Wednesday 11 December 2013

CAPS SOKONG SUARA PEMBANGAKANG MENJURUS UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT....ALI AHMAD



Written by Admin
Wednesday December 11, 2013-12-11

OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD

SANDAKAN:- Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal dan Perlindungan Pengguna Sabah Bahagian Sandakan (CAPS) Haji Ali  Ahmad (photo) berkata suara parti pembangkang khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) melalui  Ahli Perlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong yang menyuarakan tentang  kerosakan  tempat letak kereta (Parking Space) di kawasan hadapan Pasar Umum Bandar ini yang selama ini menjadi isu hangat di kalangan penduduk setempat telah diatasi 

“Apa yang disuarakan oleh MP Sandakan mengenai isu parking space itu bukan mahu mencari publisiti murahan seperti yang didakwa oleh sesetengah pemimpin penyokong kerajaan BN ini jelas sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat pada PRU 13 lalu  Wong  terpaksa menjalankan kewajibannya sebagai wakil rakyat untuk membantu apa saja masalah yang terdapat dilingkungan kawasan  Sandakan” terangnya

Ali Ahmad berkata ketika diminta pandangannya mengenai tindakan dan usaha MP Sandakan (DAP) yang begitu prihatin terhadap permasalahan rakyat tanpa mereka siapa  tetap dibantu semampu Wong.

“Ini jelas contoh yang terdekat bila mana Wong bersama rombongannya mengadakan lawatan kerja mereka  bagi meninjau keadaan sekeliling pasar umum dan lain-lain tempat fokus utama memeriksa kawasan parkng yang berlubang di sani sini akhirnya dibuat juga.

Kita kesal juga  di mana tugas-tugas Pemaju Mukim dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) kawasan Tanjung Papat bukan kah kawasan Bandar adalah kawasan DUN Tg papat kenapa kerosakan parking tersebut sekian lama dibiarkan begitu saja tanpa dirujuk kepada pihak MPS ini kalau bukan suara lantang Ahli Parlimen Sandakan Wong yang tidak merasa bosan dan jemu terus menyuarakan mengenai fenomesa tersebut belum tentu  parking berkenaan dibaiki” kata Ali lagi.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media Portal Online Free Sandakan Today terutama sekali pihak Editornya Shaimon S Jumadi yang berani turut  mengeluarkan kenyataan berhubung tentang masalah pasar dan parking space yang sentiasa menjadi isu hangat” katanya.

Bercakap kepada Wartawan Free Sandkan Today pagi tadi Ali menjelaskan usaha  dan tindakan Ahli Parlimen Sandakan harus disambut baik kerana banyak membantu pelbagai masalah rakyat 60,peratus telahpun diambil tindakan oleh kerajaan.










No comments:

Post a Comment