Sunday, 7 September 2014

RAKYAT SOKONG KERAJAAN MANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948 TAPI PRESIDEN PERKASA IBRAHIIM ALI BIMBANG.... TAN

By Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN


KUALA LUMPUR:- Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali takut dengan bayang-bayannya sendiri bilamana kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948  Pindaan 1971 pada masa terdekat ini.

Apabila akta tersebut dimansuhkan maka ruang Ibrahim Ali untuk mengeluarkan kenyataan yang beraur hasutan, hinaan, cacian dengn sendirinya akan terhakis inilah yang membimbangkan dirinya  kerana ruang akan tertutup jika dilanggar mungkin akan membahayakan dirinya dan PERKASA.

Ibrahim Ali yang terkenal diseluruh pelusuk tanah air dengan kelantangan  suaranya dan keberaniannya memaki hamun yang sering menjadi sasaran ialah kepada penganut agama Kristian bangsa Cina dan India inilah musuh utama Ibrahim Ali dan PERKASA.

Dengan itu Pemuda Gerakan hari ini berharap   Ibrahim Ali akan mengotakan janjinya dan menarik balik sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) sekiranya Putrajaya tetap dengan keputusan memansuhkan Akta Hasutan.

Ketuanya Tan Keng Liang (gambar) mengalu-alukan amaran ketua badan bukan kerajaan yang memperjuang hak Melayu itu untuk tidak mengundi Umno-BN, menyifatkannya sebagai satu berita baik.

 "Pemuda Gerakan mengalu-alukan kenyataan presiden Perkasa itu kerana ia berita baik buat BN. Kami tiada masalah sekiranya Perkasa bercadang menyokong Pakatan Rakyat (PR) secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Gerakan merupakan salah satu daripada parti komponen BN.
Menurut Tan, sayap pemuda parti itu menyokong komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan akta zaman penjajah itu dan berkata ia satu tindakan progresif buat Malaysia.
"Selepas pemansuhan Akta Hasutan, kita harap presiden Perkasa akan mengotakan janjinya. Dan kami akan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih," katanya.
Semalam dalam sidang medianya Ibrahim memberi amaran untuk tidak mengundi Umno-BN dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan tetap dengan keputusannya.
Beliau menyifatkan Umno-BN tidak ada bezanya dengan PR sekiranya Putrajaya tunduk pada tekanan supaya akta tersebut dimansuhkan.
Najib semalam mengulangi pendirian membubarkan akta itu dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional, tetapi ia bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim terdahulu yang mengatakan Putrajaya tidak pernah berjanji melakukan demikian.

Apapun tindakan Najib untuk memansuhkan akta tersebut mendapat respond bukan saja sokongan daripada ahli-ahli parti kombopenan BN bahkan ahli-ahli pembangkang turut memberikan sokongan cadangan tersebut demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat jelata.

No comments:

Post a Comment