Thursday, 21 November 2013

HARGA BAHAN-BAHAN MENTAH DIPASARAN MELAMBUNG 40 HINGGA 50 PERATUS

Thurdas November 21,2013
Written by Admin


DARI MEJA SUB-EDITOR
SHAIMON S JUMADI DAN
 WARTAWAN AZMI AZMAN

HARI  ini  Saya/Kami   ingin membicarakan mengenai kenaikan harga bahan-bahan mentah yang terdapat di pasaran sekarang yang menjadi perhatian umum khususnya kepada para pengguna di persekitaran.
Ekoran tindakan  Kerajaan menaikan harga petrol dan Diesel cuma RM.020 sen sahaja ramai  pula peniaga  di negeri ini termasuk daerah Sandakan menaikan harga bahan mentah  dengan sesuka hati hingga mencecah 40 hingga 50 peratus berbanding sebelumnya
Seperti harga sayur-sayuran rata-rata penjual telah meletakan harga RM2,00 seikat tiada sudah harga RM1,00 begitu juga dengan harga  buah-buahan  sama ada buah import atau buah-buahan tempatan tiada jauh bezanya harga.
Sementara harga bahan-bahan mentah lainnya seperti daging lembu sekilogram daging nombor 1 ialah RM16.00 daginjg nombor 2 harga 1 Kg Rm13.00.
Manakala harga ayam dada, pahak RM13.00 1 kg sayap RM14.00 1 kg ayam bulat RM11.00 1 kg kaki ayam 1 Kg 8.00 hati dan bedal RM9.00 .
Harga ikan kalau ikan kembung (romahan) ikan basung, ikan tulai, ikan puput harga sekarang paling murah sekilogram RM5.00 hingga RM6.00.
Bagi harga ikan kayu (Tongkol) ,ikan panik, ikan sapi-sapi, senangin (menagin) belanak ikan kulisi, dan ikan sebelah  harga paling murah antara RM7.00 hingga RM9.00 1 kg ini belum termasuk harga ikan merah, ikan putih.
Harga Ikan putih, ikan bawal  (Duwai) hitam/putih kerapu hitam, kerapu merah, dan ikan kitang termasuk ikan belais paling murah harga sekarang rata-rata RM17.00 hingga RM25.00 sekilogram
Sedangkan ikan talang-talang, ikan manyung, ikan badugang, ikan pari, ikan gulamak , ikan sembilang  termasuk harga sotong harga sekarang sekilogram antara RM6.00 hingga RM8.00  inipun bergantung harga pasaran kalau musim banyak ikan mungkin boleh dapat murah sedikit.
Ikan kuaci ikan bulan-bulan dan ikan kapas-kapas yang dipanggil ikan low klas  harganya  sekarang RM3,50  sekilogram belum termasuk harga ketam dan udang kalau tiada pulus RM30.00  kempunanlah mahu dapat makan udang dan ketam.
Dalam tinjauan rambang wartawan Free Sandakan Today ke pasar-pasar berhampiran  sempat bertanya beberapa orang pelanggan mereka masing-masing mendakwa walaupun harga barang-barang sekarang melambung tinggi terpaksa beli juga kerana mahu makan kalau mahu jimat tanam sendiri.
Bagi pandangan peribadi Wartawan kalau dulu di kawasan halam rumah di tanam dengan  pokok pelbagai jenis bunga  cuba gantikan dengan tanaman pelebagai jenis tumbuhan seperti lada, kacang lender ( Bandy) , tomato, terung  daun bawang dan diselit juga tanaman sedikit  pokok-pokok herba seperti misai kucing, patawali, tungkat langit dan pokok uduk-uduk (Sengganen)













No comments:

Post a Comment