Tuesday 10 December 2013

KENAIKAN GAJI RM800.00 BAIK UNTUK PEKERJA TAPI MALANG SUNGGUH BAGI MAJIKAN....ALI CAPS




Written by Admin
Tuesday 10, December 2013

OLEH: SHAIMON S JUAMDI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) Bahagian Sandakan  menggesa seluruh majikan dalam pelbagai sector sama ada sector perladangan, restoran, Kedai-Kedai Kopi dan lain-lain lagi harus  akur dengan perintah dan arahan kerajaan khususya Kementerian Tenaga dan Sumber Manusia   berhubung dengan penyelarasan tangga gaji pekerja sama ada pekerja tempatan ataupun pekerja asing yang mempunyai pas atau lain-lain dokumen yang disahkan oleh Pemerintah Malaysia.

Pihak kementerian berkenaan menguatkuasakan penyelarasn gaji tersebut ialah pada 1hb Januari 2014  dan dari itu pihak kementerian juga diminta mengadakan operasi mengejut keprimes-primes atau gedung-gedung perniagaan bagi memantau dan memastiksn semua majikan yang terbabit patuh terhadap arahan tersebut.

Pengerusi CAPS Haji Ai Ahmad (gambar)  bercakap kepada Wartawan Kanan Free Sandakan Today  di sini kelmarin ketika diminta pandangannya mengenai kenaikan gaji tersebut.
 
“Mana-mana majikan yang engkar atau sengaja membelakangi undang-undang  kerana sudah diberikan tempoh begitu lama jangan ada tolak ansur atau berkompromi seharusnya mengambil tindakan tegas dan mana-mana majikan yang terbabit engkar harus dikenakan denda menima RM15,000 atau penjara lima tahun ini buat pengarajaran mana-mana majikan yang keras kepala”tegas Ali

“Ekoran tindakan  kerajaan  menyelaraskan bagi penyeragaman  kenaikan gaji sebanyak RM800.00  sememangnya  disambut baik oleh semua pihak kerana ini merupakan durian runtuk atau yang disebut sebagai rezeki nomplok namun demikian malang kepada para majikan khususnya para peniaga terpaksa mereka melakukan pembuangan pekerja kerana tidak mampu membayar gaji sebanyak RM800.00 kalau 6 orang  sudah beberapa kemungkin ramai peniaga terpaksa gulung tikar” ujar Ali lagi.


“Berpunca daripada kenaikan gaji tersebut 80 peratus para peniaga khususnya restoran dan kedai-kedai  kopi akan menaikan kadar harga makanan dan minuman kalau sebelumnya sebagai contoh harga dulu roti canai kosong sekeping cuma RM1.20 maka harga baru mencecah RM2.00.00 roti telur sekarang RM2.00 akan dinaikan RM3.50


Begitu juga harga Kopi O sekarang Cuma RM1,20 akan dinaikan sehingga RM2,50 segelas minuman tin juga akan dinaikan sehingga RM3.50 satu tin kopi susu atau tea tarik sebelumnya harga RM1,80 akan dikaikan ke RM4,00.00 ini masih murah sebab orang Sabah 80 peratus kaya raya” jelas Ali.


No comments:

Post a Comment