Tuesday, 26 November 2013

BENAR KAH SYAZWAN BERCINTA DENGAN TASHA SHILA?





Written by Admin
Selasa November 25.2013  (Gosip Artis)
 
Dari Meja Wartawan Hiburan
SALMAH WAN DZULKIFLIE

KUALA LUMPUR:- Dalam perjalanan dan menjelaja agak jauh sedilit  Wartawan Free Sandakan Today pula dapat info terkini yang boleh dikongsikan bersama untuk membuat tafsiran yang berkait rapat tentang sepasang kekasih seperti merpati dua sejoli.
Pelakon Syazwan Zulkifly mengakui mempunyai hubungan rapat dengan aktres jelita Tasha Shila, 26, dan sudah lama mengenali wanita tersebut. Syazwan, 26, berkata, dia mengenali Tasha sejak di zaman persekolahan lagi melalui seorang rakan.
"Ya... kami memang rapat dan kami selalu keluar bersama namun ditemani dengan rakan-rakan lain juga, hanya kadang-kala saya ada mengambilnya di rumah. "Sebenarnya dari zaman sekolah lagi saya sudah kenal Tasha, cuma ketika itu tidak begitu rapat kerana dia adalah kawan kepada kawan yang lain,"  
Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin daripada sumber terdekat tentang hubungan mesra yang terjalin antara kedua-dua pelakon ini.
Tambah Syazwan, selepas zaman persekolahan masing-masing sibuk dengan kerja sehingga bertemu semula ketika terlibat dalam sebuah drama yang sama iaitu Gemilangpada dua tahun lalu.
"Saya tidak sangka dia pun terlibat dalam drama Gemilang ketika itu, sejak itu juga kami berhubung semula. "Baru-baru ini juga sepatutnya saya dan Tasha bergandingan untuk sebuah telemovie berjudul Terukir Di Bintang namun terdapat kesilapan teknikal yang menyebabkan saya terpaksa menarik diri pada saat akhir," katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, hubungan tersebut sekadar teman rapat dan tidak lebih daripada itu.
Dalam perkembangan yang sama Tasha Shila  pula menafikan kononnya  di Tangkap Khalwat Dengan Mahali Jasuli | Pada minggu lalu, peminat bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita tentang dua pemain bola sepak yang telah ditangkap khalwat disebuah  hotel di Kuantan Pahang

Menariknya, ada pula segelintir pihak yang telah mengaitkan bahawa salah seorang pemain tersebut merupakan Mahali  yang telah ditangkap betsama Tasha

"Sudah tentu saya berasa sangat terkejut apabila ada rakan-rakan yang bertanya mengenainya tetapi ia tidak benar kerana yang ditangkap adalah pemain pasukan Pahang, sedangkan Mahali pula  bermain untuk Selangor.

"Jadi, saya meminta supaya mereka yang telah mengaitkan kami supaya selidik terlebih dahulu dan tidak elok sekiranya membuat tuduhan melulu dan mereka-reka cerita yang tidak benar," tegasnya.

Menyatakan dirinya tidak mahu ambil pusing tentang dakwaan yang dibuat, namun Tasha mengakui perkara yang timbul itu sesuatu yang memalukan dirinya apabila namanya tiba-tiba dikaitkan.

"Saya tidak tertekan sangat tentang perkara ini kerana sudah nyata saya memang tidak bersalah. Yang lebih penting, ahli keluarga tahu yang saya di pihak yang benar," tegasnya.

Kadang- kadang  timbul cerita sebegini rupa ada unsur-unsur hasad dengki iri hati atas kejayaan orang lain ini ah satu perangai yang tidak baik pantang melihat kesenangan orang lain.

 NAFI....Tasha nafi dia  di tangkap khalwat

No comments:

Post a Comment