OLEH:- AZMI AZMAN
BATU SAPI:-
Setiap kampung yang menghadapi pelbagai masalah yang berkaitan dengan
pembangunan dan kemudahan asas sentiasa
dilawati agar segala setiap masalah bukan saja dapat dipantau bahkan diambil
tindakan segera dengan cara bergilir-gilir.
Datuk Linda Tshen Thau Lin Ahli Parlimen Batu Sapi
pagi tadi telah membuat lawatan di kampung Cecilia untuk meninjau masalah jambatan kayu yang dalam keadaan usang yang
perlu dibaiki semula.
Katanya jambatan tersebut memang perlu
dibaiki kerana ia sebagai kemudahan asas untuk penduduk setempat berulang alik dari satu tempat kesatu tempat.
“Kita akan baiki kerosakan Jambatan
tersebut dengan beberapa segera yang
boleh ini sejajar Rakyat Didahulukan
Pebcapaian diutamakan” katanya.
Dalam lawatan tersebut Linda ditemani oleh
Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Toi dan pemimpin-pemimpin
masyarakat setempat.
Katanya sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi yang
telah diberi mandat tidak pernah mengabaikan apa lagi meminggirkan kepentingan rakyat dalam aspek
pembangunan akan terus ditingkatkan ini sejajar dengan konsep kerajaan BN
Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan.
No comments:
Post a Comment