Sunday 24 November 2013

AHLI UMNO SANDAKAN PERLU MEMUPOK KERJASAMA DEMI PERDUAN DAN KEHARMONIAN....AMPONG



Sunday November 24,2013

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S  JUMADI
SANDAKAN:- Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon menasihatkan seluruh ahli-ahli UMNO Sandakan dari Bahagian, Cawangan sehingga ke akar umbi supaya menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain demi memperkukuhkan dan kemantapan perjuangan UMNO terutama sekali bagi menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa hendak menggugat keutuhan perjuangan UMNO.

Katanya lupakan semuanya sengketa yang lalu  lagipun pemilihan sudah berlalu kita kembali bersatu semula demi UMNO Sandakan agar bertambah kuat dan tiada gunanya perasaan dendam terus main di kepala kita ini hanya merugikan sekiranya belakunya berpecah belah.

Tan Sri Ampung berkata demikian kepada Wartawan Free Sandakan Today sejurus selepas  mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sandakan bagi kali kedua yang diadakan dibilik Mesyuarat pejabatnya di sini hari ini.

“Saya minta semua Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Sandakan agar dapat bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Bahagian, Pergerakan Wanita Bahagian dan juga Pergerakan Puteri Bahagian UMNO demi menjalinkan keharmonian dan perpaduan yang intim antara satu sama lain” ujarnya.

Kata Ampong lagi dengan ganding mantap antara ahli veteran dan golongan muda dalam barisan AJK UMNO Bahagian Sandakan sudah tentu boleh bertukar-tukar pendapat untuk merealisasikan pelbagai program  dilaksanakan selaras dengan transformasi parti UMNO.

Turut Hadir pada sesi Mesyuarat tersebut ialah Timbalan Ketua Bahagian Datuk Hj Awang Kadin Hj Hasrat Tang, Ketua Pemuda Bahagian Carl Ampong dan Ketua  Puteri UMNO Sandakan kecuali Ketua Wanita Bahagian UMNO Noraini Sulong tidak dapat hadir kerana berada diluar kawasan.

 ALBUM KENANGAN..Tan Ampong bersama AJK Bahagian UMNO Sandakan

No comments:

Post a Comment