Thursday December, 5, 2013 - Written by Admin
GUA
MUSANG:- Sindiket mencuri susu bayi berjenama oleh sekumpulan pencuri di beberapa pasar raya
di negeri ini pihak Polis berjaya menumpas kegiatan tersebut dan menahan lima orang termasuk tiga wanita tengah
malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gua
Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata mereka ditahan di KM12 Jalan Gua
Musang-Kuala Lipis selepas cuba melarikan diri daripada sekatan polis di Kem
Semor di sini.
“Kereta yang dinaiki mereka
didapati sarat dengan 84 tin dan 29 kotak susu bayi berjenama. Mereka yang
berumur antara 23 dan 43 tahun berasal dari Sabah dan dalam perjalanan dari
Kota Baharu ke Kuala Lumpur.
“Mereka dipercayai ke Kuala
Lumpur untuk menjual susu bayi itu yang dicuri dari beberapa pasar raya sekitar
Kota Baharu sebelum ini. Kesemua susu itu dianggarkan bernilai RM10,000,”
katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini.
Beliau berkata ketika soal
siasat, kesemua suspek mengakui mereka menjalankan kegiatan itu hanya dalam
masa sehari sahaja untuk mengumpulkan kesemua susu bayi berjenama itu.
Saiful Bahri berkata tugas
mencuri susu bayi itu dilakukan seorang daripada tiga wanita itu dengan memakai
baju kurung bersaiz besar bagi memudah menyorok tin susu di bawah kelangkang.
Siasatan lanjut mendapati
mereka pernah ditahan kerana kesalahan sama di beberapa negeri lain sebelum
ini.
No comments:
Post a Comment