar berbanding belanja pembangunan untuk rakyat.
Mengulas mengenainya, Adun Pelabuhan Klang itu menjamin Bajet 2014 yang dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri pada 19 November nanti lebih mantap dari belanjawan tahun sebelumnya dan akan memberi fokus kepada perbelanjaan pembangunan.
“Bajet 2014 antara bajet yang lebih mantap dan menyeluruh kerana kita sudah belajar daripada pengalaman lima tahun lalu.
“Tetapi kita tak boleh dedahkan sekarang kerana ia sudah embargo…tunggu saja 19 November nanti,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan penyusunan konsesi air, setakat ini pihaknya sudah mengadakan pertemuan diperingkat akhir dengan kumpulan teknikal dan menjamin perbincangan itu akan selesai mengikut jadual iaitu sebelum akhir 31 Disember tahun ini.

No comments:

Post a Comment