Tuesday 24 December 2013

PASAR MALAM KIM FUNG AKAN DIJADIKAN PASAR MALAM TAHUN BARU CINA 2014



Written by Admin
Tuesday 24 December 2013

SOROTON DARI MEJA SUB EDITOR (BAHASA CHINA)
ISAAC K.K WONG
 




PERAYAAN  Tahun Baru Cina 2014 semakin menjelang .Hanya tinggal 36 hari sahaja ,warga cina akan menyambut kedatangan tahun kuda emas .

Dengan kebiasaan tradisi dan adat warga cina ,setiap warga cina akan pergi pasar malam tahun baru cina menyediakan persiapan tahun  baru cina .Setiap tahun menjelang tahun baru cina,  Pasar Malam Kim Fung juga akan menjadi pasar malam tahun baru cina .Tahun 2014 juga tidak dikecualikan.

 Pasar malam kali ini akan diadakan secara besar -besaran  pada 25 hb Januari 2014 sehingga 29hb Januari 2014.selama lima hari berturut -turut

Jalan akan ditutup untuk mengadakan  aktiviti tersebut. Aktiviti ini juga dianjurkan oleh ADUN Elopura   Datuk Au Kam Wah JP bersama dengan ahli -ahli pengurusan pasar malam Bandar Kim Fung .

Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk mewujudkan satu suasana pasar malam yang penuh dengan tahun baru cina kepada warga sandakan sempena tahun baru cina menjelang 

Jadual waktu untuk pasar malam tahun baru cina adalah bermula pada waktu lima petang sehingga sepuluh malam.Keadaan dah tempat untuk megadakan pasar malam tahun baru cina adalah sama seperti tahu yang lepas iaitu berada  di  jalan antara  blok b dan d yang berdekatan pada Sekolah Menengah Yu Yuan manakala pasar malam yang sedia ada diadakan  pada setiap hari sabtu akan berada di jalan antara blok d dengan blok  F  
 
Selain dapat melihat barang -barang seperti barangan tahun baru cina ,bunga-bungaan ,barangan perhiasan tahun baru cina ,pakaian -pakaian dan aksesori yang dipamer di pasar malam tahun baru cina

Wartawan Free Sandakan Today.com telah difahamkan pihak pengajur juga akan menyediakan pelbagi jenis persembahan tradisi cina untuk lagi memeriahkan suasana pasar malam tahun baru cina serta memberi satu peluang kepada perantau -perantau yang balik ke kampung halaman dan pelancong menyediakam satu tempat yang boleh meyaksikan persembahan sambil membeli -belah.

Para peniaga atau warga sandakan yang berminat untuk mempamerkan barang -barang tahun baru cina boleh mendapat borang permohonan daripada pejabat Perhubungan Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura .

Bagi mendapatkan lot-lot tersebut permohonan tarikh tutup diawalkan sehingga 31 disember 2013 bersamaan  pada  hari selasa minggu depan .

Tarikh tutup permohonan  diawalkan selama sepuluh hari adalah disebabkan oleh masa tidak mengizinkan .Sesiapa yang berminat boleh menghargai peluang ini untuk menyertai pasar malam tahun baru cina ini  .

  

No comments:

Post a Comment