Written By Admin
OLEH: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Kerosakan Jalan Raya Batu Sapi semakin teruk dan sukar untuk dilalui oleh kenderaan kecil apa lagi kalau musim hujan seperti hari ini semua permukaan atas jalan tersebut dilandar banjir sedalam 2 hingga 3 kaki.
Kerosakan jalan tersebut memang telah disedari oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi tetapi kemungkinan projek pembianan jalan yang dimaksudkan masih lagi di bawah pengawasan dan selia Jabatan Kerja Raya.
Wartawan Free Sandakan Today yang sentiasa mengkuti perkembangan pembinaan jalan tersebut dari awal sehingga pada hari ini ramai pengguna terutamanya penduduk kawasan Batu Sapi yang melibatkan beberapa buah kampung rasa tidak puas hati terhadap kualiti projek pembinaan jalan belum sampai usia tiga (3) tahun terdapat kerosakan berlaku di sana sini.
Menurut sumber-sumber rasmi kos ataupun peruntutukan projek tersebut telah menelan belanja hampir RM26 juta dan projek tersebut diberikan kepada sub contractor untuk melaksanakan projek tersebut dari awal sehingga siap sepenuhnya.
Kata seorang penduduk Kg. Lupak Meluas yang hanya dikenali sebagai Ahmad menjelaskan mengenai kerosakan jalan tersebut masyarakat khususnya pengguna yang tinggal di kawasan Batu Sapi tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya sebab peruntukan projek ini bukan dikeluarkan melalui Parlimen Batu Sapi mahupun DUN Sekong .
Empat bulan yang lalu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah mengadakan lawatan kerjanya selama dua hari untuk meninjuau projek pembinaan jalan Sibuga bypass dan pembinaan Jalan Bokara, Karamunting dan Batu sapi.
Namun Pairin tidak senang dan marah terhadap projek pembinaan jalan Bokora-Karamunting dan Batu Sapi yang langsung tidak berkualiti kerana tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan pihak JKR akan mengambil alih projek tersebut dan tender akan dibuka terhadap mana-mana kontraktor yang layak.
Sementara Yang Dipertua Pas Kawasan Batu Sapi Hj Hamza Hj Abdullah dalam komennya Laman Sosialnya (FB) antara lain menyebut ;Jalan Batu Sapi macam dilanda Taufan Haiyan, bilakah penderitaan rakyat ini akan berakhir? Mana perginya ADUN Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi? dan Sampai bila mahu menuding jari antara satu sama lain.
Komen ini cukup bernas semoga kedua-dua wakil rakyat sama ada ADR Batu Sapi dan ADUN Sekong agar dapat menjalinkan kerja sama antara satu sama lain bagi menyelesaikan kemelut ini
No comments:
Post a Comment