Wednesday 11 December 2013

PRESTASI PENDIDIKAN DI NEGARA INI MASIH DITAHAP RENDAH BERBANDING NEGARA-NEGARA LAIN....WONG



Written by Admin
Rabu 11 Disember 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI

Berdasarkan Programme for International Student Assessment (PISA) yang dianjurkan oleh Economic Co-Operation and Development (OECD), daripada 65 buah negara, kedudukan Malaysia adalah ke-52




SANDAKAN:- Mengikut taksiran Programme For International Student Assessment (PISA) berdasarkan Bacaan, Matematik dan Sains oleh murid khususnya penuntut dalam usia lingkungan 15 tahun prestasi di Malaysia  khasnya di Asia Tenggara cuma mendahului negara Indonesia, tetapi jauh ketinggalan daripada negera seperti Thailand dan Vietnam

Ahli Parlimen Kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong  berkata setiap tahun Kementerian Pendidikan pun diberi peruntukan paling tinggi daripada keseluruhan peruntukan Bajet. Tahun 2014 pun sama juga, Kementerian tersebut diberi peruntukan sebanyak RM 54.6 Billion, iaitu 21% daripada keseluruhan peruntukan Bajet 2014. Malangnya, sudah diberi peruntukan begitu tinggi, tetapi keputusan akademik negara masih begitu lemah sekali.

Beliau berpendapat bahawa peruntukan yang disalurkan kepada pendidikan negara kita, sudah banyak melebihi negara - negara maju yang lain, tetapi prestasi - prestasi yang terhasil masih amat rendah.
Tambahnya Hal ini terbukti sistem mungkin  terdapat masalah, oleh itu, kerajaan haruslah memberi perhatian yang serius dan menjalankan siasatan yang terperinci mengapa fenomena ini bisa berlaku cari punyanya
    .
Stephen Wong juga berkata bahawa, sekiranya Kementerian Pendidikan tidak menjalankan penyusunan semula, dan masih dikendalikan  oleh Kerajaan BN yang membawa agenda perkauman, agama dan politik ke dalam sektor pendidikan, pastinya  pendidikan negara dijangka akan semakin teruk lagi.

Beliau berkata bahawa tindakan Speaker Parlimen tidak meluluskan untuk membincangkan usul mengenai kebocoran soalan SPM adalah tidak wajar. sementara itu, Parlimen bukan sahaja harus membincangkan subjek ini, kita juga harus mengetahui pokok masalah, jika tidak, pendidikan akan menjadi lebih mundur dan bukanlah semakin maju.

No comments:

Post a Comment