Sunday 24 November 2013

Sairin tawar diri jadi orang tengah bayar wang tebusan

By Admin.... Sunday | November 24, 2013

Kenapa Malaysia jadi orang tengah dan berperanan sebagai broker kepada kes "ransom for money" dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf?










OLEH: MUSLI OLI
KOTA KINABALU:- Hari ini terpampang headlines akhbar-akhbar utama di Sabah mengenai tuntutan RM10 juta untuk melepaskan mangsa culik rakyat Taiwan, Chang An Wei. Sumber berita itu daripada media Taiwan yang merujuk kenyataan Menteri Dalam Negerinya, Lee Hong Yuan dan Ahli Dewan Tsai Cheng Yuan. Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan maklumat dari Taiwan itu tetapi bagaimanapun menafikan pihaknya telah dihubungi mengenai tuntutan “ransom” tersebut.
Insiden “ransom for money” di Sabah amat menarik bila salah seorang yang terlibat merundingkan pembebasan 21 orang yang diculik di Pulau Sipadan pada 2000 tiba-tiba mengeluarkan  kenyataan menawar perkhidmatannya sekali lagi. Datuk Sairin Karno (gambar)  sekarang Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan seorang peniaga Yusof Hamdan pada 27 May 2001 bertemu dengan kumpulan penculik di Jolo, Filipina dan turut membantu dalam merundingkan pembebasan 11 rakyat Malaysia.
Sairin juga turut membantu membebaskan dua orang rakyat Filipina, Luis Bautista dan seorang pelajar sekolah Lalaine Chua  yang diculik pada 2001. Dalam temubual dengan Radio Mindanao Network, kedua-dua mangsa tebusan itu mengucap terima kasih kepada “kerajaan Malaysia” terutama sekali Sairin Karno dan Yusof Hamdan.
Kenapa Malaysia jadi orang tengah dan berperanan sebagai broker kepada kes “ransom for money”  dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf?
Kes Pulau Pom Pom, Semporna bukanlah insiden terpencil seperti dakwaan pihak berkuasa. Sebelumnya, pada 23 April 2000 seramai 21 orang dirompak dan kemudian diculik di salah sebuah resorts di Pulau Sipadan, Semporna oleh sekurang-kurangnya enam orang pengganas bersenjata  yang dipercayai kumpulan Abu Sayyaf. Mangsa culik terdiri daripada 9 orang  dari Eropah dan seorang warga Lubnan. 11 orang lagi adalah rakyat Malaysia yang bekerja dengan resorts termasuk seorang anggota polis dan dua orang penyelam rakyat Filipina.
Terbaru pada bulan November tahun 2012, dua rakyat Malaysia, Tung Wee Jie dan Tung Wee Wei juga di culik di Lahad Datu. Ketua kumpulan yang menculik dua sepupu itu dikenali sebagai Mohd Amin Bacho yang lahir di Tawau dan diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.
Satu lagi kes yang kurang mendapat liputan media ialah kes culik pengurus rumpai laut yang diiculik diperairan Semporna. Tebusan hanya dibebaskan 6 bulan kemnudian setelah sejumlah wang dibayar kepada penculik.
Dalam kes “ransom for money” Pulau Sipadan, dilaporkan kerajaan Malaysia membayar sejumlah US3 juta kepada kumpulan Abu Sayyaf pada 20hb Ogos 2000 untuk membebaskan baki 3 orang daripada 9 orang tebusan rakyat Malaysia dan seorang rakyat Filipina. Manakala pada 28 Ogos 2000, Muammar Gadaffi yang turut menjadi orang tengah membayar sebanyak US1 juta seorang untuk membebaskan rakyat asing yang diculik di Pulau Sipadan Sabah. Ada juga laporan yang mengatakan Presiden Libya itu membayar US25 juta, tetapi dinafikan Manila.
Rentetan peristiwa diatas menyebabkan penulis merujuk semula kenyataan akhbar Datuk Sairin Karno pada Khamis lalu.Katanya,  beliau tahu bagaimana untuk ke kawasan itu jika keluarga mangsa culik dari Taiwan memohon bantuannya dan jika ada arahan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi. Kenyataan pembantu menteri itu mengesahkan Malaysia memang terlibat merundingkan “ransom for money” dengan Abu Sayyaf.
Kumpulan Abu Sayyaf adalah serpihan daripada Moro National Liberation Front (MNLF) dan umum tahu Malaysia adalah negara fasilitator merundingkan perdamaian antara Manila dengan MNLF di Selatan Filipina. Sudah tentu pemimpin MNLF tahu siapa dalam kumpulan Abu Sayyaf, manakala Malaysia pula tahu siapa pemimpin MNLF. Tidakkah persoalan ini mencurigakan kita?

No comments:

Post a Comment