Thursday 12 December 2013

POLIS MARIN RAMPAS 200 KILOGRAM PELBAGAI JENIS IKAN DI SEMPORNA TANKAP GUNA BOM IKAN



 Written by Admin
 Thursday 12 Dcember 2013
 OLEH: SHAIMON S JUMADI
SEMPORNA:- Sebanyak 200 kilogram ikan pelbagai sepisis  yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM1,450.00 yang dipercayai ditankap menggunakan bahan letup (bom Ikan)  telah dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dalam Operasi Bersepadu brrsama Jabatan Perikanan Daerah di sini malam tadi.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohammad Madun berkata kesemua ikan itu dirampas dalam operasi yang diketuai Pemangku Pegawai Pemerintah Semporna ASP Mohd Aris Jambul kira-kira 8 pagi di Pasar Ikan Semporna.
“Semasa pemeriksaan dilakukan, kebanyakan peniaga dan pemilik ikan tersebut telah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohammad berkata operasi dijalankan bagi memastikan ikan yang dipasarkan bukan hasil daripada penggunaan bahan letupan.
Beliau berharap orang ramai terutamanya yang tinggal di sekitar pantai memberi kerjasama untuk mencegah aktiviti pengeboman ikan di kawasan perairan Sabah.
 “Untuk membuktikan ikan-ikan yang dijual dipasaran yang ditangkap menggunakan bahan letupan keadaan perut ikan  hancur berkecai maka harga ikan seumpama ini tiada nilai harganya berbanding ikan-ikan yang ditangkap meggunakan pukat tunda atau kilong serta bagang ujarnya

No comments:

Post a Comment