Tuesday, 12 November 2013

40 BUAH RUMAH MILIK PENGUNDI TEGAR UMNO LIBARAN AKAN DIROBOH MPS




Written by Admin
Tuesday November 12,2013

OLEH: SHAIMON  S JUMADI

SUNGEI SIBUGA:- Sebanyak 40 buah rumah   di Kampung Tinusa 1 dekat sini yang membabitkan 200 keluarga  dan merupakan pengundi tegar BN/UMNO Libaran akan kehilangan tempat tinggal dan bakal merempat di tempat sendiri kerana pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan membongkar rumah-rumah tersebut dalam dua  tiga hari  lagi dari sekarang.

Seorang penduduk kampung berkenaan  yang dikenali  Roslan Jailang (Gambar) ketika ditemui oleh Wartawan Free Sandakan Today kelmarin menjelaskan  sebenarnya notis roboh sudah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah dan juga MPS  sejak beberapa tahun dulu tetapi para pemilik rumah enggan berganjak untuk berpindah kelain tempat.

“Kami bukan tidak mahu berpindah  ketempat lain  di mana lagi kami mahu tinggal sedangkan kami tidak punya tanah dan rumah sedangkan ayam pula mempunyai reban kami lagi sebagai manusia yang dibiarkan begitu saja oleh Ahlli Parlimen Liabaran dan ADUN Sungai Sibuga” semasa kami ditimpa malapetaka dan musibbah  tegasnya.

Kami  tidak engkar dengan  arahan pihak kerajaan di mana rumah-rumah disini mahu  diroboh  tambah Roslan tetapi sekurang-kurang nya kami dapat pembelaan dari pihak kerajaan seperti dapat pampasan atau tempat tinggtal yang baru agar kami boleh memulakan penghidupan baru kenapa orang PATI lebih senang dilayan seperti anak emas oleh para pemimpin UMNO/BN yang kami ini langsung tidak diperdulikan.

Pada pertemuan dengan pemilik tanah tersebut yang diduduki oleh 200 keluarga tersebut  iaitu Kadin  Bongeh 70  antara lain menjelaskan keluasan  tanahnya ialah 5. 02 ekar yang merupakan turun menurun  sudah  empat  generasi  memang  mereka  dibenarkan  mendidirikan rumah-rumah diatas tanahnya lebih kurang hampir 30 tahun.

Tidak semana -mana  kata Kadin ada seorang  taukey cina yang ingin mengambil tanah saya sedangkan tanah ini mempunyai geran yang sah sehingga kes ini telah di bawah ke Mahkamah untuk dibicarakan sudah beberapa kali namun  belum ada kata putus” jelas Kadin.

Kes tersebut yang diajukan kepada pejabat Parlimen Sandakan (DAP) kerana mereka sudah tidak ada tempat untuk mengadu masalah mereka  bagi mendapatkan meminta pembelaan lantas  kedua-dua Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sandakan Amsi Liew bersama  Dayang Zubaidah Tahil atas dasar simpati walaupun kes ini bukan terjadi di kawasannya  mereka telah menemui  kepada para penduduk yang menjadi mangsa keadaan kampung berkenaan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

“Apapun kami akan merayu  kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk meminta pertimbangan supaya notis roboh dipanjangkan lagi masanya   dalam seminggu begitu  ini untuk membolehkan penduduk terbabit mencari tempat berteduh” katamya.

“Sepatutnya ADUN Sungei Sibuga dan ADR Libaran turun padang untuk meninjau lebih dekat  lagi akan  keadaan sebenarnya  sebab mereka adalah pengundi tegar UMNO yang telah memberikan kemenangan kepada calon-calon BN/UMNO pada PRU 13 lalu  di kawasan tersebut  tetapi  sayang sekali akhirnya mereka bukan saja jadi gembel bahkan jadi pelarian ditempat sendiri berbandin Pendatang  Asing Tanpa  Izin (PATI) ” Kata Amsi


Kaption Gambar/BI.. ALBUM...Amsi dan Kadin bergambar bersama penduduk Kg Tinusa1 yang bakal menderita seumur hidup bila rumah-rumah mereka di roboh lusa oleh MPS....Kejam


Gambar  BI SEDIH......Roslan  (payung) dan anak-anaknya akan jadi gembel dan merempat bila rumahnya dibongkar oleh MPS nanti

No comments:

Post a Comment