Tuesday 10 December 2013

SABAH PALING TERRAMAI AHLI UMNO 518,773 BERBANDING LAIN-LAIN NEGERI DALAM MALAYSIA....KARMI



Written by Admin
Selasa Disember 10,2013

OLEH SHAIMON S JUMADI
 
LIBARAN:- Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Libaran, Karmi Ariffin (gambar) berkata pengumuman pucuk kepimpinan parti yang Sabah masih kekal sebagai negeri paling ramai dengan keahlian sebanyak 518,773 orang membuktikan bahawa kepercayaan rakyat terhadap parti keramat tersebut.

Bercakap kepada Wartawan Free Sandakan Today di sini, kelmarin dia yakin keahlian Umno di negeri ini akan terus bertambah berikutan pendekatan parti diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak benar-benar memenuhi kehendak dan aspirasi ahli khususnya di peringkat akar umbi.

"Ini menunjukkan yang parti sudah mulai diterima ramai apatah lagi usaha mewujudkan transformasi yang membawa banyak kebaikan kepada parti itu sendiri. Saya yakin dan percaya transformasi yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Mohd Najib membolehkan Umno merentasi zaman dan masa sekali gus mendepani cabaran untuk menjadi sebuah parti yang kukuh dan terus diterima," katanya.

Karmi turut gembira kerana Kampung Tinusa di kawasan Libaran ini merupakan cawangan paling ramai ahlinya iaitu 1,855 orang yang jelas menunjukkan kepercayaan rakyat terhadap parti pembela bangsa, agama dan negara itu.
Katanya, kesungguhan pemimpin Umno ternyata tidak sia-sia apabila parti terus bertakhta di hati rakyat sekali pun pihak-pihak tertentu cuba merosakkan kekuatan parti demi kepentingan mereka.

"Namun, semua itu tidak berhasil malahan rakyat terus memberikan kepercayaan dan buktinya Cawangan Umno Kampung Tinusa diumumkan sebagai cawangan paling ramai anggotanya.

"Saya yang mewakili Puteri Umno Libaran sesungguhnya teruja dan berbangga dengan pencapaian cawangan di kawasan ini yang menjadi penyumbang terbesar kepada kekuatan Umno yang bertunjangkan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Sambil menyatakan keyakinannnya BN akan beroleh kejayaan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti, beliau berkata ucapan dasar dan penggulungan oleh Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno Malaysia Ke-67 yang berakhir pada Sabtu lepas menunjukkan kesungguhan pemimpin nombor satu negara ini untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera.

Karmi tertarik dengan ucapan Datuk Seri Mohd Najib yang akan berusaha meningkatkan syiar Islam di negara ini selain memperkasakan agenda ekonomi bumiputera sejajar dengan transformasi parti dan kerajaan.

"Ucapan dasar dan penggulungan beliau benar-benar menyuntik semangat kepada kami di dalam Dewan Merdeka untuk berusaha lebih gigih lagi ke arah memperkasakan parti yang telah mengangkat 
 "Oleh itu, Puteri Umno Libaran akan memainkan peranan dengan memfokus program-program mendekati rakyat di peringkat akar umbi dalam usaha menarik lebih ramai untuk menyertai Umno nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment