Monday 9 December 2013

DAP BUKA KAUNTER ADUAN RAKYAT DI PASAR UMUM ...WONG


Written by Admin
Monday December 9, 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Untuk memudahkan orang awam membuat aduan mengenai masalah pasar  dan sebagainya Pejabat Parlimen Sandakan melalui Biro Jawatankuasa Perhubungan DAP  telah membuka Kaunter Khidmat Aduan Rakyat  di Pasar Umum.
 
Pada masa yang sama  Ahli Parlimen berkenaan Stephen Wong menyatakan rasa tidak puas  hati terhadap perkhidmatan Majlis  Perbandaran Sandakan (MPS) kerana gagal menyelesaikan masalah pasar  keadaan sekeliling semakin kritikel.

Dalam enam bulan yang lalu Wong bersama rombongannya telah mengadakan lawatan kerjanya khusus untuk  meninjau keadaan Pasar Umum berkenaan kerana banyak menerima aduan bahawa bukan saja keadaan pasar kotor bau busuk oleh takongan air bahkan 80 peratur tempat letak kereta (Parking Space) semuanya dalam keadaan rosak berlubang sana berlubang sini ia seakan-akan boleh menternak ikan Pirana


“Selaku Ahli Parlimen  Sandakan yang dipilih o;eh rakyat jelata saya juga mempunyai rasa tanggungjawab kepada permasalahan rakyat yang mereka hadapi lantas saya telah menulis surat rasmi  kepada Presiden MPS untuk memberi penjelasan dengan terperinci mengenai situasi Pasar yang kotor termasuk kerosakan parking space tetapi amat menducitakan sehingga kehari ini tiada  sebarang respon langsung daripada pihak kerajaan khususnya MPS di mana letaknya tanggungjawab dan kuasa yang ada pada MPS sebagai agensi pentadbiran kerajaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang tidak pandai beres” tegas Wong.
Apapun tambah Wong  masih ada peluang  untuk menemui Presiden MPS untuk bersemuka dan berbincang dari hati kehati mengenai masalah pasar dan lain-lain tempat yang ada hubung kait dengan permasalaan rakyat.
Dalam pada itu Stephen Wong amat hairan kenapalah Presiden MPS  terlalu  boleh sibuk  hingga  tiada masa untuk berjumpa dengan beliau ( James Wong) ? Malah memberi tanggapan bahawa mahu berjumpa dengan Presiden MPS lebih susah daripada berjumpa dengan Perdana Menteri. 
Mengenai kerosakan lapang letak kereta Pasar lama tidak dibaiki, Stephen Wong menunjukkan salinan surat rasmi kepada MPS berkata bahawa, beliau telah memberi dua pucuk surat pada 6hb Julai 2013 dan 9hb November 2013 mengenai kerosakan tersebut dan meminta pihak MPS untuk menjalankan kerja - kerja pembaikan. Namun hingga hari ini MPS pun belum ada tindakan atau balasan surat mengenai isu tersebut.
Beliau juga berkata bahawa, selepas pilihanraya 505, sudah berulang kali berhubung dengansetiausaha Presiden MPS untuk mengaturkan pertemuan dengan Presiden MPS bagimembincangkan isu - isu dan aduan daripada orang ramai Sandakan.
Namun begitu, setiap kali pun diberi alasan bahawa Presiden MPS ada mesyuarat, sibuk ataupun sudah "Out station",  hingga kini pun belum lagi ada "peluang" untuk bertemu dengan Presiden MPS.
Wong berkatam sebagai Ahli Parlimen Sandakan ingin bertemu dengan Presiden MPS punbegitu susah, apatah lagi rakyat umum Sandakan yang ingin bertemu denganPresiden MPS?
Presiden MPSseharusnya memberi penjelasan mengenai surat - surat yang telah diberi kepadapihak MPS mengenai isu - isu di kawasan Sandakan, dan bukanlah terusmengelakkan tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan oleh MPS.



No comments:

Post a Comment