Saturday 30 November 2013

LETAK MOTORSIKAL DITEMPAT TERANG ELAK KENA CURI NASIHAT POLIS

 Sabtu November, 30, 2013 - 8:05 pm

By Admin

OLEH: FARIDAH AHMAD

TAWAU:-Ekoran mencuri motorsikal semankin menjadi-jadi di daerah Tawau lantas  Polis menasihati pemilik motosikal supaya meletak kenderaan mereka di kawasan terang dan memasang kunci pendua bagi mengelak kecurian.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata ini kerana pihaknya banyak menerima laporan mengenai kes kehilangan motosikal.
“Kes terbaru membabitkan sebuah motosikal milik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang diletak di kawasan perumahan kakitangan hospital dan dilaporkan hilang awal pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata sikap pemilik motosikal yang meletakkan kenderaan mereka tanpa mengambil langkah keselamatan memberikan peluang kepada penjenayah untuk mencuri.

No comments:

Post a Comment