Monday 23 December 2013

Himpunan 31 Disember bukan demo gulingkan kerajaan


  Monday December 23, 2013 By Admin
Menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan bukan satu pilihan kerana khuatir tercetusnya huru-hara dan kacau bilau.
 










OLEH JAMILAH KAMARUDDIN

SHAH ALAM: PAS menafikan Himpunan 31 Disember nanti bukan satu demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan Pusat sebaliknya berkumpul membantah tindakan kenaikan harga barang yang mendadak dan menjejaskan kehidupan rakyat.
“Tiada katan dengan usaha nak gulingkan kerajaan dengan kekarasan. Ini fitnah dahsyat yang sengaja direka kerajaan dan penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) untuk berikan persepsi negatif,” kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad hari ini.
Khalid berkata, Pakatan Rakyat tetap berpegang kepada proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya jika benar mahukan perubahan kerajaan.
Katanya, walaupun mengakui sistem pilihan raya yang ada di negara ini tidak sepenuhnya telus, tetapi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan bukan satu pilihan kerana khuatir tercetusnya huru-hara dan kacau bilau.
“Kita mahu melalui cara yang betul sepertimana berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah iaitu apabila hak peralihan kuasa dibuktikan melalui kemenangan pilihan raya,” katanya.
Namun, Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan demonstrasi membantah sesuatu dasar itu sebahagian daripada proses demokrasi dan kerajaan tidak boleh menafikannya.
“Himpunan itu untuk menunjukkan kemarahan rakyat apabila kerajaan sewenangnya menaikkan harga barang pastinya menjejaskan kehidupan seharian.
“Maka rakyat nak beritahu kenaikan ini boleh dielakkan jika kerajaan mampu mengamalkan pengurusan yang cekap,” katanya.
Himpunan malam ambang tahun baru di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu dianjurkan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dengan NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bagi membantah kenaikan kos sara hidup.
Minggu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menyiasat dalang yang menyebarkan poster “Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember” kerana menganggap ia sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Khalid berkata, pihaknya akan mengambil tindakan bagi memastikan perhimpunan berkenaan tidak akan dijalankan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika siasatan mendapati kesahihan perkara tersebut termasuk menggunakan Seksyen

No comments:

Post a Comment