Saturday 14 December 2013

KUMPULAN AJ MUSIC MUNCUL KEMBALI DENGAN DUA BUAH LAGU HITNYA BANYANGAN KEGELAPAN DAN NAFAS CINTA ASMARA



Written by Admin
Saturday 14 December 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Mungkin Para Peminat muzik  masih ingat sebuah kumpulan muzik  tanah air khsusnya dari Sandakan  yang menamakan kumpulan mereka AJ Music  yang ditubuhkan pada  tahun 1998 yang agak popular sekitar pada tahun  berikutnya tiba-tiba  kemudian  tenggelam begitu saja.

Setelah lima belas (15) tahun menyepi diri  mungkin menyusun pelbagai strategi kini  kumpulan ini dihidupkan semula dengan gandingan beberapa orang  anggota baru bagi menganggotai kumpulan tersebut.

Azlan menambah untuk memulihkan atau menghidupkan semula kumpulan AJ Music yang tenggelam begitu lama  bukan semudah itu yang  kita fikirkan ia melalui kerja keras dengan gandingan tenaga semua anggota kumpulan tersebut barulah segala urusan dapat berjalan dengan licin namun begitu  bukan sekadar  tenaga saja yang  kita korbankan wang ringgit juga  adalah pokok dan kayu pengukur  sumber utama sebagai nadi penggerak barulah semua jentera pengurusan  dapat berjalan dengan baik  dan berjaya.

Dalam sesi sidang media yang membawa tajuk “S4S Come Back” AJ Music” yang dilangsungkan di Conference Room Hotel Pavilion Bandar Labuk petang tadi  Pengurus kepada kumpulan muzik itu Mohd Azlan  Masbah menjelaskan kumpulan ini pernah merakamkan  dua album antara lagu yang paling hit ialah lagu berjudol Bayangan Kegelapan  dan Nafas Cinta Asmara dimana kedua lagu tersebut liriknya dihasilkan oleh seorang composer muda ialah Henry Giau semtara melodinya dihasilkan oleh Mazlan sendiri.
 
Menurut Azlan dua album lagu-lagu yang berjaya dirakamkan itu ia  berbentuk CD setiap satu album mengandungi 8 buah lagu ini bermakna kumpulan ini telah berjaya merakamkan 16 buah lagu, album pertama dirakam pada 2002.

Kata  Azlan lagi  kumpulan ini akan menjelaja (Tours) keseluruh Sabah pada awal tahun depan  bagi mempromosikan lagu-lagu hit  mereka kepada para peminat seni suara di negeri ini.

Berikut barisan anggota AJ Music  Pengurus Mohd Azlan Masbah, Komposer Henry Kiau,  Shamsuri Nenul (Sham) Vovalist, Asrizal Astor Lead Guitarist, Rizansha Saddissin Rythamm Guitar Suhaimi Zenul  Bass Guitar Suhalie Zenul Drum , Mohd Fadli Likup  dan Adanan Yayah Crew.

Azlan meminta kepada para pencinta seni tanah air sokonganlah kumpulan kami kalau nak beli CD belilah yang asli (original) walaupun harganya agak mahal sedikit  tapi berkualiti berbanding  CD cetak  rompak memang murah harganya namun  dua tiga kali  kita gunnkan CD tersebut mudah calar.

Dengan adanya sokongan anda maka perkembangan industry  muzik tanah air semakin mantab berkembang maju setanding dengan industry muzik  negera-negara luar.

Dalam dalam kesempatan  ini saya bagi pihak semua anggota termasuk pihak pengurusan dan tenaga kerja  kumpulan AJ Music mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wartawan New Sabah Times Rozzalin Mohd Hashim dan Wartawan Kanan (Editor) Shaimon S Jumadi daripada portal Free Sandakan Today.Com atas kesudian mereka bagi menjayakan sidang media bagi mempromosikan kumpulan kami dimata para peminat muzik tanah air khususnya daerah Sandakan.

No comments:

Post a Comment