Friday 22 November 2013

MENYELAHGUNA PERMIT KERJA SEMBILAN WANITA WARGA ASING DIBERKAS POLIS DALAM OPERASI OPS NODA



Friday...November 22,2013
Written by Admin

OLEH: FARIDAH AHMAD

TAWAU:- Dalam Operasi Ops Noda polis yang menyerbu masuk  di sebuah hotel di Jalan Kuara dekat sini Sabtu lepas telah menahan seramai Sembilan wanita warga asing yang dipercayai telah menyalahgunakan Permit Kerja (Work Pass)

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi pada kira-kira 9.30 malam itu, pihaknya turut menahan tiga penjaga premis warga tempatan iaitu seorang lelaki dan dua wanita.
“Kesemua yang ditahan berumur antara 17 dan 39 tahun, dan lapan daripada sembilan warga asing itu adalah warga China manakala seorang lagi warga Thailand,” katanya dalam satu kenyataan dengan media  semalam.
Beliau berkata kesemua wanita warga asing itu didapati bekerja sebagai tukang urut dan dipercayai turut menjalankan kegiatan pelacuran.
“Kami juga akan rujuk kes itu kepada pihak berkuasa tempatan kerana premis itu disyaki beroperasi tanpa lesen yang sah,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


No comments:

Post a Comment