Saturday 28 December 2013

TUNGGU ADA ORANG MAMPUS DIPATUK ULAR BARU RUMPUT TAMAN MESRA DIPOTONG....SAIMON



Written By Admin
Saturday 28 December 2013

OLEH: AZMI AZMAN

ELOPURA:- Rumput panjang di kawasan perumahan  (PPR) Taman Mesra  yang tidak dipotong telah menimbulkan kontraversi di kalangan penduduk setempat.

Sudah empat bulan kita tidak kelihatan pekerja pemotong rumput datang ke Taman ini untuk memotong rumput yang panjang, jika perkara ini tiada sesiapa yang ingin mengambil tindakan termasuk pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang bertanggungjawab melantik kontraktor berkenaan untuk kerja-kerja menyenggelaraan kawasan Taman Mesra mungkin rumput panjang tempat persembunyian pelbagai jenis ular  jangan tunggu orang mampus dipatuk ular berbisa baru kelam kabut  ambil tindakan” Shaimon S Jumadi (gambar)

“Sebagai penduduk  Taman Mesra saya minta jasa baik pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dapat menghubungi pihak MPS kenapa rumput panjang di Taman Mesra sekian lama tidak dipotong dan seandainya kontraktor yang  ada sekarang  yang dilantik oleh MPS jika  sudah tidak mampu atau  tidak  berupaya untuk mengendalikan kerja-kerja memotong rumput itu  pihak MPS masih ada peluang dan ruang mencari kontraktor baru bagi menggantikan kontraktor tersebut” ujarnya.





No comments:

Post a Comment