Thursday 28 November 2013

PRIBUMIS AKAN DIKEMBANG SAYAPNYA KE SANDAKAN.....MOHD JEFFRY



Written By Admin
Thursday November 28-2013

OLEH: FARIDAH  AHMAD

TAWAU:- Pertubuhan Pribumi  Rakyat Sabah (PRIBUMIS) akan mengembangkan sayapnya ke daerah Sandakan pada masa terdekat ini untuk memperluaskan pentadbirannya khusus bagi menjalankan aktiviti-aktivitinya yang berkiatan dengan hal ehwal hak asasi pribumi.

Buat masa ini PRIBUMIS kini telah mempunyai 14 buah cawangan 80 peratus di sebelah Pantai Timur dan daerah Tawau merupakan Ibu Pejabat Pribumis.

Presidennya Datuk Mohd Jeffry Rosman berkata kepada wartawan  Free Sandakan Today pagi tadi dipejabatya dekat sini.

Katanya  beberapa orang aktivitis di daerah Sandakan  akan dilantik bakal membarisi  pentadbiran PRIBUMIS dan telah dkenali pasti mereka adalah terdiri daripada  Sahar Saka, Pengerusi Daerah, Timbalan Mustapha Mohd Hassan, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi  I Noraini Sulong Naib Pengerusi II Rozzalin Mohd Hashim Shaimon S Jumadi Setiausaha Kehormat Bendahari Fairul Zaman Hj ABM Fajeer, dan Pegawai Penerangan Saffie S Jumadi.

Sementara Ahli Jawatankuasa Penaja  PRIBUMIS daerah  yang lainnya akan dilantik kemudian pada Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Penaja PRUBUMIS  pada masa terdeat ini.

Selain itu tambah Jeffry  Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon telah disebut-sebut namanya akan dikantik sebagai Penaung PRIBUMIS  Sabah dan Datuk Hj  Awang Kadin Hj Arsyad Tang akan dilantik sebagai Penasihat PRIBUMIS Daerah  Sandakan.

“Saya mengambil kira melantik sebagai Penaung dan Penasihat kedua-kedua pemimpin ini Ampong dan Awang Kadin melihat daripada beberapa sudut latar belakang mereka berdua  tiada cacat cela
nya dan merupakan pemimpin berkalibar yang sangat dihormati oleh masyarakat sekeliling”Ujarnya.

 Kata Jeffry lagi  untuk mendapatkan keterangan lanjut mereka boleh berhubung terus kepada Shaimon S Jumadi melalui talian 012-8066870- atau 013-8882409 atau 089-213408 (rumah) 
 











No comments:

Post a Comment