Friday, 12 September 2014

PERTEMUAN AHLI PARLIMEN SANDAKAN DAN ADUN SRI TANJUNG DENGAN ESSCOM MEMBAWA SERIBU MAKNA

By Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

LAHAD DATU:- Kunjungan kehormat Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  Tian Fatt dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Tanjung Chan Foong Hen ke Ibu Pejabat ESSCOM dekat sini kelmarin walaupun disambut secara sedarhana tetapi penuh bermakna dalam suasana jalinan keharmonian.

Dalam pertemuan hampir dua jam  antara kedua-kedua pemimpin yang dimaksudkan itu dengan Ketua Pengarah ESSCOM Komando DCP Datuk Abdul Rashid Harum yang diadakan dibilik Mesyuarat ESSCOM aras dua yang turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai tinggi daripada beberapa agensi penguatkusaan antaranya MARITIM, TLDM,PDRM dan PGA telah membincangkan mengenai situasi keselamatan di perairan ESSZON pantai timur.
  
Taklimat yang diberikan oleh Datuk Rashid keadaan di perairan pantai dari Kudak ke Sandakan dan terusnya ke Tawau walaupun dikatakan dalam keadaan selamat ia perlu dikawal rapi oleh anggota-anggota ESSCOM ini untuk menghadapi dan berdepan dengan musuh-musuh yang sentiasa mencari peluang dan ruang membolosi peraikan kita.

Kita tidak tahu sama ada mereka kawan atau musuh semasa anggota-anggota kita mengadakan operasi di lauatan bila tersermpak dengan orang-orang yang agak mencurigakan sama ada mereka nelayan tempatan atau sebaliknya kalau kita beri isyarat mereka melarikan diri dengan pantas  macam pelesit ini jelas mereka adalah musuh berbanding dengan bot-bot lain jika mereka diberi amaran atau isyarat tidak berganjak sehingga kita berjaya menghampiri mereka untuk mengenal pasti diri masing-masing terutama sekali apabila  kita meminta mereka mengeluarkan  dokumen tiada halangan ini menunjukkan mereka adalah rakyat negara ini.

Dalam soalan Ahli Parlimen Sandakan mengenai dakwaan orang ramai mengenai tindakan kerajaan akan merobohkan rumah-rumah diatas air khususnya di kawasan perkampungan setinggan yang mejoritinya adalah Pendatang Azin Tanpa Izin (PATI) kononnya pihak ESSCOMlah yang bertanggungjawab akan merobohkan rumah-rumah tersebut.

Daatuk Rashid menjawab soalan MP Sandakan, sebenarnya pihak ESSCOM  tiada kuasa untuk merobohkan mana-mana rumah haram sama ada di darat atau diatas air yang diduduki oleh PATI tugas merobohkan rumah-rumah setinggan bukan dibidang kuasa ESSCOM.

Kuasa ESSCOM hanya bertindak melakukan operasi besar-besaran kekawasan perkampungan setingan untuk memeriksa PATI yang tinggal  dikawasan berkenaan mempunyai dokumen atau sebaliknya jika mereka tidak mempunyai sebarang dokumen mereka akan ditahan.

Jadi Soal kuasa roboh meroboh rumah di kawasan yang disebutkan itu sebenarnya adalah di bawah kuasa majlis daerah, Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran dan bukan kuasa ESSCOM rakyat harus faham dan hal ini  tidak dicampuri oleh mana-mana kuasa politik.

Soalan kedua MP Sandakan berhubung dengan dakwaan oleh beberapa majikan yang rasa tidak puas hati sehingga ahli parlimen Sandakan banyak menerima aduan mengenai tindakan pihak penguatkuasa yang membabitkan PDRM Jabatan Imigeresen dan termasuk juga ESSCOM menjadi sasaran.

Laporan  MP Sandakan yang diajukan dalam  sesi perbincangan itu,  Wong memberi tahu  di mana beberapa majikan mendakwa sekiranya  operasi diadakan walaupun para pekerja mereka mempunyai dokumen yang sah namun pihak polis dan jabatan-jabatan berkaitan masih menahan  mereka.

Rashid menjawab dengan terperinci, kenapa para pekerja yang mempunyai dokumen yang sah masih ditahan dan mengambil dokumen-dokumen mereka kerana sebahagian pekerja membawa pas-pas kerja seperti IMM13 atau passport kebanyakannya fotostat bukan yang asli.

Jadi untuk mengenali pasti dan kesahihannya sama ada dokumen-dokumen tersebut asli atau sebaliknya terpaksa dibawa  oleh jabatan-jabatan berkaitan untuk membuat pemeriksaan terhadap dokumen-dokumen berkenaan sekiranya tidak mempunyai masalah maka dokumen-dokumen mereka dipulangkan semula  kepada mereka dan tiada sebarang penahan dilakukan terhadap  para pekerja terbabit.

Datuk Rashid juga menjelaskan sementara Perintah Berkurung ini para nelayan memang dibolehkan menangkap ikan jarak dari darat sehingga ke permukaan dasar laut sejauh 50 batu nautika  dan sekiranya nelayan  mahu  melepasi batasan tersebut mereka boleh berjumpa dengan mana-,mana  Ketua-Ketua Polis Daerah ditempat masing-masing untuk memohon permit  dengan membawa dokumen yang sah untuk mempermudahkan pihak polis memproses semua permohonan permit tersebut.

Selanjutnya Wong berkata kerjasama  yang diberikan oleh pihak ESSCOM  dalam menerangkan peranan dan tanggungjawab sebenar ESCCOM sebagai agensi pengkuatkuasaan bagi menjaga diperairan cukup berat.

Saya amat berpusa  hati dengan pihak ESSCOM setelah saya diberikan taklimat  dengan terperinci  oleh pihak ESSCOM mengenai beberapa perkara  penting dan saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Rashid dan para pegawai kanannya kerana memberikan kerjasama sama sepenuhnya dann layanan yang cukp baik.

“Saya harap kerjasama seumpama akan berterusan dan pihak kami sebagai Ahli Parlimen dan ADUN daripada pihak pembangkang akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya  dan membantu kepada  pihak ESSCOM untuk menjelaskan kepada rakyat jelata mengenai fungsi-fungsi dan peranaan ESSCOM yang sebenarnya agar  tidak menjadi bahan spekulasi dan disalah anggap kepada masyarakat sekeliling.

Turut hadir sama  pada majlis pertemuan itu antaranya wartawan Kanan  FST News (SSJ)   Borneo Post, Utusan Borneo  dan See Hua Daily News. Dan tidak ketinggalan Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew.


No comments:

Post a Comment