Tuesday 26 November 2013

JALAN KG MENTADAK DAN WALLACE BAY AKAN DITURAP DISEMBER INI.... PICHO



Tuesday November 26,2013-11-26
Written by Admin

Oleh: Faridah Ahmad

TAWAU:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Abdul Muis Picho (gambar) mengumumkan   lebih kurang  1,500 penduduk di Kampung Mentadak Baru dan Wallace Bay, Pulau Sebatik bakal menikmati kemudahan jalan raya yang lebih baik apabila kerja penurapan jalan sepanjang dua kilometer dilaksanakan di kawasan itu, awal Disember ini.
 
Muis berkata penurapan itu melibatkan jalan sepanjang satu kilometer di Kampung Mentadak Baru dan satu kilometer di jalan antara Kampung Mentadak Baru dan Kampung Wallace Bay.

“Peruntukan projek itu disediakan oleh kerajaan persekutuan dan ia dijangka disiapkan sebelum akhir tahun ini. Apabila jalan itu siap, ia akan memberikan keselesaan kepada penduduk serta pelajar yang berulang-alik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Wallace Bay, Sekolah Kebangsaan Mentadak Baru dan Tabika Kemas Kampung Tamang.
“Kami amat berterima kasih kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah atas peruntukan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan  dengan Wartawan Free Sandakan Today  di sini kelmarin..
Abdul Muis berkata pihaknya berharap lebih banyak peruntukan akan diterima untuk menaik taraf jalan di pulau berkenaan
Katanya selama ini rakyat di kawasan Sebatik dan persekitaran sering merungut mengenai keadaan jalan raya yang terlalu kritikel dan amat sukar dilalui oleh kenderaan terutama sekali kenderean kecil.
“Saya sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat, mandat rakyat, berkhidmat untuk rakyat  dan kembali kepada rakyat  akan terus menjaga kebajikan rakyat  di kawasan Sebatik  ini  satu tanggungjawab yang dimanahkan kepada saya untuk memajukan kawasan yang saya wakili” ujar Picho

Grabel akan diturap bulan depan

No comments:

Post a Comment