Sabtu November 23,2013
Written by Adnin
OLEH: SALMAH WAN DZULKIFLIE
SELANGOR:- Isu
perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel kini dalam perhatian Persatuan
Seniman Malaysia (SENIMAN) dan berkata pasangan itu mangsa kepada kontrak
syarikat produksi yang melanggar hak individu untuk bercinta.
Bercakap kepada Wartawan Hiburan Free Sandakan Today
di Kuala Lumpur kelmarin antara lain Zed
Zaidi yang juga merupakan Presiden SENIMAN berkata syarat melarang artis
bercinta dan berkahwin sepanjang tempoh kontrak dimeterai perlu dipandang
serius kerana ia membabitkan hak individu.
“Jika dalam
sesuatu kontrak artis bersama produksi mensyaratkan mereka tidak boleh
bercinta, saya menganggap ia melanggar hukum Tuhan sekali gus mencabuli hak
asasi manusia.
“Saya tidak
nafikan, disebabkan kontrak seperti itulah membuatkan isu pasangan pelakon
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal timbul. Soal kontrak itu jugalah membuatkan mereka
takut untuk bercinta hingga merahsiakan perkara yang baik bagi mengelak
kemungkaran,” jelasnya.
Sebagai
tindakan terhadap isu ini, Zed Zaidi berkata yang pihaknya akan mengkaji semula
terma kontrak Wawa Zainal sebelum memberi kepastian adakah ianya menyalahi Akta
Kontrak Malaysia 1950 — jika ya, kontrak tersebut sekaligus tidak sah.
“Kami akan mengemukakan kepada syarikat produksi terbabit
& meminta mereka memansuhkan beberapa terma jika melanggar hak asasi
manusia serta undang-undang negara,” tambahnya. – rotikaya(72)
No comments:
Post a Comment